Alhamdulillah, segalanya telah berjalan dengan lancar. Catatan-catatan yang dibuat di blog mereka yang hadir menampakkan semuanya gembira dan berpuas hati walaupun hati kakcik sendiri ada sedikit rasa terkilan bila yang diberi peluang bercakap tidak membuat sedikit kerja rumah! Dato' dan Datin sudah bergelar Haji dan Hajjah tau! Mungkin salah kakcik juga yang tidak memberi sedikit penerangan awal. Syukur juga kerana agenda untuk solat berjemaah dan membuat sedikit kutipan untuk disumbangkan kepada Adik Annisa dan Annur telah berjaya dilakukan.
Kita tengok gambar bersama sedikit coretan, ya...
Terima kasih kepada yang sudi menyumbang. RM200.00 yang dikumpul mungkin tidak banyak bagi kita tapi tetap besar ertinya bagi mereka, InsyaAllah. |
GB bersama Ida Nyanyisunyi bersedia untuk bergambar, tapi Dato' belum bersedia dengan kameranya. |
Dato' bersama peminat-peminat beliau. Mujur Datin ada di sebelah! |
GB konon-konon sedang membelek kamera mahalnya. Kella dah beraksi cantik tu. |
Alamak! kacaulah Azie ni! Tengok Dato' dah beri amaran tu... :) |
Yang bertudung merah tu, anak gadis Hjh. Azwa (bertudung biru) atau lebih dikenali sebagai Mamawana (Wana itulah anak gadis beliau) bersama Kak Nani, seorang wanita tabah yang sangat kakcik kagumi semangatnya. |
Muah...muah... Dato' kata, 'tiba-tiba rasa rugi jadi lelaki'! |
Acik Erna, Ainnoraini, Kella Mathari dan GB. |
Ops!!!! nanti dulu... bagi kami peluang melihat dan merasa makanan mana yang paling memikat selera!!! |
Gambar ini kakcik rakam pada jam lebihkurang 8.50 pagi sewaktu hendak bergerak keluar rumah pada hari kejadian. |
Untuk catatan penuh tentang perjumpaan ini bolehlah klik blog urusetia pendaftaran pada hari kejadian DI SINI
Salam Kakcik,
BalasPadamSampai malam kakcik dirumah Dato rupanya, padanlah tinggi reading BP tak cukup rehat. Kakcik dah baik ker? Take care yea.
W/salam Kak Nani...
BalasPadamsaya balik dari rumah Dato' sebelum pukul 4.00 petang. Kemudian saya dan suami bersama Azie dan anak2nya ke Hulu Langat. Sampai di rumah dah 6.30 petang. Memang agak penat. :)
oho... itu si Kellazue ker? noted!! gelak sakan baca neh...ok, psl dato n datin tuh pon baru nak noted...jgn mare arrr, kakcik...ihihiihhi
BalasPadamAyu...
BalasPadamkakcik sebenarnya agak terkilan dengan 'ustaz' tu. Entah macamana pulak tetiba dia kata 'semoga Dato' dapat pergi ke Mekah'. Kakcik pulak yang malu jadinya... :(
kakcik mmg meriah dan seronok sangat...
BalasPadamlawak pun ada jugak tengok gambar2 ni...
patut la habis makanan rupanya ana dgn kak azie yang ambik semua ye..kak ida pun same jugak..tak bagi org lain ambik dulu...kesian kat Dato LF tu...cepat2 dia nak ambik rase tau..hihihi...gurau jer...
Ain...
BalasPadammemang keseronokannya membuatkan kakcik rasa teruja untuk bertemu lagi dengan kawan2 semua. :)
ida mintak maaf sgt2 sebab tk dapat tolong mengemas aritu..sebab tumpang ana..lain kali kak cik angkut ida awal2 ida boleh tolong dari mula smpai habis..kesian kak cik dan AA
BalasPadamIda...
BalasPadamtak mengapa. Kami faham keadaan Ida. :)
yg pakai apron tu..lps ni wat gathering kt umah dia plak...bz memanjang..heheheh jgn mrh kak azie
BalasPadamakak ,
BalasPadamtahun depan arrange lar lagi ...
terkilan pB sebab tak dapat join ...
hu hu hu
meriahnya kakcik...jelesssss..
BalasPadamdapat jugak meringan kan beban adik
BalasPadamannisa dan annur,kannnn
tatkala melihat wajah kak chik.. gembira tidak terkata.. dan tiba2 lidah juga kelu untuk berkata! hehehe.. tak sangka sebenarnya dpat jumpa secara live...
BalasPadamlain kali mahu jumpa lagi dan lagi! =D
kekekkee.. ya ain, saya la yang telah menapau kebanyakan makanan itu, sebab semuanya maveles.. :) malam tu tak yah masak, sebab banyak makanan bawak balik.. nengok ler gaya nak menapau, pelahap beno kekdahnya.. kahkahkah..
BalasPadamkakcik, sapa bawak makaroni ek.. nak resepi la.. anak2 suka sangat..
kak cik..
BalasPadamsebenarnya saya pun ada rasa bersalah..sy baru je kenal dan baca blog kakcik dan juga Uncle Lf ni..join pun sbb kak erna jemput.ramai tetamu adalah bukan blogger yg saya kenal.maaflah kalau ada yg kecik ati dgn saya
Seronok dapat berkumpul ramai2...
BalasPadambila melihat gambar dan membaca catatan, saya hanya memendam rasa.
BalasPadamyang paling tak tahan bila tengok AA dapat ikan hari tu.
seronoknya kan dapat bersama-sama blogger semua..
BalasPadamHahahaha Bang Hamzah tu tak abih abih lagi! hehehe
BalasPadamRamai jeles sebab tak dapat nak peluk Arab hari tuh!
alamak gambor muamuahs a.k.a. pelok 'arab dgn kak azie sudah keluor! hihi.. segan teman.. ;)
BalasPadam