Kawan-kawan kakcik

Khamis, 20 Oktober 2011

Makan-makan di Restoran Rebung...



Sup - percuma

Air kosong - percuma


Mihun hailam - adikku punya

Mi goreng - suamiku punya

Kuey teow tanpa sayur - Along punya

Keropok - percuma (boleh tambah lagi)

Aku makan apa?  Aku tumpang sahaja makanan mereka itu!  Kosnya? RM74.80 (termasuk cukai perkhimatan 10%).


28 ulasan:

  1. rm74.80 tu semua yang dlm gambar ke tu kak?

    BalasPadam
  2. ade gak la idea nak berbuka ari ni kakcik....heeeee~

    BalasPadam
  3. mahalnya kakcik..ke ada lagi makanan yang tak de lam gambar ni..

    BalasPadam
  4. kak cik dah sihat ke? harap kak cik dan abang dah sembuh sepenuhnya
    lagi pun nanti kami nak menyerbu rumah kakcik nih.. ;p

    BalasPadam
  5. mak wani pon suka makan share2 je ngan anak2 kalo kitorang keluar makan :)

    BalasPadam
  6. Kaklong...

    mee/mihun/kuey teow itu berharga RM15.00 bagi setiap pinggan. Tapi, banyak jugalah isinya. (~_-)

    BalasPadam
  7. eMMe...

    masak apa nanti? Mee @ mihun @ kuey teow? :)

    BalasPadam
  8. Qema...

    rasanya gambar milo ais je tak ada!

    BalasPadam
  9. Sya...

    belum sihat sepenuhnya, tapi semangat nak menerima tetamu dah berkobar2 ni... :)

    BalasPadam
  10. mmg mintak kuew tiow tak bersayur kakcik..

    BalasPadam
  11. Wani...

    kena pulak masa tu selera kakcik belum pulih. Bila makan dengan anak-anak, kalau kakcik tengok makanan tu banyak, memang kakcik akan kongsi je - tak mahu membazir. :)

    BalasPadam
  12. RK...

    Along tak nak sayur, macam budak kecik! :)

    BalasPadam
  13. boleh tahan harganya kakcik..

    ati n fmly makan kfc pun
    dah kita mahai....huhu

    BalasPadam
  14. boleh tahan harganya kan.. sebut rebung.. sedapnya kalau dapat rebung masak lemak cili api letak daging salai..

    nanti nak mintak atok cari rebungler.. ;)

    BalasPadam
  15. saya kalau masuk ke restoren ni selalu, boleh bangkrap! haha

    BalasPadam
  16. Ati...

    sebenarnya kami tak ada rancangan pun nak makan kat situ. Balik dari Sg. Gabai, kami melencong ke Bangsar. Nak cari Jeumpa d'Ramo, tapi tak jumpa. Yang jumpa, Restoran Rebung. Adik kakcik yang belanja makan tu. :)

    BalasPadam
  17. Milo...

    iya ... yang bener Buk! :)

    BalasPadam
  18. Aizamia...

    kakcik pun dah lama tak makan masak lemak rebung, jumpa di kedai makan, tak berani nak cuba sebab SEMPUTTTTT....:)

    BalasPadam
  19. Dr Faiz...

    kakcik pun entah itulah pertama dan terakhir masuk kat situ!

    BalasPadam
  20. Kak Chik..74.80 untuk brp orang? Cam x berbaloi jek..

    BalasPadam
  21. Alin...

    untuk 4 dewasa + satu budak kecik. :)

    BalasPadam
  22. sesekali bolehlah makan kat tempat2 macam tu, kalau selalu mau kopak...
    kalau sedap berbaloi2 kak cik...

    BalasPadam
  23. Kakcik ni tak sihat lagi ye. Makan pun tak selera. Along dah layak ada anak.:)

    BalasPadam
  24. Saya dah lama tahu restoren tu memang harga mahal. Kengkawan saya pernah kata, jika mahukan menu yang lain dari yang lain, berbaloi juga bayar begitu.

    Tapi jika sekadar meehoon/kueyteow atau yg lebih kurang camtuh, lebih baik memilih gerai kegemara lain yg biasa saja. Janji puas makan.

    Ada harga ada rupa dan JENAMA yang memberikan pulangan.

    BalasPadam
  25. Aina...

    yang mahal tak semestinya sedap!

    BalasPadam
  26. Kakzakie...

    sakit ni datangnya laju, perginya tertahan-tahan dulu...

    BalasPadam
  27. Azie...

    baik kita masak sendiri, kan? Ahad ni nak start rewang pukul berapa? ;-)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com