Kawan-kawan kakcik

Isnin, 3 Oktober 2011

Warkah buat bakal menantu...

Assalamu'alaikum anakku.  Semoga dirimu dan keluargamu berada dalam keadaan sihat sejahtera dan didalam limpah kasih serta rahmat Ilahi sentiasa.

Tujuan mak menitipkan warkah ini hanyalah curahan hati mak sebagai seorang tua yang tidak punya apa-apa.  Mudah-mudahan juga warkah ini tidak akan mengganggu-gugat kehidupan anakku sehari-hari.

Anakku,
bila kamu sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri, bermakna kamu juga sudah bersedia untuk menghadapi sebuah pelayaran kehidupan yang mana ombaknya mungkin sahaja lebih mencabar dan sangat berbeza dari pelayaranmu sebelum ini.  Andainya sebelum ini kamu bebas mengemudikan kapalmu semahu hatimu, tapi bila sudah berumahtangga, kamu tidak lagi akan menjadi nakhoda.  

Nakhoda kapalmu sudah semestinya adalah suamimu.  Tapi, itu tidak bermakna kamu tidak mempunyai sebarang peranan.  Sebagai pembantu kanan, kamu mesti sentiasa bersedia untuk memastikan agar kapal yang dipandu suamimu tidak tersilap haluan.  

Sebelum mak berlanjutan bercerita tentang hidup yang bakal kalian tempuhi nanti, ada baiknya mak mulakan dari awal tentang alam baru yang akan kalian tempuh.


Di zaman ini, pasangan pengantin sering mengimpikan majlis perkahwinan yang pelbagai konsep dan tema seperti konsep taman dengan tema putih merah atau konsep Arab dengan tema pakaiannya yang tersendiri.  Tidak mengapalah kalau pasangan pengantin dan keluarga mereka benar-benar mampu.  


Terus-terang, mak sama-sekali tidak mampu untuk membuat satu majlis besar-besaran (yang sebenarnya penuh kepura-puraan).  Mungkin ada yang mencebik bibir mengatakan 'ah! dia cakap macam itu sebab anaknya lelaki.  Dia ingat anak dara orang tu dibesarkan dengan air hujan ke?'.  Biarlah orang nak berkata apa sahaja, kerana kita tidak boleh menutup mulut manusia.  Adakah mereka yang berkata-kata itu, akan sanggup memikul beban di atas bahu kalian sebaik sahaja majlis berakhir?  Bagi mak, apa juga yang kita buat orang tetap akan berkata dan bercerita.


Majlis yang dibuat dengan penuh gah dan meriah, terlepaskah dari hutang piutang?  Sanggupkah kalian mengikat perut masa ke masa hanya semata-mata kerana perlu melangsaikan hutang-hutang akibat majlis yang kononnya gilang gemilang itu?  Sampai bila?  Adakah mereka yang datang dengan pujian dan sanjungan sanggup berkongsi segala kepayahan yang mungkin kalian tanggung?


Tiada lagi 'dayang' dan 'pelayan' sebaik berakhirnya sebuah majlis.  Pandai-pandailah kalian mencari di mana tempat basuh tangan, di mana pinggan mangkuk dan sudu garfu.  Segalanya akan jadi sepi dan pandai-pandai kalianlah untuk menguruskan segalanya sendiri.


Anakku,


mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan apa yang mak perkatakan ini.  Tapi, pandangan mak adalah melangkaui masa berdasarkan apa yang telah mak lalui.  Tak perlu rasanya mak ceritakan tentang semua itu di sini.  Nanti bila ada masa, mungkin kita boleh bercerita dalam keadaan yang lebih santai kerana mak sentiasa bersedia untuk menjadi kawan kepadamu.


Anakku,


seperkara yang mak ingin ingatkan, setinggi mana pun pangkat seorang isteri dan sebesar mana pun kuasanya di luar, di rumah dia tetap seorang isteri.  Berbaktilah semampumu terhadap suamimu selagi dia tidak menyimpang dari jalan yang diredho Ilahi.  Andai ada yang tidak kena, mengadulah kepadaNya sebelum kamu mengadu kepada orang yang belum tentu dapat menyelesaikan masalahmu walaupun mereka adalah kedua orang tuamu.


Sekian dulu buat kali ini.  InsyaAllah siapa pun kamu, mak akan menerimamu seadanya.  Pilihan anak mak adalah pilihan mak juga dengan doa semoga pilihan anak mak itu adalah yang terbaik yang telah ditentukan oleh Rabbul 'Izzati.






62 ulasan:

  1. cheqna bayangkan warkah ini untuk cheqna
    insyaallah..
    cheqna juga tak pernah impikan majlis yang gah gilang gemilang....cukuplah sekadar mengikut kemampuan kami..yang penting ijab kabul itu sendiri...
    moga hasrat hati untuk mendirikan rumahtangga kan direstui dan dipermudahkan illahi
    amin...

    BalasPadam
  2. dah kawin pun boleh juga dijadikan panduan...huhuhu..!
    terima kasih kakcik..

    BalasPadam
  3. salam kakcik..
    terharunya baca warkah buat bakal menantu kakcik ni...ida pun sokong apa yg kakcik nyatakan..yg penting majlis akad nikah dan kehidupan selepas berumahtangga..

    nnti kakcik nk dpt menantu jemput yer...

    p/s insyallah ida akan hadir ke majlis gathering tu bawa mee rebus..mudah2an semuanya berjalan lancar dn ida tiada apa2 alasan utk turut serta,

    BalasPadam
  4. kakcik...kalau anak dara wani dah besar...daku kepingin nak berbesan dengan mu!

    wani juga tak inginkan semua tu...lebih kepada kesederhanaan yang kudamba...

    BalasPadam
  5. kakcik, saya simpan warkah ni untuk bakal menantu saya nanti, inshaALLAH .. anak2 saya juga sumer laki2..niat di hati nak buat kenduri doa selamat jer untuk majlis sambut menantu.. huhu..

    BalasPadam
  6. Walau keluarga kakak ramai yg perempuan tapi majlis kami biasanya lebih kepada majlis anak-beranak. Yg penting penyatuan mereka tidak membebankan selepas itu...

    BalasPadam
  7. berguna bagi pasangan yang berhasrat untuk mendirikan rumahtangga.. jangan kerana inginkan majlis yang gah akhirnya terpaksa menanggung hutang yang tak kesudahan..

    BalasPadam
  8. sedih pula rasanya

    ati pun nak jadi seorang mak mentua
    yang sama seperti kakcik...baikk sgt :)

    BalasPadam
  9. Ella nak jadi mak mertua sporting. gi sopink sama2 .. gi salun sama2 .. borak cerita senda guran sama2. Mudah2an Allah SWT kabulkan.

    BalasPadam
  10. Biar majlis sederhana asal tidak berhutang.. Yang penting berkat.. Majlis gah gilang gemilang bukan pengukur kebahagiaan rumah tangga.

    BalasPadam
  11. Jangan kita lupa pesanan Rasulullah dan peringatan Allah SWT agar bersederhana dalam segala urusan...

    BalasPadam
  12. Pertamanya, kena buang semua hal-hal remeh temeh dalam majlis perkahwinan.

    keduanya kena dahulukan yang wajib dan hak anak ialah bila anak minta untuk berkahwin maka ibu bapa kena segerkan pernikahan. BUkan bermaksud kahwin dengan gah/berhutang dll..Bab ni kena basuh minda semua mak ayah termasuk saya yang mana kahwin sederhana waima dengan walimatulurusnya hanya dengan sebiji cupcake (contoh) bukan bermaksud kena tangkap basah..huhu

    mudah-mudah kita semua menjadi sekapal..mudahkan yang patut mudah..

    Lebih berkat nanti insyaallah..:)

    BalasPadam
  13. Setuju ngan apa yg diutarakan oleh KakCik.. tuh..

    Apa² yg hendak dibuat harap mendapat keredhoan Allah

    BalasPadam
  14. Cheqna...

    ramai orang seolah2 melupakan yang wajib tetapi berlebih2an pula dalam perkara yang mungkin mendatangkan fitnah dan pembaziran. Sedih, kan?

    BalasPadam
  15. kaklong...

    sama2 kasih. Kakcik mengingatkan diri kakcik sendiri juga. :)

    BalasPadam
  16. W/salam Ida...

    yang penting adalah perkongsian selepas sah menjadi suami isteri, segala susah senang akan ditanggung bersama.

    Terima kasih kerana sudi datang nanti. :)

    BalasPadam
  17. Wani...

    eh! mana tahu kalau nanti tiba2 bertemu jodoh antara anak2 kita! BS tu baru 10 tahun je! :)

    BalasPadam
  18. eelobor...

    terima kasih Dik kerana bersetuju. :)

    BalasPadam
  19. Anaa...

    entah bila kakcik akan jadi mertua, tapi setidak2nya tulisan kakcik ini sebagai ingatan kepada diri kakcik untuk tidak mengada2 meminta perhatian bila anak2 sudah pun berumahtangga. :)

    BalasPadam
  20. Kakzakie...

    betul. Jangan kita bebankan anak2 kita dengan sesuatu yang di luar kemampuan mereka. :)

    BalasPadam
  21. Aizamia...

    syukur sekiranya catatan kakcik ini boleh dijadikan panduan. :)

    BalasPadam
  22. Ati...

    semoga kita 'berjaya' menjadi mertua yang boleh menjadi rakan karib kepada menantu dan tidak juga menjadi musuh pada anak sendiri. :)

    BalasPadam
  23. Ella...

    mudah2an Allah makbulkan doa Ella itu. Tambah pula Aiman satu2nya permata hati Ella. :)

    BalasPadam
  24. AzMask...

    alangkah ruginya andai majlis yang gemilang berakhir denga sebuah kehancuran walaupun bukan itu yang dipinta, kan?

    BalasPadam
  25. Kak Nani...

    betul tu. Saya setuju sangat agar kita sentiasa ingat pada pesanan Baginda SAW. :)

    BalasPadam
  26. RULZA...

    InsyaAllah, semoga kita menjadi ibubapa yang tahu mana yang sewajibnya didahulukan bukan terpengaruh dengan bisikan2 yang tidak membawa kebaikan. :)

    BalasPadam
  27. bujal...

    InsyaAllah. Mak doakan yang terbaik buat mereka. :)

    BalasPadam
  28. Rinna...

    tanpa redho Ilahi dibimbangi tidak berkat kehidupan yang dijalani. :)

    BalasPadam
  29. Hani dah bergelar ibu mertua mengerti apa yg kakchik cuba sampaikan..hakikatnya memang macam tu lah..berpijak di bumi nyata adalah lebih baik dari mimpi.

    BalasPadam
  30. walau pun acu seorang anak perempuan bongsu dan yang sorang2 nye je lagi belum berkahwin dlm keluarga...yg mana boleh saja nak mengadakan perkahwinan gilang gemilang sebab insyaAllah keluarga acu mampu tapi acu sendiri tak mengimpikan tu semua

    acu juga tak mimpikan wang hantaran puluhan ribuan ringgit

    cukup sekadar yg wajib...majlis kecil-kecilan sekadar meraikan tetamu...yg penting segala urusan selesai tanpa masalah & dapat hidup dengan aman & bahagia hingga akhir hayat

    BalasPadam
  31. alamak.. nak jadi calon menantu kakcik, dah tak layak la pulak... hehehehe

    p/s: dulu kakcik ada dapat surat tak drp mak mertua? ;)

    BalasPadam
  32. Hani...

    sesetengah dari kita lebih suka untuk tidak melihat yang nyata kononnya untuk memuaskan hati semua!

    BalasPadam
  33. Acu...

    kalau dalam kemampuan, mungkin tiada salahnya asal jangan sampai terjadinya pembaziran. :)

    BalasPadam
  34. Dr Hanie...

    mak mertua kakcik tak pandai menulis dan membaca apatah lagi berblog! hehehe....

    BalasPadam
  35. saya belajar sesuatu dari surat ini..
    terima kasih kakcik

    BalasPadam
  36. Diana...

    sama2 dan terima kasih juga kerana sudi membaca. :)

    BalasPadam
  37. Salam
    satu curahan yang penuh dengan nasihat yang bukan saja untuk anak menantu tetapi untuk semua pembaca.

    BalasPadam
  38. akak,

    saya nikah dulu very simple. Lepas nikah selang 3 minggu ada majlis reception. Majlis hanya ada majlis makan2. tak de sanding2. tak de tepung tawar. yang ada hanya majlis ceramah ugama pada malam sebelum majlis makan..

    tp saya masih ingat sampai sekarang.


    Saya tunggu jemputan dari akak je ni.

    BalasPadam
  39. Kakcik, surat yang sgt berguna. saya bc mcm ianya ditujukan utk sya jugak.


    My Latest Entry: Kenduri Hakeem, Ikea, dan Acha Septriasa.

    BalasPadam
  40. perkongsian yg sangat hebat dari akak .. sukeeeeeeee tapi MIL dan FIl saya dah lama tiada , since sblm saya kawin layie huhuhu

    BalasPadam
  41. bagus kalau surat terbuka ini diterbitkan di dalam akhbar perdana sebagai renungan semua.

    orang kata ukur baju di badan sendiri. kalau badan dia bersar, tak salah kalau bajunya turut besar tetapi yang salah adalah sebaliknya.

    BalasPadam
  42. betul sgt2 tu kakcik...bljr dr pengalaman

    BalasPadam
  43. benar ...
    jangan hidup dalam penuh kepalsuan.
    warkah dari orang lama,

    BalasPadam
  44. alamak....kakcik nak dpt menantu dah ke.....best lah mcm tu erk.....

    BalasPadam
  45. salam kakakku kakcik..
    dah nak bermenantu ye.. tahniah..

    saya mahukan kesederhanaan..dan alhamdulillah saya berjaya kotakan kata saya..

    rimas dgn majlis yg ada karaoke..ada kugiran apatah lagi.. saya lemas !

    BalasPadam
  46. Ariff...

    kakcik menulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian sahaja. Kakcik tak puya kepakaran apa2 pun. :)

    BalasPadam
  47. Yan...

    majlis perkahwinan kakcik dulu juga sangan sederhana. Dibuat di kampung dan dihadiri masyarakat setempat. Alhamdulillah, setakat ini kami masih 'sherashi bershama'... :)

    BalasPadam
  48. Ekmi...

    Alhamdulillah sekiranya curahan hatri kakcik ini ada manfaatnya pada orang lain juga. Terima kasih kerana sudi membaca. :)

    BalasPadam
  49. Ieda...

    kakcik sekarang hanya ada MIL sahaja lagi. Walaupun kami jarang berjumpa, kakcik harap sangat yang kakcik mampu menggembirakan hatinya bila kami bersama walau untuk seketika. :)

    BalasPadam
  50. Kanda AL...

    amboiiiii... tersedak saya! tulisan nyamuk macam ni, hanya layak diterbitkan di blog saya yang enath apaapasaja ni...

    Ya, kalau baju besar, ada harapan badan boleh bertambah besar, kan...hehehe...

    BalasPadam
  51. exora...

    pengalaman adalah guru yang baik untuk mematangkan kita. :)

    BalasPadam
  52. AM...

    kepalsuan tetap akan terserlah bila tiba waktunya...

    BalasPadam
  53. jeBateja...

    kita hanya merancang, Allah yang menentukan. :)

    BalasPadam
  54. W/salam adikku Samad...

    ura2 itu ada, bilakah waktunya belum dapat dipastikan lagi - mungkin tahun depan, mungkin 2 atau 3 atau 4 tahun lagi - Wallahhuaklam! :)

    Kakcik juga rimas dengan kebisingan yang entah apa-apa!

    BalasPadam
  55. betul tu kak chik, dah ada bakal menantu ke kak chik. sapa yang dapat mak mertua cam kak chik, untungya sebab tak garang.

    BalasPadam
  56. Cik Ina...

    sebenarnya kakcik ini ibu yang 'berangin'. Bimbang juga nanti silap gaya, boleh jadi ribut taufan atau puting beliung! ;-)

    BalasPadam
  57. Assalamualaikom kakcik.. :)

    slamat menimang menantu!
    teman lmbt lg gilirannye tp nk mtk ijin kopipes kendian nnti ye!

    BalasPadam
  58. Wa'alaikummussalam AzeedA...

    teman pun idok tawu entah bila nak bermenantunye! Gedap gedup ati teman ni weh!!

    Nak kopipes, buleh aje. :)

    BalasPadam
  59. kakcik,
    Luahan hati kakcik macam luahan hati saya.Really.
    I just wish for a simple yet sweet ceremony.Hantaran yang cukup kadar kemampuan tanpa frills bila anak anak berumahtangga.
    Apa nak megahkan upacara gemilang berhari hari kalau hutang nanti membelit diri.....
    tapi entah bilalah terbuka pintu rezeki bermenantu....

    BalasPadam
  60. Cikgu...

    semoga Allah permudahkan urusan kita nanti. Amin. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com