Kawan-kawan kakcik

Isnin, 16 Januari 2012

Cuba tengok satu-satu...


Wajar atau tidak harga yang dikenakan?


66 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Cik

    mak haiiiiii
    siakap 1/2 kg rm35
    kat mana ni...sekincan ikan bakar ke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummussalam Atuk...

      di restoran tomyam yang biasa je. :)

      Padam
  2. Kalau ikut kakak ikan bawal dgn ikan siakap tu mahal sangatlah kakcik.... setengah kilo je pun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah... melampau betul harga ikan tu, kan? Kalau beli ikan mentah boleh dapat beberapa kilo.

      Padam
  3. aii...makan besar npk kat mana nih kakcik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaa... hujung tahun lepas punya tu... kakcik terjumpa resitnya masa kemas beg duit tadi. :)

      Padam
  4. Balasan
    1. Along yang belanja... mama bukan mampu sangat pun. :)

      Padam
  5. wah mahalnya makan kat luar skrg ye kakcik, nasi putih RM1.30, terkejut tgk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masak sendiri nasi tu lagi bagus, kan Tina? :)

      Padam
  6. mahal gila! kat mana ni mak? kene bagitau nanti org lain terkena kang naya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat Juara Tomyam, Kg Baru tu je. ;-)

      Padam
    2. mahal sungguh2! telur tu dah mahal, juara ni sebab famous, tu makin mahal, btw, nice lah new blog ni, leh rep mcm ni

      Padam
    3. betul tu Zul, bila nama dah naik harga pun turut naik! :(

      Padam
  7. hoh..kat mana ni....moh boikot..jgn pi lagi kedai makan mencekik darah mcm ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila tengok balik satu-satu, baru perasan telur goreng 2 biji = RM2.40, bermakna RM1.20 sebiji! haih!

      Padam
  8. Ya Allah kak.. mahal yang teramat sangat mahalnya... tak terkata dah ni.. memang mahal melampau dan terlampau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu tengok 'jumlah' sahaja, rasa macam ok. Bila tengok balik, ish... memang ko dibuatnya!

      Padam
  9. kalau kt tmpt sy pon lebih kurang camni kak cik rege dia..sesekali mkn kt luar bolehla..siakap tu beli mentah lg jimatlah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau selalu makan kat luar, pokailah jawabnya. ;-)

      Padam
  10. amboi!!!dasatnya...saya tgh fikir ayam rm3.50 jual seketul..walhal 1 kilo rm 5.80..kaya kan penjual...nak jual ayam la.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom...jom kita bela ayam, lepas tu kita bukak bisnes ayam, nak? :)

      Padam
  11. mmg cepat kaya arr org niaga nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaslau betul caranya, memang boleh kaya. :)

      Padam
  12. mak...masa sy kat langkawi hari tu kailan ikan masin sepiring RM10.00....tercekik betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah, mak rasa kalau macam tu kena makan dengan piring2nya kot!

      Padam
  13. mmg wajar la kakcik...wajar kite boikot itu kedai..cekik darah punya kedai nak kaya cepat la tuu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la Ain.. lain kali bila nak makan kat luar, kena 'tengok2' harga dulu... jangan main pesan je. ;-)

      Padam
  14. boleh tahan tgk harga ni kakcik.. pergh.. pitam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab bukan kakcik yang bayar, tak adalah kakcik rasa nak pitam. Tapi, kalau kakcik kena bayar, mahu dua tiga kali kakcik berulang ke bilik air! ;-)

      Padam
  15. wajar tak wajar kesitu jugak langkah kaki dibawa kakcik...
    pilihan ditangan kita...
    apa nak dikata..

    bab2 ni saya mmg berkira...dulu anak2 mesti nak makan ikan bakar kalau pi melaka, tp biasanya harga ditawarkan takmasuk akal, bg org yg biasa berurusan kepasar, taulah perbezaan harga, kalau nak berniaga pun agak2lah...last sekali akak tanya anak2 nak makan ikan apa, masak apa, mama buat sendiri...lebih sedap dan jimat! ehehe...kedekut ek?

    kalau nak makan setakat nak buktikan kita mampu....sorry laa...nanti kalau tak sedap merungut pula...tul dak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau setakat nak tunjuk mampu, memang sebenarnya kakcik tak mampu. Tapi sebab ada yang sudi belanja, merasalah kakcik makan2 di luar begitu. Kalau Q nak tahu, kakcik hanya mampu beli makanan macam kakcik tunjuk dalam catatan beberapa hari yang lepas tu je. :)

      Sekarang kakcik (dah tua ni baru sedar) menjinakkan diri masak lauk yang anak2 suka. Walau tak sesedap mana, tapi kakcik cuba baikinya...hehehe...

      Padam
  16. kak cik..mana2 pun maam tu sekarang ni kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang bila dapat makan dengan harga yang murah, sukanya tak terkira. :)

      Padam
  17. mahal kak. sewajarnya kita boikot kedai2 yg hanya nak mengaut untung lebih dari mementingkan customer dtg lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak boikot ni kena ada kesepakatan, Ella. Peniaga boleh naik tocang dengan kata2 ' ala, kau tak datang, ramai lagi yang nak datang'... :(

      Padam
  18. Makaih mahalnya..qema biasa makan kat kedai yang selalu makan je, sedap & harga berpatutan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ini, harga makanan di kantin tempat kakcik ekerja kira masih murah juga harganya. Itu pun ramai juga yang merungut (termasuklah kakcik kadang2)... :)

      Padam
  19. Balasan
    1. Mehle datang ke KL ni, nanti bonda masak untuk Aefa. :)

      Padam
  20. air dia murah jadi makanan mahal. selalu macam itulah diorang nak tarik untung. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Airnya taklah murah sangat sebab gelas dia pun taklah beso beno. :)

      Padam
  21. yeay~ tapi... ntah bile baru leh g sana -.-'

    BalasPadam
  22. saya antara penggemar mencuba makan2 kat restoran luar. namun jika di teliti senarai harga2 tersebut, saya rasa agak sedikit mahal. namun bagi saya, walau mahal akan berbaloi dengan rasa yang sedap. walaupun murah tapi langsung tak boleh nak masuk kat tekak pun... x de guna gak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak kata sedap hingga menjilat pinggan tu tak la... sekadar boleh je. ;-)

      Padam
  23. kakcik.. salu layan gmbo makanan, kali nie layan gmbo resit.. hehe. agak mahal jugak tp sedap berbaloi la kot. hmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah jemu letak gambo makanan, sekali jumpa resit, kakcik letak le gambo resit...hehehe...

      Padam
  24. mahal tu kakcik...
    ikan siakap ngan bawal mentah pun saya beli xde mahal camtu...bahan2 sampingan nak buat tu pun apala sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mimi... dalam tu termasuk sekali kos langsung dan tak langsung sepeti kos buruh, kos letrik, gas dan sebagainya... itu yang mahal tu...hehehe....

      Padam
  25. Balasan
    1. Betullah... nak masuk tandas pun kena bayo walaupun tandasnya idakle bersih pun! :(

      Padam
  26. aduh.. tomyam seafood di kedai ayu rm 4.50..
    milo ais rm 1.50

    mahalllnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayu... tomyam tu makanan lautnya idakle banyak mana pun, yang banyaknya serai dan bawang je. :)

      Padam
  27. Pendapat saya:
    Masih dikira reasonable. Mungkin bab ikan itu saya kurang pasti. Tapi air memang harga standard dah tu. Malah masih dikira murah, e.g Milo RM1.70. banding kedai mamak RM1.80.

    Oren/Apple tu RM2.50 tu standard.

    Nasi memang sudah RM1... rata-rata itu harga di gerai tepi jalan or foodcourt, dia cas lebih sebab dia restoren kot.

    Telor goreng paling murah skang RM1... dia cas lebih mungkin sebab dia restoren.

    Berapa orang tu? Macam 6-8 orang jer? RM170++ nampak berpatutan utk seramai itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan tu memang mahal sebenarnya. Telur pun agak mahal. Harga air memang munasabah. Bila fikir semula, purata RM21++ untuk seorang adalah agak mahal. Cuma syesyekali bolehlah nak merasa 'agak mewah' bagi golongan marhaen macam kakcik ni... :)

      Padam
  28. mahal.... tapi... entah la. rasanya, semua mahal skrg ni...

    er... sedap x? kalo sedap, ok la. kalo x, haruuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tidak ralat sangat kalau sedap, tapi kalau sebaliknya...hmmmm...

      (sebenarnya, kakcik sekarang hendak jadi orang yang 'lebih berkira' bila diajak makan di luar)... :)

      Padam
  29. nampak ketara mahal kat ikan tu la kakcik...saya ni jarang amat nak ke pasar tapi rasanya kalau pegi hypermarket pun tak semahal tu kot..

    telur goreng pun mahal..haih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik lagi jarang masuk pasar. Selalunya suami yang berbelanja barang basah. Tapi bila tengok balik RM35 untuk 500gm walaupun dah siap masak, rasa macam keterlaluanlah pula...

      Padam
  30. Salam, time makan tu pun dah rasa tak sedap hati.. berapalah kena bayar nanti.. bila dah bayar bil, rasa menyesal pun ada, bila rasa makanan tak sesedap mana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam. Kalau kakcik yang kena bayar, tapi tak bawa wang yang dirasakan mencukupi memang akan berdebar2 bila tengok ahli keluarga pesan makanan 'tak agak-agak'!...

      Padam
  31. kakcik
    kalaau macam ni ler standard harga makanan kat restoran2, nampaknya memang akan jarang jarang jarang ler saya akan makan diluar...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.