Kawan-kawan kakcik

Selasa, 13 September 2011

Hasrat tak sampai...

Dalam perjalanan ke Teluk Intan pada hari Ahad, sewaktu melalui jalan lama di Sungkai, BS terlihat papan tanda ke Pusat Konservasi Hidupan Liar, SungkaiDia teringin masuk ke tempat itu untuk melihat hidupan liar yang dinyatakan pada papan tanda.  Disebabkan waktu masih awal kerana jemputan yang akan dihadiri hanya pada esok hari dan ayahnya pun baik hati, kami melencong masuk ke tempat itu.  Jauh juga ke hujung jalan tempatnya.  Lebihkurang 8km dari jalan besar.

Malangnya, kami terlewat sampai.  Tempat itu telah ditutup untuk lawatan pada jam 12.45 tengahari sedangkan kami tiba pada jam 2.00 petang.  Hmmm... lain kali, kita datang lagi, ya Dik?

Keluar di tol Sungkai/Trolak untuk jalan pintas ke Teluk Intan.

Jalan masuk ke Pusat Konservasi Hidupan Liar, Sungkai

Tak daput masuk, dapat bergambar pun jadilah.

Pintu gerbang.

Dalam perjalanan keluar, singgah beli goreng pisang dan mangga di sini. 
Petai itu berharga RM5.00 seikat tapi kami tak beli pun.

Siapa yang tak pandai baca tulisan ni, sila angkat papan kekunci!

BS pun tak pandai baca tulisan tu, tapi mak dia pandai tau. (^_^)


40 ulasan:

  1. salam..
    takpe, lain kali le masuk situ..
    Siap posing lagi kat Masjid Jamek Jln Manderang Sungkai, Perak..

    BalasPadam
  2. W/salam Jamiel...

    Pandai Jamiel baca tulisan jawi tu. Syabas. :)

    BalasPadam
  3. besonya mata petai tu..mesti singgit sepapan tu...

    BalasPadam
  4. Cheqna...

    petai tu ada dalam 6 atau 7 papan seikat, ikut saiz. Sebenarnya masa mama masuk ke Pusat Konservasi tu, mama terserempak dengan orang asli yang bawa petai penuh keliling motorsikalnya, tapi sayang mama tak sempat nak ambil gambar. :)

    BalasPadam
  5. lau minggu ni kakcik dtg ke teluk intan lagi, singgahla ke teratak bonda MDT.. :)

    BalasPadam
  6. tak penah tau pun ada Pusat Konservasi Hidupan Liar kat sungkai...

    emmm... bleh masuk dalam list ni...!

    BalasPadam
  7. MDT...

    lusa dan tulat mungkin kakcik ke Penang pulak. :)

    BalasPadam
  8. tulisan jawi boleh baca tapi merangkak-rangkak, sejak anak2 sekolah mak pun belajar jawi dengan lebih tekun...:)

    sambal udang + petai...waaa...

    BalasPadam
  9. milo...

    ada pekdahnya kakcik buat catatan tentang ini, kan? (sebelum ini kakcik pun sebenarnya tak tahu tempat itu ujud!)

    BalasPadam
  10. Aina...

    masa kakcik bersekolah dulu, memang kakcik belajar jawi. Rugi juga kalau tak pandai membaca dan menulis jawi, kan? :)

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum KakCik,

    Sian adik kempunan!
    Memang besor petai tu...tp Mamak ke yg menjualnya? Tak penah tengok org India jual petai, atau org Melayu tu gelap? Akak buleh baca jawi...dgn lancornya!

    BalasPadam
  12. wani buleh baca tulisan jawi tu...

    "Istiadat pembukaan rasmi masjid jamek jalan....."

    BalasPadam
  13. ingatkan kempunan nak makan sambal petai



    mahalkan petai sekarang ni, biasanya lima papan tu dua ringgit

    BalasPadam
  14. Akak pandai baca tapi merangkak rangkak..hehehe

    BalasPadam
  15. Papan tanda pembukaan rasmi Masjid Jamek Jalan Manderang...

    mesti best kan kalau dapat masuk situ...tak penah tau pula kewujudan pusat tu

    BalasPadam
  16. Wa'alaikummussalam Yong Halima...

    yang menjuei petai tu, oghang Melayu kita. Tapi kakcik tak beli pun. :)

    Oghang baya2 kita ni, kebanyakannya boleh membaca tulisan jawi dengan lancar, kan? :)

    BalasPadam
  17. ibuintan...

    bila permintaan tinggi, harga pun naiklah...

    BalasPadam
  18. Acu...

    mungkin lain kali ada rezeki untuk masuk ke situ.

    Bagusla Acu pun pandai baca tulisan jawi. :)

    BalasPadam
  19. kakcik,

    saya jawi no problem heh3...

    BalasPadam
  20. Sallam kak cik,

    Sian adik tu hasrat dia tak kesampaian nak tengok rusa..

    BalasPadam
  21. kesian dia..
    kalau xdapat tunaikan janji pd anak mesti kita terkilan,kan?

    BalasPadam
  22. adik beradik saya semua pandai baca jawi..:p

    saya ni tak pernah ke teluk intran..
    nama je orang perak...
    hhheheh

    BalasPadam
  23. xpe kakcik....dah tau jln n tmptnya lenkali senang dah

    BalasPadam
  24. kak chik mahalnya petai RM5 . alah cian BS, lenkali boleh pegi. cik ina pernah duk sana sekejap lepas kahwin.

    BalasPadam
  25. W/salam Lipislady...

    InsyaAllah, satu hari nanti kakcik dan suami akan bawa anak2 sekali lagi ke tempat itu. :)

    BalasPadam
  26. Hamizah...

    itulah rasa hati seorang ibu. Seboleh mungkin kehendak anak2 hendak ditunaikan.

    BalasPadam
  27. exora...

    mungkin belum ada tujuan hendak ke sana, kan? :)

    BalasPadam
  28. Cyana...

    jom le. Tapi sampai Seberang Jaya saja. :)

    BalasPadam
  29. Diana...

    kakcik pun banyak lagi tempat kat Perak tu yang kakcik belum sampai. :)

    BalasPadam
  30. Mimi...

    masalahnya, kalau tak diingatkan mungkin akan terlupa! :)

    BalasPadam
  31. Cik Ina...

    tiada yang murah sekarang ini. :(

    BalasPadam
  32. Assalamualaikom kakcik.. :)

    teman buleh bace jawi, cume sekrg ni byk perkataan2 baghu yg teman kughang lanchor nk bace.. hehe..

    BalasPadam
  33. Wa'alaikummussalam AzeedA...

    ha ah.. betullah, sekarang dah banyak ejaan yang tak sama macam masa kakcik belajo dulu2. :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.