Kawan-kawan kakcik

Khamis, 3 November 2011

Walaupun saya montel, saya suka main bola...

Ayah saya dulu seorang pemain bola sepak yang mewakili sekolah hingga
peringkat kebangsaan.  Kemudian beliau main bola untuk tempat kerjanya.
Abang-abang saya seorang pun tak minat main bola.  Tapi saya lain.
Kalau boleh, saya nak jadi macam RAMLI yang kat dalam iklan tv tu!
Tiap-tiap pagi Ahad, walaupun malamnya saya tidur lewat, saya tetap akan
bangun awal untuk mengikuti 'klinik bolasepak' selama 2 jam.
Alamak! kenapa kabur pulak gambar ni?
Tak mengapalah walau sekadar tempat ketiga.  Saya berazam untuk bermain
dengan lebih baik supaya satu hari nanti saya akan menjadi pemain yang
disegani.  Doakan saya, ya?  Terima kasih.


58 ulasan:

  1. klinik tu mahal tak kak?
    ke percuma?

    BalasPadam
  2. kaklong...

    hanya RM50 sebulan. :)

    BalasPadam
  3. syabas..
    betul org gemuk xsemestinya lembik..

    BalasPadam
  4. "Insyaallah awak akan jadi lebih hebat dari Ramli" :-)

    KakCik
    My nephew pun macam tu, badan boleh tahan mantap tapi minat sangat main bola..

    BalasPadam
  5. go BS go BS
    moga berjaya ye dik =)

    BalasPadam
  6. majulah sukan untuk negara hehe..
    selamat beriadhah dik.

    BalasPadam
  7. Hamizah...

    budak sepet yang seorang ini memang tidak 'lembik'. Silap2 siapa yang cuba buli dia, akan dibelasahnya balik!

    BalasPadam
  8. CS...

    terima kasih. BS ni, ada masa setengah jam bila balik dari sekolah pun, dia akan keluar untuk main bola dengan kawan2nya. :)

    BalasPadam
  9. Rina...

    InsyaAllah. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, kan? :)

    BalasPadam
  10. Kak Pah...

    InsyaAllah. Sukan akan maju sekiranya tumpuan diberi sepenuhnya oleh mereka yang terlibat tanpa mengambilkira kepentingan politik peribadi. :)

    BalasPadam
  11. eelobor...

    adakah mustahil agaknya? ;-)

    BalasPadam
  12. anak saya NAjiha ni diejek gemuk oleh kawan2 dia kat umah ni, saya sedikit rasa sedih tp saya tak tunjuk pd dia, saya kata takpela org gemuk kan comel...

    tgk abang yg sihat ni pon aktif bersukan, nnti saya ceritakan pada najiha hehehe

    BalasPadam
  13. Aju...

    BS ni sangat suka makan nasi. Tak lengkap harinya tanpa nasi. Walaupun begitu, dia aktif bersukan - kesukaannya yang tidak boleh dihalang.

    Bagi motivasi pada Najiha agar dia jadi anak yang aktif. :)

    BalasPadam
  14. untie pun tak kesah untie gebus asal untie hepi sokmo. ahaksss..

    tetiba ^_"

    BalasPadam
  15. baguslah dia suka sukan, kurang2 ada aktiviti, takde lah mcm budak lain melepak je dpn tv main game

    BalasPadam
  16. sama macam ami, walopun badan besar, walopun sekrg ni dia dah obes, tetap nak main hoki, jadi penjaga gol hoki sekolah mewakili daerah lagi..hehehehe

    BalasPadam
  17. cayalah!

    mana tau dengan kekerapan bersukan akan susut sikit badannya nanti :)

    BalasPadam
  18. kat mana tumpahnya kuah
    kalau tak ke nasi kan kakcik :)

    BalasPadam
  19. gemuk tak semestinya tak aktif kan?

    BalasPadam
  20. semangat mcm ni yg kita mau..chaiyok chaiyok

    BalasPadam
  21. bs cam firdaus walaupun berisi tapi aktif. bagus tu.nak ajar firdaus main bola lah cam ni.

    BalasPadam
  22. chaiyok! chaiyok! usaha dan terus usaha ya! moga kejayaan milik kamu nanti! =)

    BalasPadam
  23. Caiyok! Caiyok! Saya suka anak-anak muda melibatkan diri dalam sukan bolasepak. Mana tau kan satu hari nanti, awak lebih hebat dr Safee Salee! Sy doakan kejayaan awak! Mst boleh!

    BalasPadam
  24. biar dia main bola dari melepak tak tentu hala...

    BalasPadam
  25. Niez...

    Nora Danish kata 'yang penting kita enjoyyyyyy'...hehehe...

    BalasPadam
  26. Tina...

    BS tu melepak juga depan PS2/laptop, tambah2 kalau ada geng. Tapi dia sanggup tinggalkan itu semua kalau ada kawan panggil main bola. :)

    BalasPadam
  27. Su...

    bagus tu. Bagilah galakan pada Ami. Mana tahu boleh pergi sampai ke peringkat yang lebih tinggi lagi. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  28. Wani...

    harap2nyalah. Kakcik percaya sekarang ni dia lebih berat dari Wani tau. :)

    BalasPadam
  29. Ati...

    ada juga kuah tumpah ke lantai! hehehe...

    BalasPadam
  30. Mimi...

    majulah sukan untuk negara, kan? :)

    BalasPadam
  31. Cin Ina...

    jom bawak Firdaus main sama2 dengan BS. :)

    BalasPadam
  32. Kella...

    usaha tangga kejayaan. :)

    BalasPadam
  33. Fara...

    kadang2 dia jadi penjaga gol. mana tahu boleh jadi sehebat mendiang R. Arumugam nanti. :)

    BalasPadam
  34. Aina...

    betul. Tentu arahnya kalau di padang bola dari entah merayau ke mana2, kan? :)

    BalasPadam
  35. Size doesn't matter, janji sihat kan. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan

    BalasPadam
  36. bagus mendedahkan mereka dengan aktiviti luar seawal usia yang muda..

    skrg nie ramai terperangkap dgn permainan ICT huhuhhhh

    BalasPadam
  37. sVSs...

    kakcik setuju dengan kata2 tu. :)

    BalasPadam
  38. Sahrom...

    permainan ICT mungkin bagus untuk perkembangan minda, tapi kalau asyik terperap depat gajet2 tu semua, lemak pun berdendang sayang dalam tubuh atau mungkin juga sampai lupa makan minum!

    BalasPadam
  39. kat mana ada klinik tu???
    ada had umur untuk join ke???

    BalasPadam
  40. walau pun saya gemuk tapi saya suka bersukan..saya pemain bola jaring & badminton...hehehee

    BalasPadam
  41. milo...

    rasanya banyak klinik bolasepak sekarang di padang2 bola pada hari minggu. BS ni menjalani latihan di padang SM Aminudin Baki, KG. Pandan. Nampak macam budak2 belasan tahun (mungkin 13 tahun ke bawah saja) yang berlatih tu.

    BalasPadam
  42. Acu...

    bagus tu. Masa main bola jaring mesti tak ada yang nak langgar Acu, kan? Ampunnnn... :)

    BalasPadam
  43. janji dia sihat kan kak ..
    budak lelaki nie kalau xtive , gemuk punn x per , sbb dia sentiasa kuar peluh :)

    BalasPadam
  44. acu, bukan gemuk.. tapi comel.. :)

    kakcik, saya lebih suka kalau anak2 suka bersukan daripada terperuk main games kat rumah..:)

    BalasPadam
  45. perlu sekali sekala keluarkan peluh


    baru sihat tubuh badan

    BalasPadam
  46. Suka tgk iklan ramli tu...moga impian adik tercapai:)

    BalasPadam
  47. bagus la anak kakcik ni...
    smg jd lebih cemerlang dalam
    bola sepak...lebih baik dr Ramli tau dik...
    struktur fizikal bkn alasan...
    kehendak dan kesungguhan jd pegangan

    BalasPadam
  48. wuii..hebat le dia..

    tempat ke3 pun bagus gak tu..
    pembakar semangat utk lebih berjaya..

    good luck..semoga impian tercapai ye!

    BalasPadam
  49. ieda...

    BS ni memang aktif dan lasak, tapi biasalah anak bongsu, suka manjakan diri dia. :)

    BalasPadam
  50. Anaa...

    kakcik setuju - Acu tu comel, kan?

    Memang tak elok anak2 duduk terperuk je, nanti badan jadi lemah. :)

    BalasPadam
  51. pB...

    mak BS ni pun jarang keluar peluh. Asyik duduk dalam hawa dingin je. Keluar peluh hanya bila menggosok pakaian. ;-)

    BalasPadam
  52. Qema...

    harap2nya kita betul2 akan ada RAMLI nanti. :)

    BalasPadam
  53. exora...

    iklan yang menyentuh hati! Semoga BS akan berjaya dalam hidupnya nanti walaupun mungkin dalam bidang yang asalnya dia minati. :)

    BalasPadam
  54. PB...

    Berkat kesungguhannya, InsyaAllah dia akan mencapai kejayaan nanti (doa seorang ibu). :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com