Kawan-kawan kakcik

Khamis, 21 April 2011

Kata Menteri II...

Itu hari menteri berkata
menonton video X tidak mengapa
asal berniat suci di dada
untuk mencari bukti yang nyata

hari ini pula aku terbaca
seorang menteri yang lain menutur kata
berkhalwat itu masalah peribadi sahaja
tidak melanggar undang-undang jawatan yang ada

apa lagi yang akan terjadi
seolah-olah tiada langsung sensitiviti
sama juga macam kes KD
kisahnya dipapar hari ke hari

renungkanlah dari sudut agama
kes dipapar bukan kecil adanya
mungkin di dunia kita rasa selesa
tidak terfikirkah balasan di sana?


nota hati : aku manusia kerdil yang hanya mampu memerhati sedang kata-kataku tiada siapa yang peduli...



61 ulasan:

  1. Dosa tetap dosa kan?

    BalasPadam
  2. saya malas nak komen~~hari ni cuma nak menyapa je~~

    hai makcik~~~~

    BalasPadam
  3. KOG...

    di dalam racun itu mungkin ada penawar, tapi bila racun mendominasi - penawar bagai hilang fungsi. :(

    BalasPadam
  4. Anita...

    dosa memang tetap menjadi dosa selagi kita tidak bertaubat dan tidak lagi mengulanginya...

    BalasPadam
  5. sebab tu saya tak suka politik. kotor, jijik, dan menyimpang.

    BalasPadam
  6. gB...

    bukan politik yang kotor, tapi manusia yang berpolitik itu yang mengotorkannya!

    BalasPadam
  7. waka...waka...depa ni tetap tak maw megaku depa salah....kalau salah...confirm...jatuh terjelepuk...ahakz....

    BalasPadam
  8. tumpang sekaki kak........mungkin kita tersilap memilih dia.... bukan lama sangat 5 tahun... lepas tu buang dia ke tong sampah..

    BalasPadam
  9. Assalamu'alaikum kakcik,

    Masih bersyukur negara kita masih ada lagi alim-ulama' walau banyak yg tidak mahu mendengar nasihat mereka.

    Bimbang kerana perlanggaran melampau pada perintah Allah musibah melanda semua yg ada. Na'uzubillah Himinzalik...

    BalasPadam
  10. berita2 yg ada sekarang semua mengerikan....dosa semua campak ke tepi...sedih btl

    BalasPadam
  11. Dulu saya suka menonton berita utama di tv. tiada sensitiviti politik. tapi sekarang saya dah menyampah...buruk-memburuk kata- mengata macam budak hingusan yang berebut ais-cream....

    BalasPadam
  12. Inilah antara sebab utama saya dah tawar hati nak duduk Malaysia. Baik saya tinggal di negara kafir, yang lebih mengutamakan moral, walaupun mereka bukan Islam.

    BalasPadam
  13. Kakcik - itulah dia kalau ckap tidak berlandaskan Agama Islam, tidak menurut sunnah Rasullullah S.A.W. Orang macam ni ke yg kita nak jadi Khalifah kita? Next time jangan undi dia, tak pasal pasal dgn kita kita sekali kena tarik masuk neraka nanti.

    BalasPadam
  14. depa ingat... dah jadik datuk - tan sri - datuk seri bagai tuh
    buat mende2 camntu - tak berdosa atau terkecuali dari dosa!

    lahabau banget!~

    BalasPadam
  15. Ila...

    hal yang kita ingat keputusannya begini rupanya jadi begitu... :(

    BalasPadam
  16. jeBeteja...

    hukuman dunia bolehlah di elak2...

    BalasPadam
  17. PM...

    susah juga nak kata. Kadangkala kita rasa kita dah buat pilihan yang betul bukan berdasarkan emosi, tapi lain diharap lain yang jadi...

    BalasPadam
  18. Wa'alaikummussalam Kakzakie...

    mudah2an mereka yang bergelar atau digelar ulama' itu berkhidmat kerana Allah dan kerana takutkan hukum hakam yang telah ditetapkan dalam Al Qur'an dan Sunnah - bukannya hukum ciptaan manusia.

    BalasPadam
  19. Mimi...

    tak pasti sama ada berita disebar untuk diambil iktibar atau untuk dijadikan ikutan, kan? :(

    BalasPadam
  20. Arizakiah...

    kakcik juga tidak berminat lagi menonton siaran berita. Baik kakcik menonton perlawanan bola sepak yang kakcik tidak faham apa2! :)

    BalasPadam
  21. Dr DZ...

    kakcik tidak mampu hendak ke mana2. Mahu tak mahu, inilah tanahair kakcik. Menegur bukan bermakna kita tidak sayangkan negara, malah kerana sayanglah kita bersuara.

    BalasPadam
  22. TRR...

    mungkin dalam PRU akan datang kakcik akan 'menyimpan lagi' undi kakcik... ;-)

    BalasPadam
  23. milo...

    kalau ingat pada balasan akhirat, mungkin tiada yang ingin berbuat maksiat...

    BalasPadam
  24. Salam
    Itulah kalau bercakap tak tau bahasa
    Main sedap mulut mengikut citarasa
    Apa nak jadi wahai pak menteri
    Cuba istighfar dan sedarkan diri

    BalasPadam
  25. menyampah bila tengok perangai buruk menteri

    BalasPadam
  26. politik kat malaysia ni... semuanya dabel stended.. tak sukaa!

    BalasPadam
  27. naper tak amek tindakan mcm aril peterpan tu?

    BalasPadam
  28. kalau hidup hanya menongkat dunia, cam tu lah kak..

    yang benar jadi salah..yang salah jd benar.

    terpampam saya dengar berita di radio kelmarin pasal KD. Anak tu nanti jd anak apa kak? Bukan kah ZINA? kalau anak tu perempuan, cam ne dia nikah nanti kak? maka zina lah 7 keturunan. Betul kan kak..

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum Kakcik

    Hadith Rasulullah s.a.w melarang khalwat. Sabda baginda, maksudnya:
    “Janganlah sekali-kali seorang pria berduaan dengan seorang wanita, karena yang ketiganya adalah syetan.” (HR. Ahmad dengan sanad yang shahih)

    Hasutan makhluk ketiga tu yang kita bimbang akan melemahkan manusia lelaki dan perempuan bila berduaan.

    BalasPadam
  30. Ariff...

    bila orang mual bercakap tentang sesuatu yang bukan dalam bidangnya - maka akan jadilah seperti minyak yang cuba memadam api....

    BalasPadam
  31. Su...

    siapa pun kalau berperangai buruk, kita tidak akan suka melihatnya. Jadi, janganlah kita berperangai buruk bagi mengelak orang membenci kita.. hehehe...

    BalasPadam
  32. Dr h4ni3...

    kalau tak dabel stended, nanti tak ramai pengikut! ;-)

    BalasPadam
  33. Niez...

    kalau kat negara kita, Ariel pun mungkin terlepas dengan alasan 'super impose'.. ops!

    BalasPadam
  34. Yan...

    semalam kakcik baca dalam s/khabar. Konon kata seorang ulama di sana, kalau mengandung 3 bulan sebelum nikah - anak itu dikira anak zina. Kalau mengandung 6 bulan sebelum nikah pula, anak yang lahir itu dikira 'anak haram'. Kakcik pun keliru - apa bezanya antara kedua2 'anak' itu??

    BalasPadam
  35. Wa'alaikummussalam KK...

    kerana itulah kita dilarang untuk berdua2an yang mana akan mengundang 'pihak ketiga'. Al Quran dan hadis telah lengkap sebagai panduan.

    BalasPadam
  36. salam kakcik

    ermmm..................
    pihak Jabatan agama islam ngan pak menteri agama tak keluar kenyataan? nak juga dengar apa kata mereka :)

    (sememangnya kita dah tau hukum hakam pekara camnih)

    BalasPadam
  37. W/salam Jinkamen...

    kita tunggu dan lihat sahajalah apa kesudahannya... (^_^)

    BalasPadam
  38. bila bercakap kena berhati
    kena pulak kalau pak menteri
    kerana awak tu wakil kerajaan
    peraturan dibuat undang-undang kena la dihormati
    tak kira siapa tiada yang terkecuali
    jika org gomen berkhalwat ia tetap masuk fail tatatertib utk diadili

    jangan kelirukan rakyat yg mengundi

    BalasPadam
  39. aishh geram juga dgn depa ni...nk ckp2 lebih2 susah nanti...berdoa sajalah kak chik moga orang2 yg kuat2 agama yg memimpin negara...

    BalasPadam
  40. kak cik...
    jgn susah hati, sy akan amik pedulik kata2 kak cik....
    heheheheh...
    (org gomen, tak leh cakap lebih2...abis ar saya kakkk!!!!!heheheh)

    BalasPadam
  41. salam petang kakcik~sape lah kite hanya insan biasa2..sedang yang leka insan luar biasa, mau mengejut dari leka??takut kita, sbb punya bisa yang luar biasa adanya.hnnya yg mmpu...mmbaris urup mmbidas rasa.

    BalasPadam
  42. IE...

    jawab pak menteri 'tidak bersalah selagi tidak terbukti...'

    mengapa mereka menutur kata bagai tiada cacat dan cela?? :(

    BalasPadam
  43. Maya...

    semoga juga orang yang memahami agama tidak pula 'memilih2 untuk mengeluarkan fatwa'...

    BalasPadam
  44. Azian...

    kita (orang gomen) telah diikat dengan akujanji - tetapi akutakjanji untuk tidak bersuara melalui cara aku sendiri..hehehe...

    BalasPadam
  45. mommylavender...

    bersuaralah kita mengikut apa yang kita mampu walaupun suara ini 'terlalu kecil dan halus' untuk didengar meskipun oleh angin yang berlalu....

    BalasPadam
  46. kalau hukum nya dosa..maka tetap lah DOSA. tiada diskaun..tak mengira jawatan..mahupun ideologi politik.

    BalasPadam
  47. salam, suka tak suka ini negara kita, kena ambil tahu juga.. sebab anak cucu cicit kita nanti yang akan terima padahnya..

    BalasPadam
  48. bagi sesetengah org..
    kes2 ni dah jadi perkara biasa kan...

    astargfirullah...

    BalasPadam
  49. yg baik jadi teladan
    yg buruk jd sempadan..

    BalasPadam
  50. mungkin juga sebab kes belum selesai dan di sabitkan hukuman lagi sbb itu ia bersifat peribadi. namun jika telah di sabitkan bersalah sebagai penjawat awam yang terikat dengan perintah am, rasanya semua sedia maklum kecuali ada pihak nak bermain silap mata, memang akan pelik & janggal. desas-desus menagatakan mereka sudah berkahwin, itu bermakna bukan berkhalwat cuma belum di daftarkan lagi pernikahan tersebut di negara kita. entah lah, mungkin perlu tunggu & lihat

    BalasPadam
  51. artis dan ahli politik sama naik sekarang ni

    malu dah tiada langsung dalam kamus hidup mereka

    BalasPadam
  52. menteri semua dah hilang arah, tak lama lagi pilihanraya, banyak sangat benda nak fikir. mulalah cakap berputau-putau.

    BalasPadam
  53. salam kakcik,

    kalau MEREKA...

    apapun perbuatan tu...HALAL belaka

    cuba PIHAK YG SEBALIKNYA

    apapun...semuanya SALAH dan HARAM...

    tapi kita bukan mudah TERTIPU...

    BalasPadam
  54. dosa fitnah amat besar bagi mereka yg mengetahui dan takut pada janji siksaan Allah.. sejarah membuktikan bahawa kebanyakan tamadun sesuatu bangsa hancur angkara fitnah yg bermaharajalela..anehnya, ramai pulak yg menyokong pembawa fitnah ini..

    BalasPadam
  55. dh akhir zaman, kakchik..
    asal bpangkat semua orang tunduk hormat..

    BalasPadam
  56. Cantik bahasa yang dicoretkan..
    indah....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com