Bukan sedang berkaraoke, tapi sedang memberi SEPATAH DUA kata. |
Antara jemputan yang datang. |
Pengurus Kilang Beras Bernas (KBB) sedang menyampaikan ucapan alu-aluan. |
Laksa yang dihidangkan sangat sedap. Tak percaya? Cuba tanya BS. :) |
Lontongnya juga sedap sebab aku sendiri yang mengesahkannya. |
Rendang ayam dan dagingnya juga sedap walaupun lemangnya keras! |
Kesian suamiku - tak ada 'baju raya'! |
BS pura-pura malu bila aku hendak merakam gambarnya. |
Jangan pandang pada rupa, tapi tanyalah rasanya. |
Aku tak tahu nama jambatan ini, tapi bentuknya menarik perhatianku. |
seronoknya ke rumah terbuka yg meriah sebegini menunya hihi, BS auntie suke gaya mu
BalasPadamAju...
BalasPadamkakcik lagi suka sebab tiada protokol yang membezakan tetamu yang datang. Bagus penganjur buat macam tu. :)
heh heh bukan karaoke heh?
BalasPadamada ala2 P ramlee mengalunkan lagu "Getaran Jiwa" ek?
saya pun masih kekenyangan makan kat open house malam tadi..
Q...
BalasPadamkalau dia berkaraoke, mahu hujan ribut kat Sg Manik tu! Kesian kat pesawah padi... hehehe...
Jauhnyer perjalanan kakcik..tapi berbaloi bila makanan yg dijamu menepati selera..Alhamdulillah
BalasPadamPn Nani...
BalasPadamsaya cuma mengikut suami yang memenuhi undangan. Mungkin esok lusa saya akan mengikutnya lagi. :)
unik jambatan tu :)
BalasPadamSuami kakcik kerja dgn Bernas ke?
BalasPadamLontong tu pada mata saya mmg nampak best
mcm2 makanan ade...meriah sungguh...semuanye nnpk sedap jer...
BalasPadamWani...
BalasPadamnampak cantik, kan? :)
kalau mamaainul nampak laksa tu~~keh keh~~
BalasPadamDr Faiz...
BalasPadamya, suami kakcik pekerja bawahan di Bernas. :)
Lontong tu memang sangat sedap. Kalau duduk lama, mahu kakcik makan bertambah2. Tapi disebabkan nak bekejar balik ke KL, kenalah jamah seadanya.
Ainnoraini...
BalasPadamwalaupun makanan yang disediakan ringkas sahaja, tapi semuanya sangat sedap. Sangat berbaloi datang dari jauh pun. :)
bujal...
BalasPadammamaainul sangat mengidam laksa, ya? Kamu dah penuhi permintaannya ke? :)
ada cendollllll
BalasPadamChik Att...
BalasPadamkakcik tak sempat nak rasa cendol tu, cuma minum air oren je. :)
beshnya makan2...=)
BalasPadamkakcik... setiap kali balik Chenderong Balai saya lalu jambatan itu
BalasPadamkekadang rupa cantik tapi rasanya hambar, saya juga suka yg sedap rupanya tak kisah
Cheqna...
BalasPadamnaik baik la berat mama nampak gayanya!
ibuintan...
BalasPadamkadangkala rupa memainkan peranan juga. Jadi lebih baik rasa dulu, baru tahu, kan? :)
ish..ish..sedapnya laksa
BalasPadambanyak nye menu kan kak
BalasPadammemang kena makan semua
sikit2 :))
PB...
BalasPadamkakcik tak semoat makan laksa tu, tapi BS kata sedap sangat. :)
ieda...
BalasPadamnak jamah serba sikit pun tak sempat sebab kesuntukan masa. Mujur kami tiga beranak merasai makanan yang berlainan, dan setiap kami mengesahkan makanan yang kami makan adalah sangat sedap. :)
Meriahnyaa Kak Cik.. Kalau saya balik Sg Lampam mesti lalu jugak kat jambatan tuh.. Rumah Kak Ipar dah dekat dah tuh ngan kilang bernas.. :)
BalasPadamRinna...
BalasPadamkakcik memang lalu ikut Sg Lampam tu (datang dari arah Tk. Intan), tapi bila balik, lalu ikut jambatan tu terus menghala ke Chui Chak. :)
jauh beraya tu kak.
BalasPadamYan...
BalasPadammacam tu la 'kerja' suami kakcik. Sambil tu, dapat juga singgah menjenguk mertua di Teluk Intan. :)
buat apa kalau rupa cantik tapi tak sedap, cik ina suka rasa dulu .terliur bila kak cik cakap laksa dia sedap, teringat plak laksa penang hari tu.
BalasPadamCik Ina...
BalasPadammacam orang juga, kan? kalau cantik tapi tak pandai masak - tak bermakna juga (nanti ada yang jawab, kedai makan banyak, pulak!) :)
Kakcik.. kenapa mr Bob tak pakai baju melayu. kalau tak sure menang segak bergaya. hehe
BalasPadamCyana...
BalasPadamtu la pasalnya. Suka hati dia je. Bagaimanapun, InsyaAllah untuk majlis esok malam kakcik akan pastikan dia berbaju melayu lengkap. :)