Itu hari menteri berkata
menonton video X tidak mengapa
asal berniat suci di dada
untuk mencari bukti yang nyata
hari ini pula aku terbaca
seorang menteri yang lain menutur kata
berkhalwat itu masalah peribadi sahaja
tidak melanggar undang-undang jawatan yang ada
apa lagi yang akan terjadi
seolah-olah tiada langsung sensitiviti
sama juga macam kes KD
kisahnya dipapar hari ke hari
renungkanlah dari sudut agama
kes dipapar bukan kecil adanya
mungkin di dunia kita rasa selesa
tidak terfikirkah balasan di sana?
menonton video X tidak mengapa
asal berniat suci di dada
untuk mencari bukti yang nyata
hari ini pula aku terbaca
seorang menteri yang lain menutur kata
berkhalwat itu masalah peribadi sahaja
tidak melanggar undang-undang jawatan yang ada
apa lagi yang akan terjadi
seolah-olah tiada langsung sensitiviti
sama juga macam kes KD
kisahnya dipapar hari ke hari
renungkanlah dari sudut agama
kes dipapar bukan kecil adanya
mungkin di dunia kita rasa selesa
tidak terfikirkah balasan di sana?
nota hati : aku manusia kerdil yang hanya mampu memerhati sedang kata-kataku tiada siapa yang peduli...
artis dan menteri racun masyarakat!
BalasPadamDosa tetap dosa kan?
BalasPadamsaya malas nak komen~~hari ni cuma nak menyapa je~~
BalasPadamhai makcik~~~~
KOG...
BalasPadamdi dalam racun itu mungkin ada penawar, tapi bila racun mendominasi - penawar bagai hilang fungsi. :(
Anita...
BalasPadamdosa memang tetap menjadi dosa selagi kita tidak bertaubat dan tidak lagi mengulanginya...
sebab tu saya tak suka politik. kotor, jijik, dan menyimpang.
BalasPadamBujal...
BalasPadamhai... kamu sihat? :)
gB...
BalasPadambukan politik yang kotor, tapi manusia yang berpolitik itu yang mengotorkannya!
macam macam hal ye kak cik...
BalasPadamwaka...waka...depa ni tetap tak maw megaku depa salah....kalau salah...confirm...jatuh terjelepuk...ahakz....
BalasPadamtumpang sekaki kak........mungkin kita tersilap memilih dia.... bukan lama sangat 5 tahun... lepas tu buang dia ke tong sampah..
BalasPadamAssalamu'alaikum kakcik,
BalasPadamMasih bersyukur negara kita masih ada lagi alim-ulama' walau banyak yg tidak mahu mendengar nasihat mereka.
Bimbang kerana perlanggaran melampau pada perintah Allah musibah melanda semua yg ada. Na'uzubillah Himinzalik...
berita2 yg ada sekarang semua mengerikan....dosa semua campak ke tepi...sedih btl
BalasPadamDulu saya suka menonton berita utama di tv. tiada sensitiviti politik. tapi sekarang saya dah menyampah...buruk-memburuk kata- mengata macam budak hingusan yang berebut ais-cream....
BalasPadamInilah antara sebab utama saya dah tawar hati nak duduk Malaysia. Baik saya tinggal di negara kafir, yang lebih mengutamakan moral, walaupun mereka bukan Islam.
BalasPadamKakcik - itulah dia kalau ckap tidak berlandaskan Agama Islam, tidak menurut sunnah Rasullullah S.A.W. Orang macam ni ke yg kita nak jadi Khalifah kita? Next time jangan undi dia, tak pasal pasal dgn kita kita sekali kena tarik masuk neraka nanti.
BalasPadamdepa ingat... dah jadik datuk - tan sri - datuk seri bagai tuh
BalasPadambuat mende2 camntu - tak berdosa atau terkecuali dari dosa!
lahabau banget!~
Ila...
BalasPadamhal yang kita ingat keputusannya begini rupanya jadi begitu... :(
jeBeteja...
BalasPadamhukuman dunia bolehlah di elak2...
PM...
BalasPadamsusah juga nak kata. Kadangkala kita rasa kita dah buat pilihan yang betul bukan berdasarkan emosi, tapi lain diharap lain yang jadi...
Wa'alaikummussalam Kakzakie...
BalasPadammudah2an mereka yang bergelar atau digelar ulama' itu berkhidmat kerana Allah dan kerana takutkan hukum hakam yang telah ditetapkan dalam Al Qur'an dan Sunnah - bukannya hukum ciptaan manusia.
Mimi...
BalasPadamtak pasti sama ada berita disebar untuk diambil iktibar atau untuk dijadikan ikutan, kan? :(
Arizakiah...
BalasPadamkakcik juga tidak berminat lagi menonton siaran berita. Baik kakcik menonton perlawanan bola sepak yang kakcik tidak faham apa2! :)
Dr DZ...
BalasPadamkakcik tidak mampu hendak ke mana2. Mahu tak mahu, inilah tanahair kakcik. Menegur bukan bermakna kita tidak sayangkan negara, malah kerana sayanglah kita bersuara.
TRR...
BalasPadammungkin dalam PRU akan datang kakcik akan 'menyimpan lagi' undi kakcik... ;-)
milo...
BalasPadamkalau ingat pada balasan akhirat, mungkin tiada yang ingin berbuat maksiat...
Salam
BalasPadamItulah kalau bercakap tak tau bahasa
Main sedap mulut mengikut citarasa
Apa nak jadi wahai pak menteri
Cuba istighfar dan sedarkan diri
menyampah bila tengok perangai buruk menteri
BalasPadampolitik kat malaysia ni... semuanya dabel stended.. tak sukaa!
BalasPadamnaper tak amek tindakan mcm aril peterpan tu?
BalasPadamkalau hidup hanya menongkat dunia, cam tu lah kak..
BalasPadamyang benar jadi salah..yang salah jd benar.
terpampam saya dengar berita di radio kelmarin pasal KD. Anak tu nanti jd anak apa kak? Bukan kah ZINA? kalau anak tu perempuan, cam ne dia nikah nanti kak? maka zina lah 7 keturunan. Betul kan kak..
Assalamualaikum Kakcik
BalasPadamHadith Rasulullah s.a.w melarang khalwat. Sabda baginda, maksudnya:
“Janganlah sekali-kali seorang pria berduaan dengan seorang wanita, karena yang ketiganya adalah syetan.” (HR. Ahmad dengan sanad yang shahih)
Hasutan makhluk ketiga tu yang kita bimbang akan melemahkan manusia lelaki dan perempuan bila berduaan.
Ariff...
BalasPadambila orang mual bercakap tentang sesuatu yang bukan dalam bidangnya - maka akan jadilah seperti minyak yang cuba memadam api....
Su...
BalasPadamsiapa pun kalau berperangai buruk, kita tidak akan suka melihatnya. Jadi, janganlah kita berperangai buruk bagi mengelak orang membenci kita.. hehehe...
Dr h4ni3...
BalasPadamkalau tak dabel stended, nanti tak ramai pengikut! ;-)
Niez...
BalasPadamkalau kat negara kita, Ariel pun mungkin terlepas dengan alasan 'super impose'.. ops!
Yan...
BalasPadamsemalam kakcik baca dalam s/khabar. Konon kata seorang ulama di sana, kalau mengandung 3 bulan sebelum nikah - anak itu dikira anak zina. Kalau mengandung 6 bulan sebelum nikah pula, anak yang lahir itu dikira 'anak haram'. Kakcik pun keliru - apa bezanya antara kedua2 'anak' itu??
Wa'alaikummussalam KK...
BalasPadamkerana itulah kita dilarang untuk berdua2an yang mana akan mengundang 'pihak ketiga'. Al Quran dan hadis telah lengkap sebagai panduan.
salam kakcik
BalasPadamermmm..................
pihak Jabatan agama islam ngan pak menteri agama tak keluar kenyataan? nak juga dengar apa kata mereka :)
(sememangnya kita dah tau hukum hakam pekara camnih)
W/salam Jinkamen...
BalasPadamkita tunggu dan lihat sahajalah apa kesudahannya... (^_^)
bila bercakap kena berhati
BalasPadamkena pulak kalau pak menteri
kerana awak tu wakil kerajaan
peraturan dibuat undang-undang kena la dihormati
tak kira siapa tiada yang terkecuali
jika org gomen berkhalwat ia tetap masuk fail tatatertib utk diadili
jangan kelirukan rakyat yg mengundi
aishh geram juga dgn depa ni...nk ckp2 lebih2 susah nanti...berdoa sajalah kak chik moga orang2 yg kuat2 agama yg memimpin negara...
BalasPadamkak cik...
BalasPadamjgn susah hati, sy akan amik pedulik kata2 kak cik....
heheheheh...
(org gomen, tak leh cakap lebih2...abis ar saya kakkk!!!!!heheheh)
salam petang kakcik~sape lah kite hanya insan biasa2..sedang yang leka insan luar biasa, mau mengejut dari leka??takut kita, sbb punya bisa yang luar biasa adanya.hnnya yg mmpu...mmbaris urup mmbidas rasa.
BalasPadamIE...
BalasPadamjawab pak menteri 'tidak bersalah selagi tidak terbukti...'
mengapa mereka menutur kata bagai tiada cacat dan cela?? :(
Maya...
BalasPadamsemoga juga orang yang memahami agama tidak pula 'memilih2 untuk mengeluarkan fatwa'...
Azian...
BalasPadamkita (orang gomen) telah diikat dengan akujanji - tetapi akutakjanji untuk tidak bersuara melalui cara aku sendiri..hehehe...
mommylavender...
BalasPadambersuaralah kita mengikut apa yang kita mampu walaupun suara ini 'terlalu kecil dan halus' untuk didengar meskipun oleh angin yang berlalu....
kalau hukum nya dosa..maka tetap lah DOSA. tiada diskaun..tak mengira jawatan..mahupun ideologi politik.
BalasPadamsalam, suka tak suka ini negara kita, kena ambil tahu juga.. sebab anak cucu cicit kita nanti yang akan terima padahnya..
BalasPadambagi sesetengah org..
BalasPadamkes2 ni dah jadi perkara biasa kan...
astargfirullah...
BS dah sihat ke kakcik??
BalasPadamhmmm.. tak tau la nak jadi apa
BalasPadamyg baik jadi teladan
BalasPadamyg buruk jd sempadan..
mungkin juga sebab kes belum selesai dan di sabitkan hukuman lagi sbb itu ia bersifat peribadi. namun jika telah di sabitkan bersalah sebagai penjawat awam yang terikat dengan perintah am, rasanya semua sedia maklum kecuali ada pihak nak bermain silap mata, memang akan pelik & janggal. desas-desus menagatakan mereka sudah berkahwin, itu bermakna bukan berkhalwat cuma belum di daftarkan lagi pernikahan tersebut di negara kita. entah lah, mungkin perlu tunggu & lihat
BalasPadamartis dan ahli politik sama naik sekarang ni
BalasPadammalu dah tiada langsung dalam kamus hidup mereka
menteri semua dah hilang arah, tak lama lagi pilihanraya, banyak sangat benda nak fikir. mulalah cakap berputau-putau.
BalasPadamsalam kakcik,
BalasPadamkalau MEREKA...
apapun perbuatan tu...HALAL belaka
cuba PIHAK YG SEBALIKNYA
apapun...semuanya SALAH dan HARAM...
tapi kita bukan mudah TERTIPU...
dosa fitnah amat besar bagi mereka yg mengetahui dan takut pada janji siksaan Allah.. sejarah membuktikan bahawa kebanyakan tamadun sesuatu bangsa hancur angkara fitnah yg bermaharajalela..anehnya, ramai pulak yg menyokong pembawa fitnah ini..
BalasPadamdh akhir zaman, kakchik..
BalasPadamasal bpangkat semua orang tunduk hormat..
Cantik bahasa yang dicoretkan..
BalasPadamindah....