Kawan-kawan kakcik

Selasa, 20 Disember 2011

18/12/2011 - ke dusun buah-buahan...

Dusun ini milik sahabat suamiku.  Persahabatan mereka bukan memakan masa setahun dua, tapi dari zaman kanak-kanak lagi. Terletak di Hulu Langat, berhampiran Pusat Latihan Belia, Dusun Tua.

Mari kita lihat antara gambar yang sempat kurakam (seperti biasa, gambar adalah tidak menurut turutan yang sepatutnya)...


Seronok Azie dapat pegang buah salak di pokoknya.


Hahaha... orang bandar masuk kampung!

Oh! durian ini memang terbaik.

Azie nak tembak siapa tu?  (Bertudung putih adalah pemilik dusun).

Duku Langsat.

Kita kutip hasil dusun 'kita'... (~_*)

Banyak betul buah ni.  Eh! ini duku ke langsat?  Atau duku langsat?

Pulasan... belum sedia untuk dipetik.


Tiada siapa sudi memetik rambutan yang merah ini.

Ini namanya buah salak, ya kawan-kawan.

Suamiku bergaya bersama buah langsat yang berjuraian di pokoknya.

20 ulasan:

  1. Wow! Sempat melawat dusun Kakcik? Terbaik!

    =D

    BalasPadam
  2. seronoknya kak! meriah dgn buah mcm2..yg tang langsat berjurai tu sgt la seronok izan tgk.geram kak nk petik2 hehe..

    BalasPadam
  3. Seronoknyaa tgk buah2an yg berjuntaian di atas pokok tuh.. dan paling seronok kalau dpt petik2 gitu.. :)

    Suka sgt ngan buah salak.. :)

    BalasPadam
  4. fresh daripada ladang. macam-macam ada...

    BalasPadam
  5. salam kenal kakcik..:)


    sedapnya durian..masih ada lg ya durian musim sekarang ni..buah pulasan macamana ya rasa tak pernah makan..dekat kelantan tak ada rasanya..

    BalasPadam
  6. Aduhai..tgk durian tu..teringat kat mak..katanya teringin nak makan durian yang baru jatuh!!!

    BalasPadam
  7. abg Mus...haha pose menarik.. ceria sepanjang masa kat rumah LF, buah salak ! pcl hanya tau makan jeruknya saja...

    BalasPadam
  8. bestnya tengok dusun buah.insya Allah..ada rezki nak balik kg sabtu ahad ni..harap2 ada buah yg masih menunggu

    BalasPadam
  9. kakcik, memang sekarang ni dah musim buah semula ke, atau dusun sahabat tu saja yang tgh musim?

    BalasPadam
  10. untungnya orang yg ada dusun.. juga kawan2nya sekali.. he..he.. lain kali nak ikut juga kakcik.. he..he..

    BalasPadam
  11. ish kalau tahu nak ikut kakcik aritu....hehee..pantang ida tguk durian ni..

    BalasPadam
  12. kakcik tak ada dusun sendiri ke ? kalau ada bolehlah kita berkelah dan kalau ada kolam ikan, bolehlah memancing.

    BalasPadam
  13. ehmmm....terkuar air liur aku tengok buah-buahan ni

    BalasPadam
  14. bahagianya dpt melawat dusun buah2an..
    dpt makan sepuas2nya..
    kat sini takde pulak org nak offer masuk kebun..

    BalasPadam
  15. rezeki Allah yg melimpah ruah untuk hambaNya..

    BalasPadam
  16. wah.. wah.. best.. ;)
    suka semuaaaa kecuali durian.. ;)

    BalasPadam
  17. lenkali boleh ikut tak kakcik.. blogger pompuan jer, kita pakat2 gi dusun makan buah2an.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com