Kawan-kawan kakcik

Selasa, 27 September 2011

Komen kena telan... huwaaaaaa...

Mulanya aku komen komen kat blog Kanda AL.  Selepas tengok komen dah ada dalam kotak, aku pun keluar.  Lepas tu aku datang lagi, tengok-tengok komen tu sudah tiada.  Tiga kali aku komen di blog yang sama dan sekali di blog Puisi Orang Tak Reti, masalah yang sama terjadi.

Kemudian aku komen di Blog Azie pun sama jua.  Rupa-rupanya komen aku dalam catatan beliau yang sebelum ini pun tak masuk. :(

Aku cuba letak komen di blog sendiri, boleh pula.  Adakah komen-komenku di blog yang guna kotak komen 'pop-up' semuanya tidak diterima lalu habis ditelan?  Huhuhu....

Aku belum semak komen-komenku di blog lain yang telah kutinggalkan komen.  Malas pula rasanya.  Mungkin komen-komenku masuk ke kotak SPAM blog kalian.  Sedih!

Komen di blog Cik Ina dan Ella pun kena telan!!

 

19 ulasan:

  1. mungkin jugak kakcik.. sebab baru tadi ai perasan ada komen yang ter ter masuk kat SPAM.. ntah kenapa jadi macam tu.. tapi dah ok dah.. tapi komen kakcik ke blog ai setakat ni ok.. ;) takde masalah langsung..

    BalasPadam
  2. kak chik jangan risau cik ina baca komen melalui email, cik dah baca komen kak chik tadi, kat blog memang tak appear komen kak chik.

    BalasPadam
  3. kak chik tolong telankan gedek tu sekali.terima kasih

    BalasPadam
  4. saya turn off komen di emel. tp rasanya semua org komen masuk...

    BalasPadam
  5. kt blog wani pon komen kakcik kena telan, kat email ada masuk....hurmmm

    BalasPadam
  6. komen tu pemalu lah kakcik...
    tu pasal di nyorok2 gitu
    ekekekeke

    BalasPadam
  7. komen kakcik di blog saya ok...

    naper lak kena telan tu ya?

    BalasPadam
  8. bujal...

    setakat semalam belum lagi. Nanti petang ni mak tengok, kot dah sampai ke rumah. Terima kasih ya nak. :)

    BalasPadam
  9. Dekat blog kakak ok ada appeared pulak. Nasib-nasiblah kan...

    BalasPadam
  10. Kakcik, Ella dah selamatkan komen tu dari ditelan terus-terusan oleh Batu Belah Batu Bertangkup. Selamat Sudah. Hihihi.

    BalasPadam
  11. komen kakcik dalam blog saya keluar. no problem.

    BalasPadam
  12. komen kena telan...knp leh jd mcm tu arr...cer..cerr komen di blog kita..ada tak..hehee

    BalasPadam
  13. Kat blog saya memang tak muncul Kak Cik. Tak tau nak semak kat mana, sebab saya memang tak link ke email...

    BalasPadam
  14. yang ni saya 'no komen' kakcik.. saya buta it.. hhuhu..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com