Kawan-kawan kakcik

Khamis, 3 November 2011

Aku suka berkawan...

tapi...

aku tak pandai memanjangkan perbualan

.

.

.

.

.

lalu

.

.

.

.

.

adakalanya aku lebih senang

untuk bersendirian.

Keindahan alam semulajadi sering mendamaikan hati dan perasaanku .

notahatisukaberkawantapipenyegan :  jangan lupa tentang temujanji seterusnya dan isilah borang kehadiran seandainya sudi menghadirkan diri, ya.

 


38 ulasan:

  1. kaklong...

    kandang lembu di Kundasang, Sabah. :)

    BalasPadam
  2. Kakak ingatkan kakcik belajar naik kuda. Kisahnya kandang lembu ye...

    Tengok N3 bawah adik main bola hihi...

    BalasPadam
  3. Kakzakie...

    kadang lembu yang ala2 di new Zealand. :)

    BalasPadam
  4. ayu suka kawan dengan kakcik juga

    dan.. ayu suka permandangan di gambar itu

    BalasPadam
  5. cantik pemandangan di kandang lembu tu ya kakcik.


    Tapi, tak kelihatan pun lembunya...:)

    BalasPadam
  6. Ayu...

    kalau boleh kakcik nak kawan dengan semua yang sudi, tapi itulah masalahnya - kakcik tak pandai berbual! :(

    BalasPadam
  7. kakcik
    sya takut nak isi borang tu
    bila dah isi mengharap dapat hadir
    jadi sya tetaplah tak mahu mengharap

    kalau ada jodoh, ada rezeki kita berjumpa hendaknya dan tetaplah sya ber lima bukan ber enam sebab enpakwe duduk di sana kan?

    BalasPadam
  8. ~yus~...

    memang cantik pemandangan di situ. Lembunya sedang berehat dalam kandang. :)

    BalasPadam
  9. Eja...

    InsyaAllah, jika diizinkanNya, pasti kita berjumpa lagi. Bukan bermakna tak isi borang, tak boleh datang tau. :)

    BalasPadam
  10. luas sungguh ye kak ladang tu.. saujana mata memandang, echeh.. :)

    BalasPadam
  11. macam lirik lagu m nasir....

    Ada masanya aku suka berteman
    Ada masanya aku suka bersendiri
    Ada masanya aku suka berjalan
    Ada masanya aku suka berehat
    ~ Apokalips

    BalasPadam
  12. kak cik ladang tu tempat GB pergi kat kundasang tu ke? hijau dan putih!

    BalasPadam
  13. Anaa...

    nak naik ke situ walaupun dengan kenderaan, sakit juga pinggang dibuatnya. :)

    BalasPadam
  14. gedek!...

    macam itulah perjalanan hidup, ya? :)

    BalasPadam
  15. Sama laa ngan saya KakCik.. suka berkawan tapi pemalu..hehehe..kalau org rajin ajak berbual boleh laa berbual kdg2..kalau org senyap saya pun jadi senyap jugak.. :)

    BalasPadam
  16. Rinna...

    kakcik memang agak berbeza dengan suami kakcik yang sangat peramah. Selalu terjadi, kawan2 kakcik akhirnya lebih senang bersembang dengan dia dari bersembang dengan kakcik. :)

    BalasPadam
  17. bersendirian maksud nyer nk g melancong ye..

    BalasPadam
  18. bila saya baca saya nampak diri saya..:p

    BalasPadam
  19. Khairin...

    Tak adalah... kakcik ni berpeluang melihat tempat orang bila en suami bermurah hati nak bawa je. :)

    BalasPadam
  20. Diana...

    alam penulisan tak sama dengan alam percakapan, kan? ;-)

    BalasPadam
  21. saya pun pemalu orangnya... kalau gi pasar saya pakai topeng power rangers

    BalasPadam
  22. Hai Kakcik, tak suka cakap pun tak pe la .. ella paham.

    BalasPadam
  23. Saya pun suka berkawan. Maka nya kita berjumpa dan bermesra walau seketika cuma.ewahhh..

    BalasPadam
  24. sVSs...

    amboiiii... takkan sampai pakaimtopeng kot! :)

    BalasPadam
  25. Ella...

    bukan kakcik tak mahu bercakap, cuma tak tahu apa nak dicakapkan. :)

    BalasPadam
  26. Yan...

    rasanya Yan pun perasan, suami kakcik lebih banyak bercakap dari kakcik sendiri, kan? :)

    BalasPadam
  27. bujal...

    betul. Mak setuju bahawasanya kamu adalah tidak banyak cakap!:)

    BalasPadam
  28. teringat lagu: sendiri..

    seronoknya ambik angin kat situ ye..sambil bersantai2..

    BalasPadam
  29. sal...

    tiba2 kakcik rasa nak nyanyi.

    Tempat tu cantik, tapi baunya buat kita tak tahan!

    BalasPadam
  30. Cantik pemandangan di sini.. Memang teringin nak ke Sabah.

    BalasPadam
  31. Nur...

    InsyaAllah, satu hari nanti Nur akan sampai ke sana. :)

    BalasPadam
  32. Kella...

    tepat sekali - over South China Sea... hehehe...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com