Sicomel ini hampir saja terpijak sewaktu suamiku turun dari kereta. Keadaannya comot dan macam terberak-berak. Tak tahu di mana ibunya atau siapa yang meletakkannya di hadapan pagar rumahku. Gambar di atas diambil setelah ia dimandikan oleh anakku Angah. Selepas 2 hari 1 malam, ia tak mahu makan atau minum. Malah ia menyorok di atas tayar belakang kereta Angah. En Sepet kata 'rasa kesian bila tengok matanya'... |
Setelah membuat carian di internet, aku menemui maklumat tentang tempat ini. Kerana kami sekeluarga bukanlah orang yang rajin memelihara haiwan, kami mengambil keputusan untuk mencari tempat yang bersesuain buat sicomel. Tempat ini terletak di hujung Jalan 9B, Precint 9, Putrajaya. |
Dari Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud 'Berbuat ihsan kepada setiap roh yang masih hidup terdapat ganjarannya' - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. |
Sila ambil perhatian, Pusat Perlindungan ini hanya menerima kucing-kucing dari PUTRAJAYA SAHAJA. Tapi atas budi bicara En Rusli (beliau enggan wajahnya dirakamkan), sicomel diterima juga. |
Sicomel ditempatkan di sini... |
Kawasan tempat ini sedang dibersihkan... |
...ada yang bebas berkeliaran dan ada yang diletakkan di dalam sangkar... |
Kalau ada yang berminat hendak mengambil kucing di sini, bolehlah hubungi nombor yang tertera pada waktu pejabat. Waktu operasi pusat ini ada tercatat di atas. Kucing akan diberikan secara PERCUMA sahaja... |
comelnya
BalasPadambagusnyaaaa da tempat macam ni.. xdela cat semua terbiar..
BalasPadammulianya hati kakcik, yalahkan kalau bukan pakar biarlah orang yg pakar yg menjaga walaupun sekadar memelihara kucing kan, kat umah kaknoor banyak kucing dulu, tapi ada jugak yg mati sampai skrg cuma 5 ekor je tinggal
BalasPadamcomelnya kak.....syukur akak hantar kesana atleast dia terbela :)
BalasPadamhati masih sedih...anak2 bulus pergi
Di rumah saya bagai pusat org buang kucing.
BalasPadamBanyak kucing yg ada ialah kucing yg datang.
Anak2 suka membela.
Saya jer tak sampai hati bila anak2 jd semput sebab alah bulu kucing.
Baru dapat cucu baru 4 ekor...
Mmg selamanya laaa bela kucing...
saya suka kucing tapi tak suka nak membela sebab anak yang sulung tu ada lelah,, kat umah nenek dia baru merasa main dengan kucing2 nenek,,
BalasPadamterima kasih atas informasi ni... rasanya tempat ni dekat dengan rumah kawan saya di Putrajaya... mudah2an mereka menjaganya dengan baik sebab ada desas desus yg mereka bunuh sebahagian kucing kalau dah kehabisan budget tapi saya kurang percaya... saya percaya yg dibunuh tu kalau sakit dan tak boleh diubati lagi
BalasPadamRupanya kucing pun ada warga dan terrotirinya - kucing Putrajaya utk Putrajaya saja...
BalasPadamTeringat satu masa dulu saya hampir kemalangan ketika cuba selamatkan kucing yg berada di tengah jalan....
terima kasih kakcik kerana sharing info...dulu ada rasa nak hantar tapi kesian pulak llau terkurung dalam sangkar kecil..nekcikkurung jugak tapi sangkar dengan kebun skali..luas lah sikit...klau lpaskn takut dilanggar kereta...depa ni llau kluar suka dok bawakh kereta!!
BalasPadamdekat sgt dgn rumah mak saya. selalu dtg sini dulu.... tengok kucing rasa tenang je... tp bila dah ade 7 ekor kat rumah terus jarang gi sini lg... hehehe
BalasPadamhantar dengan dengan ibunya sekali boleh ke sbb masih menyusu..
Padamanak 4 ekor
Sayajuga tak minat pelihara kucing walaupun semasa kecil dulu di kampung memang ada pelihara banyaak kucing.
BalasPadamSaya berpandangan, hidup di kawasan peumahan taman memang tidak sesuai pelihara binatang secara bebas kecualilah jika orang itu memang tidak kisah akan perasaan dan keselesan jirannya...
Alahai comelnya si Comel tu KC .......suka dgn anak kucing yg tgh galak main tu KC....tp kalau ikutkan okje pun mls nak membela...
BalasPadamKat rumah Aina ada 4 ekor kucing, nak buang sayang dan kesian. Layanlah macam layan anak2 sebelum kita makan kucing2 ni diberi makan dulu.
BalasPadamBagusnya ada tempat macam ni. Kalau jumpa kucing terbiar, bolehlah hantar ke sini. Tapi itulah terhad di Putrajaya pulak. Saya pun jenis tak bela haiwan. Kalau ada yang mendatang, memang kenalah cari tempat lain untuk bermanja.
BalasPadamSalam puan..saya nk tanya kalo saya dr ipoh nk hantar stray cat ke sini mmg x di terima ke? sebab sy x smp hati nk letak stray cat yg dy jumpa di pasar @ kedai makan...lgpun area ipoh ni xda pusat jagaan kucing terbiar....sy nk bela lagi...dh terhad..tq!!
BalasPadamSeperti yang kakcik nyatakan di atas, pusat perlindungan ini hanya menerima kucing dari kawasan Putrajaya sahaja. Kesian kepada kucing2 terbiar yang tidak punya tempat perlindungan di lain-lain kawasan, kan? :(
Padamnak tanya tempat ni masih aktif tak??
BalasPadamSewaktu kakcik pergi, tempat ini memang masih aktif...
PadamTumpang info..sesiapa ingin makanan kucing jenama power cat...sila whatsapp 0132616482 .t kash
BalasPadamcomelnya
BalasPadamassalamualaikum.Sesiapa nak menempah baju kucing or adopt kucing free boleh singgah blog saya http://amkaco.blogspot.my/
BalasPadamadakah pusat ini masih dijalankan?
BalasPadamadakah pusat ini masih dijalankan?
BalasPadamsy ade kucing 12 sy terikat dgn kucing macam mana sy nak balek indon bila kucing sy tak ade yg rawat..
BalasPadamKwsn rumah saya banyak kucing terbiar yg datang tidak ketahuan. Kesannya, sekitar rumah saya dah kuat berbau taik kucing. Saya bercadang nak maklumkan ke BPH tentang perkara ini dan pastinya bila operasi dilakukan, kemungkinan besar kucing-kucing yang ditangkap akan dilupuskan dgn kaedah-kaedah tertentu. Saya dah tak tahan dgn bau taik kucing. Maka, saya memohon kalau ada yang hendak menjaga kucing-kucing tesebut, mohon kutip di kawasan rumah saya sebelum saya buat aduan ke BPH. Kes terbaharu, ada 4 tompokan tahi kucing di hadapan pintu rumah saya, sudah keterlaluan. Tambahan pula, BPH tidak membenarkan penghuni membela kucing di kuarters kerajaan. Pohon golongan pencinta haiwan terutamanya kucing untuk mambawa haiwan tersebut dari rumah saya sebelum saya membuat sebarang tindakan. Sila berhubung dengan saya melalui faizal.5009@gmail.com
BalasPadamSekian, terima kasih.