Kawan-kawan kakcik

Rabu, 17 November 2010

Sukarkah menyampaikan maklumat yang betul?


Maklumatnya seperti di atas.  Tetapi, bila disampaikan dari mulut ke mulut - sampai ke orang yang terakhir menerima, lain yang difahamnya.  Jadi, bila kita menerima sesuatu malkumat, janganlah diterima bulat-bulat tanpa usul periksa, tambahan pula jika maklumat itu merupakan sesuatu yang negatif.

Antara yang diceritakan semula oleh orang terakhir :

Ada seekor kucing dilahirkan dengan loceng.  Diberi nama maling.  Dia kena sepak.  Dia terguling-guling.   (Wah! lahir-lahir sahaja dah ada loceng?  Maling tu pencuri tau...)

Salam Aidil Adha... jom masak rendang kucing daging. :)


32 ulasan:

  1. apa maksudnya,kakcik..
    saya ni mmg slow skit kalau bahasa jiwang2

    BalasPadam
  2. kakcik, fa tak berapa faham ni...story me. hehe

    BalasPadam
  3. Salam Mizah...

    yang tertera di skrin tu adalah maklumat yang perlu di sampaikan dari seorang ke seorang (12 orang kesemuanya) semasa kakcik berkursus baru-baru ini. Orang pertama MUNGKIN memberi maklumat yang betul.. tapi, bila disampaikan dari mulut ke mulut, maklumat yang seringkas itu tidak dapat diterima dengan betul dan tepat oleh orang yang terakhir.

    BalasPadam
  4. Salam Fa...

    storynya, macam yang kakcik beritahu kat Mizah tu. Kesimpulannya, apabila kita menerima maklumat, salurkanlah dengan betul. Dan bagi penerima maklumat pula, berhati-hatilah dalam tugas menyampaikan mahupun menerima dan memahami maklumat berkenaan. :)

    BalasPadam
  5. ooo..kisahnya...akan timbul masalah besor, bila orang yang menerima tu ada masalah pendengaran kan? hehee...

    BalasPadam
  6. sib sampai kat hujung.. tak jadik..
    maling yang juling dok terkencing2..

    salam aidil adha kak!

    BalasPadam
  7. Salam Kakcik

    Tulah.... kalau di penghabisan maklumat tu jadi negatif... tu yg boleh perang dingin tu... tak pasal2 bermusuhan

    Selamat hari raya korban utk Kakcik sekeluarga

    BalasPadam
  8. Salam Fa...

    itulah kan... kadang2 bukan masalah mendengo... tapi saja suka menambah kuah.. :)

    BalasPadam
  9. Salam Pn. Dr...

    atau pun menjadi 'maling tekencingkan kucing yang pakai loceng...' hehehe..

    BalasPadam
  10. Salam Aidil Adha Mama...

    perang dingin yang akhirnya menjadi beku! Siapa yang harus disalahkan, kan?

    BalasPadam
  11. Kuang...kuang...kuang....selalunya mcm tu lah....nak disampaikan lain...yang disampaikan lain....lastnya...penin

    BalasPadam
  12. IM baru dapat sebungkus daging korban dari masjid. letak atas meja. tengah fikir..nak buat apa? IM bukan pandai masak gulai daging nih!

    ishh...ish...

    IM pandang ibu_suri. ibu_suri cuma senyum. mahal lak senyum ibu_suri pepagi ni, ekk..

    BalasPadam
  13. Salam jeBateja...

    sudahnya.. dari sepatutnya nak berbaik terus jadi perang saudara.. hehehe...

    BalasPadam
  14. Salam IM...

    nukak je resepi kat internet, mesti banyak cara boleh masak daging tu (kakcik beri cadangan je.. tapi kakcik pun tak tahu nak masak apa...) :)

    BalasPadam
  15. Salam kakcik...

    kalau saya kata setiap dari kita MESTI TAPIS setiap cerita yg didengar sebelum membuat tafsiran apalagi sebelum sampai menyampai....

    tak semua org punya kepala dan jiwa sama dengan kita...sampai menyampai cerita amat bahaya, bila satu org tertambah satu perkataan, sampai orang terakhir, boleh mengubah mksud seluruh ayat..bahaya tu.

    Cthnya : org pertama nampak accident, dia ckp yg putus cuma seliparnya, org kedua pi cerita kat org ketiga pulak- putus kaki, org ketiga cerita pd org keempat - putus kaki dan tgn...seterusnya cerita yg terhasil boleh putus segala2nya, silap hb, dgn anu2nya pun putus! haha....
    punca jd begitu samada sipenyampai punya masalah pendgran atau tak reti bahasa....lebih bahaya kalau jenis yg suka tokok tambah cerita...

    BalasPadam
  16. nak sambung lagi...

    lebihkurang 40 tahun dulu...di atas pentas dlm satu majlis di sekolah, seorang kanak-kanak perempuan dari darjah dua, dipaksa oleh gurunya utk berdiri dan bernyanyi depan para hadirin dgn gaun yg dijahit oleh ibunya sendiri...

    saya ada satu kucing
    di lehernya ada loceng
    pandai menari pusing-pusing
    saya panggil dia cing-cing

    cing-cing-cing saya panggil dia
    kling-kling-kling berbunyi locengnya

    dan budak perempuan itu pada hari ini bernama QUEENIE...ngeee...

    en3 kakcik ni membawa nostalgia kpd saya...selamat merendang daging (korban?).....Q.

    BalasPadam
  17. yelah.. kita jgn ambik bulat2.. kita selidik ataupun jgn terlalu ambik serius

    salam aidil adha :)

    BalasPadam
  18. salam idul adha kak cik...

    biasalah..cerita dari mulut ke mulut ni..sama ada 2 jenis aje...ditambah atau dikurang..

    **nk la daging lembu rendang tu..hhee

    BalasPadam
  19. Screen Tv mana? Tak nampak pun logo tepi atas kanan? Nampak mcm snap screen Tv je.

    BalasPadam
  20. ...Kakcik... salam IdulAdha dari Budi... maaf ya, lambat masuk ke sini...

    BalasPadam
  21. Selamat HariRaya Aidil Adha..masak daging goreng kunyit pun sedap jugak....

    BalasPadam
  22. dulu masa kecil selalu dengar ayat ni... macam2 versi ada, dari Pahang, dari Melaka.... sangat kelakar... :)

    BalasPadam
  23. Salam Q...

    Kerana keghairahan sesetengah kita menambahkan pelbagai perisa kepada '
    masakan yang sedia' terhidang', makan jadilah akhirnya masakan itu sesuatu yang tidak boleh dimakan lagi! Begitulah ibaratnya dalam penyampaian maklumat yang tidak betul akibat sipenyampai yang sesuka hati menambah itu ini di dalam maklumat yang diamanah untuk disamapikan, kan? (berbelit-belit pulak ayat kakcik ni...hehehe..)

    BalasPadam
  24. Q lagi...

    kalau 40 tahun dulu, budak perempuan itu di darjah 2 - usianya baru 8 tahun, kan? Maknanya, sekarang dia baru sahaja 48 tahun dan ternyata dia lebih muda sedikit dari kakcik.... tak gitu? hehehe...

    BalasPadam
  25. Salam Aidil Adha Maiyah...

    semoga ceria dan bertambah sihat.

    Tidak semua yang sampai ke telinga kita itu, adalah berita yang tepat dan betul - pandai2lah kita menilaikannya. :)

    BalasPadam
  26. Salam SN...

    semalam tak jadi 'merendang'... tengoklah petang nanti. Meh alamat, boleh kakcik poskan rendang tu.. :)

    BalasPadam
  27. Salam Zeq...

    bukan skrin TV.. tapi skrin komputer yang dipancarkan ke layar putih. :)

    BalasPadam
  28. Salam Idul Adha Budi Rijali...

    lambat tidak mengapa, asalkan tetap sudi singgah tanda ingatan. :)

    BalasPadam
  29. Salam Salmi...

    semalaqm makan sup sahaja.. itu pun yang suami bawa balik dari surau dan Along bawa dari Masjid (dah siap masak).. :)

    BalasPadam
  30. Salam Aidil Adha Nida...

    macam-macam versi, kan? :)

    BalasPadam
  31. slm kakcik..
    rendang kucing??! kakcik ni notti la :P

    BalasPadam
  32. Salam AzeedA...

    hehehe... jangan bayangkan sewaktu menikmati rendang daging, tau! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com