di dada akhbar aku terbaca
seorang menteri telah berkata
'cuba tunjukkan kepada saya
undang-undang mana yang ada berkata
menonton video lucah itu salah adanya'
seorang menteri telah berkata
'cuba tunjukkan kepada saya
undang-undang mana yang ada berkata
menonton video lucah itu salah adanya'
SubhanAllah... MasyaAllah...
jelas dan nyata dia sebangsa denganku
kalau begitu kita pun tahu
di kad pengenalan mesti tertera
Islam itu agama anutannya
aku tidak berani menghukum dan mengata
walaupun kini makin terang dan nyata
Islam dan bangsa hanya pada nama
tapi amalan dan pegangan berbeza-beza
Apakah undang-undang dibuat terpilih-pilih
'saya boleh tapi kamu tidak boleh'
kalau kes orang habis semua dilondeh
tapi bila kes saya kamu buat-buatlah jangan menoleh
kalau menonton tidaklah salah
membuat dan mengedar juga jangan ditegah
bagaimana hendak ternganga-nganga
kalau pelakunya tidaklah ada
dalam Al Quran telah tersurah
hukum hakam terang terserlah
jangan kita mengambil mudah
apa yang telah diaturkan oleh Maha Pemerintah
kerana kuasa yang Dia pinjamkan
kita berbuat seolah tiada pedoman
apa sahaja sanggup dilakukan
agar segalanya dalam genggaman...
saya dah malas tgk berita n baca paper kak.....balik2 ini jugak yg kuar...pastu stetmen yg bukan2 je haihhhh
BalasPadampsssttt kak..n3 saya xupdate dlm list akak tau...kunci spare dah ada akak masuk terus je 'umah' saya tu hehehehe
Itulah percakapan orang yang tidak mengguna guna akal tapi kepala lutut. Baghal punya orang
BalasPadamsalam k.cik ku...
BalasPadammasyaAllah... sedih m'bacanya bila hamba Allah sebangsa kita meluahkannya... hukum hakam diambil mudah..diambil ringan... apakah dunia sudah akhir zaman???
ye teman sokong komen yg Ariff lg Budiman itu.. baghal lg bahallol!
BalasPadammaafkan mereka.
BalasPadammereka muslimin bukannya musminin
orang islam tapi tahap belum beriman..
moga sempat TOBAT sebeum koma..
makin hari - makin terserlah kebodohan dan kebanganggan pihak atasan nehhhh!~
BalasPadamsetiap hari ada jer statement yg baghal bak unta padang pasir [kesian kat unta kan????] dari orang2 itew!
depa ni kan.... otak letak kat bontot ke????
assalamualaikum ibu,
BalasPadamsedih bila baca kenyataan dia
itulah akibat jika undang2 islam tidak diamalkan..
apakah ini pemimpin kita?
tepuk dada tanya diri sendiri.
saya tak menyokong mana-mana pihak, saya sokong Islam saja.
hahahah..
yang saya pasti, politik sucks..
Kak Cik, hukum Allah sengaja ditolak semata-mata nak membuktikan bahawa 'aku benar', seolah-olah dia yang melondehkan aib orang itu ( yang belum terbukti )amat maksum dan suci.
BalasPadamBenci sekali dengan benda-benda sebegini. Amat benci, kerana yang menjatuhkan dan cuba dijatuhkan adalah orang yang mengaku umat Muhammad.
politik malaysia di tahap sampah!
BalasPadammasyaallah... pemimpin kita kah ini....
BalasPadammenyampah baca paper sekarang nie..
BalasPadamtak abis2 isu politik...dah jadi cam drama bersiri indon dah...
Ada yang berkata,
BalasPadamkalau terbukti benar dia, gugurkan segala jawatan politik
Sedangkan hukum Allah,
kalau terbukti benar dia, maka hendaklah dihukum mengikut hukum Islam.
Malas nak tahu dah kakcik. kakpah dari mula tak nak ikut cerita bodoh ni.
Muger2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn ya robbal alaminn
BalasPadamundang2 manusia beginilah jadinya..selalu double standard..
BalasPadamtapi tak berani komen lebih2 nanti kontroversi plak jadinya.. :D
alamak. menteri mana yg cakap tu kakcik?
BalasPadambuat malu bangsa melayu ja!!
bosan dgn suasana politik malaysia..sesama islam dan melayu tak mahu bersatu..asyik saling menjatuhkan
BalasPadamada terbaca jugak dan cuma mampu bersimpati & mengutuk dalam hati jer
BalasPadamapa sahaj benda kalau dipolitikkan memang akan jadi cam gitu kak cik...huru hara semuanya walaupun telah terang lagi bersuluh bukan dengan lampu neon lagi tapi dengan matahari!
BalasPadamMimi...
BalasPadamsetakat ini kakcik masih juga membeli satu akhbar setiap hari (sekali sekala beli dua), tapi kakcik memang tidak membeli akhbar yang menjadikan politik sebagai tajuk muka depannya...
AB...
BalasPadamnak kata bodoh - belajar sampai ke luar negara. Ada ijazah panjang berjela (asli atau palsu bukan urusan kita), menjadi pula pemimpin negara, tapi bila bercakap tidak guna otak yang di kepala...
W/salam Gee...
BalasPadamdunia semakin tua dan mungkin kerana itu ramai yang nyanyuk walaupun usia mereka masih muda...
AzeedA...
BalasPadamdoakanlah agar mereka dan kita juga sempat bersyahadah sebelum mati...
zeq...
BalasPadammudah2an sahaja...
milo...
BalasPadamkalau otak udang, masih boleh menjadi penyedap kuah laksa...
Wa'alaikummussalam Azween...
BalasPadamibu juga menyokong yang benar2 memperjuangkan Isalam kerana agama yang suci itu sendiri bukan kerana kepentingan peribadi...
Cikgu Nurin...
BalasPadamada yang tidak segan silu 'memotong2' ayat Al Quran demi menegakkan benang yang bukan sahaja basah tapi kusut masai tidak terurai...
D DZ...
BalasPadamsuka tak suka, kita tetap berada di dalam lingkungan sampah itu...
AKT...
BalasPadammungkin juga mereka naik kerana kita yang memilih dan sekarang kita terpaksa menelan walaupun pedih...
Acu...
BalasPadamkakcik dah lama tinggalkan drama2 Indon itu... ;-)
Kakpah...
BalasPadamkebetulan hari itu kakcik terbaca, selalunya kalau kisah2 politik dan kisah2 'drama swasta' ni memang kakcik tak layan - baik kakcik baca majalah Ujang yang anak kakcik beli!
en_me...
BalasPadamhanya ini negara kita...
MDT...
BalasPadamkomen sahajalah melalui peti undi nanti. Silap2 cakap nanti, 'ke dalam' pula kita...
kakakku kakcik..
BalasPadamini bukan tahap baghal ni.. bodohnya baghal tidak sampai memudaratkan... malah berguna jgk bia sesak nak berpergian dan mengangkut barang... ni tu jatuh tahap gila dah ni.. pastu, cuba memperbodohkan org lain.. malangnya, di kampung2 sana.. cakapnya sangat laku.. maka, bertebaran fitnah...
gB...
BalasPadamadalah... yang datangnya dari negeri yang sama dengan kakcik! (malu nak ngaku)
Rina...
BalasPadamsuka tak suka, itulah yang kita ada...
eelobor...
BalasPadammujur ada blog ini, kalau tidak - kakcik pun menanggung bengkak di dalam hati!
Aina...
BalasPadamkerana selesa dengan kipas dari segenap ceruk, maka bahang mentari itu tidak menakutkan sesiapa... :(
Adikku Samad...
BalasPadamkesian kat mereka yang dunianya hanya siaran TV percuma dan suratkhabar yang kerjanya menyebarkan fitnah sentiasa...
menteri manalah tu yg ngok ngek sgt...nak memimpin tapi diri sendiri pun tak tentu arah tujuan.
BalasPadamSalam :
BalasPadamMacam2 perkara yang berlaku zaman sekarang ni..
Ada kalanya macam dah takleh nak masuk dek akal..
:)
salam kakcik,
BalasPadambaru semalam dengo ceramah ustaz azhar idrus pasai menonton video lucah.. haraammmm..
Pemimpin sekarang dah hilang arah tuju.lagilah dah dekat nak pilihanraya ni, mulalah lawak-lawak bodoh keluar dari mulut dorang.masing-masing nak up kan diri
BalasPadamsedeh kan, lihat pemimpin namanya islam tapi pegangan..? takut pun iya sebab kempimpinan ditangan mereka yg kurang/tiada akal???
BalasPadamieda...
BalasPadamsama2lah kita doakan agar dia sedar kesilapannya itu...
adol...
BalasPadamada juga yang sudi menelan tanpa membelek sama ada makanan itu sesuai atau tidak untuk dimakan...
Aanas...
BalasPadamyang haram tetap haram...
Cik Ina...
BalasPadambagai enau dalam belukar. Siapa yang berjaya melepaskan pucuknya ke atas, akan bernafaslah ia dengan selesa...
nursalamah...
BalasPadamsemoga kita tidak dihampiri kehancuran kerana kejahilan kita sendiri....