Kawan-kawan kakcik

Selasa, 16 November 2010

Salam Aidil Adha...

Buat semua ummat Islam yang sedang menunaikan Rukun Islam ke 5, didoakan segalanya berjalan dengan lancar dan semoga mendapat haji yang mabrur.

Kepada semua muslimin dan muslimat di mana juga berada - Salam Aidil Adha.  Hayatilah erti pengorbanan.  Sesungguhnya setiap pengorbanan yang dilakukan bukanlah untuk didendang dan diharapkan balasan.  Biarlah Dia yang menghakiminya sama ada bernilai atau tidak pengorbanan yang kita lakukan.  

Kalau kita ikhlas membina jambatan, biarlah yang menggunakan jambatan itu merasa selesa dan tenang saat melaluinya.  Semoga mereka mengucapkan syukur dengan penuh ikhlas dan kita pun merasa puas kerana dapat berbakti bukan kerana mengharap dapat mengutip tol di hujung jambatan.

Wallahuaklam.



36 ulasan:

  1. Selamat menyambut hari raya aidil adha juga dari saya. maaf zahir batin.

    tetapi kalau ikut LEKAS atau PLUS, tetap kena tol. hehe

    BalasPadam
  2. kenapa ikan emas ucap selamat hari raya aidil fitri ?

    BalasPadam
  3. Salam IE...

    Selamat menyambut Aidil Adha buatmu sekeluarga.. :)

    BalasPadam
  4. Salam Kanda AL...

    ada buat 'makan2' ke esok??? hehehe...

    Saya perasan pada ucapan IE tu.. tapi, mungkin jari yang menaip tak selaras dengan otak yang memberi arahan... :)

    Salam Aidil Adha juga buat tuan sekeluarga. Mohon maaf zahir dan batin. :)

    BalasPadam
  5. salam kakcik..
    salm aidiladha jua buatmu..
    saya berenang dlm kesibukan utk kemari..
    moga semakin sehat ya.
    nak jwb komen kakcik pn tk smpt, saabr ya.

    BalasPadam
  6. Salam Q...

    banyak tempahan, ya? Rezeki tu... Alhamdulillah. Semoga Q juga tetap sihat dan ceria (walaupun kadang2 hentak kaki!..hehehe..).

    Kesihatan kakcik makin baik - tapi, bila dah rasa ok sikit ni, mulalah malas nak telan ubat... nanti badan menggigil! :)

    BalasPadam
  7. kak cik...

    selamat hari raya korban deh...
    semoga sentiasa gembira..nati nok gi rayo umoh kakcik deh..wat tupat 3 bucu etek..tupat pulut..sedak tuuu...cicoh nge rendea..fuhh..nyummy..

    BalasPadam
  8. Salam Aidil Adha SN...

    kakcik dok gheti wat tupat tu ... tapi kalu suroh makae...laju de'oh gi nye... :)

    BalasPadam
  9. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat kak cik and family...

    BalasPadam
  10. salam my lovely kakCikS:)

    Slmt HAri raya Aidil Adha utk KakCikS sekeluarga..:)
    Moga akak bahagia dan ceria2 selalu di sana:):)

    BalasPadam
  11. dh ucap dlm sms.. :)
    raye2 juge, kesihatan jgn dilupe.. cewah!

    BalasPadam
  12. Salam Reen...

    salam Aidil Adha buat Reen dan keluarga :)

    BalasPadam
  13. Salam Ila...

    Selamat menyambut Aidil Adha buat Ila dan keluarga :)

    BalasPadam
  14. Salam Tinie sayang...

    salam Aidil Adha buat Tinie dan keluarga tersayang, semoga sihat dan ceria selalu. :)

    BalasPadam
  15. Salam AzeedA...

    terima kasih kerana sms semula nombor hp. Salam AIdil Adha, semoga ceria sentiasa. Ehem! kueh ghaye pose aghi tu ade lagi ke? ;-)

    BalasPadam
  16. Salam Mimi...

    Selamat menyambut Aidil Adha buat Mimi dan keluarga tercinta. :)

    BalasPadam
  17. salam aidil adha dari kami sekeluarga. makan2 tu ingatlah orang2 kat sini ye.....

    BalasPadam
  18. Salam LB...

    Salam Aidil Adha - mzb juga.. :)

    BalasPadam
  19. Salam Fa...

    makan2 seperti biasa je.. tak ada yang istimewa.. (No hp mana daaaa...) :)

    BalasPadam
  20. Salam Kakcik..

    salam aidiladha & selamat menyambut hari raya qurban...

    BalasPadam
  21. Salam kakcik...

    saya dah berhijrah di sini....
    klik saja kat mata Queenie...

    BalasPadam
  22. Selamat Hari Raya Aidil adha..kakcik tak pegi mana - mana ke raya ni....

    BalasPadam
  23. Salam Siti...

    Selamat menghayati erti pengorbanan dan selamat menyambut Aidil Adha :)

    BalasPadam
  24. Salam Q...

    dengan segera kakcik akan menjengahmu di sana.. :)

    BalasPadam
  25. Salam Salmi...

    Selamat menyambut Aidil Adha... Kakcik duduk kat rumah je! :)

    BalasPadam
  26. salam aidil adha buat kak cik dan family

    BalasPadam
  27. Salam AM...

    Selamat menyambut dan meraikan Eidul Adha juga buat AM sekeluarga :)

    BalasPadam
  28. Salam Kakcik, wishing you and all at home, selamat hari raya aidil fitri.
    Best regards, Lee.

    BalasPadam
  29. Hello Uncle Lee..

    terima kasih untuk ucapan :)

    Gembira selalu ya?

    BalasPadam
  30. slm kakcik..
    kueh ghaye pose? haiisshhh kalo ade pon takkannye teman idang bile kakcik bertandang nnti hehehee ;)

    uncle lee dear.. it's aidil adha laa :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com