Malam tadi aku menonton televisyen bersama Bangcik dan BS. Di skrin, terpapar satu kisah 'kehilangan'. Tapi, aku lihat wajah orang yang kehilangan itu tidak ada riak sedih malah bercerita dengan rancak. Spontan mulutku berkata, 'tak nampak sedih pun?'. Pantas sahaja bangcik menyahut, 'bangcik baru saja nak kata macam tu...'
Bangcik yang meningkat 'dewasa' |
BS yang semacam tidak begitu memberi perhatian, tiba-tiba bersuara pula, 'alaaaaa... masa hidup, marah-marah. Dah tiada baru nak sedih-sedih... Pura-puralah tu....' Terpinga-pinga aku dibuatnya dengan kenyataan selambanya itu.
BS yang 'banyak mulut' dan kuat makan! |
Kalau anda di tempatku waktu itu, apa agaknya yang akan anda katakan kepada BS agar dia mengerti bahawa teguran atau 'marah-marah' ibubapa itu sebenarnya adalah kerana sayangkan anak-anak dan mahukan anak-anak sentiasa dalam keadaan selamat?
kakcik..
BalasPadamkita pun tgk bhg tu..
mmg tak nampak sedih sikit pun..
malah rancak bercerita...
tp ayahnya saja yg nampak sedih...menangis...
Salam Kakzaa...
BalasPadammungkin dia simpan kesedihan dalam hati, agaknya...
Ishhh...citer apa ni.....tak taw pung???
BalasPadamsaperlar x sayang anakk..
BalasPadamtp ader kann.. kanns
bila anak-anak dah ada anak baaru dia orang mgerti bahawa mengerti bahawa "teguran atau 'marah-marah' ibubapa itu sebenarnya adalah kerana sayangkan anak-anak dan mahukan anak-anak sentiasa dalam keadaan selamat"
BalasPadamSalam jeBateja...
BalasPadamcerita anak beranak.. :)
Salam en_me...
BalasPadamdah ramai yang hilang kasih pada anak sendiri.. :(
Salam Pn. Dr...
BalasPadammungkin fikiran anak2 masih terlalu singkat untuk memahami....
salam kak cik...
BalasPadamummi pun tak tengok cerita apa tu...
tp kalau dgn anak2 ni gitu ler , marah2 tu tandanya sayang kaaan
saya pom kadang2 tak sangka apa ayat yg terpacul dr mulut anak2 saya kak cik..tak terjawab..budak2 skrg mcm bijaksanakan..
BalasPadamkdg2 apa yg dorang cakap tu sgt benarkan..cuma dorang terlalu diret to de poin..hehe..
salam idul adha kak cik..masak rendang daging korban yer..saya dtg nati tghari deh..iyeye je saya nih..hehe
Betul lah, bila dah takda di depan mata, baru terigau igau, terbayang-bayang..
BalasPadampastu nyesal tak sudah.
Bak kata P.Ramlee “Putus Sudah Kasih Sayang...”
Salam Ummi...
BalasPadamsebenarnya bukan cerita. Tapi, rancangan BERSAMAMU semalam..
Zaman ini, sudah semakin ramai ibubapa yang marahnya bukan kerana sayang... :(
Salam SN...
BalasPadamkadang2 rasa ketinggalan pula bila tak dapat memberikan jawapan dengan yakin terhadap soalan2 luar jangka yang dikemukakan oleh anak2...
Rendang belum masak lagi - hari ni kakcik dah masuk pejabat semula. :)
Salam Azie...
BalasPadamkata Mak Dara, 'MENANGIS KONON'! hehehe...
Sayangilah sewaktu ianya menjadi milik (dipinjamkan kepada) kita - saat ianya 'terlepas' menangis airmata darah pun tiada gunanya, kan?
apo nak di kato .. memang cakap BS tu betul !
BalasPadamteguran tu adalah untuk kebaikan bersama tapi biarlah teguran yang membina..
BalasPadamSalam Kanda AL...
BalasPadamkenyataan budak2 selalunya lebih telus, kan? :)
Salam Shah...
BalasPadamkadang2 kita susah menerima teguran walaupun tujuannya untuk kebaikan.. :)
Salam kakcik...
BalasPadambudak2 memang transparents...
tu yg bestnya hidup dengan budak2...
mengasah minda dan laku kita agar lebih berperibadi.....
Salam Q...
BalasPadambetul - kadang2 banyak yang kita belajar dari tingkah laku dan kata-kata yang keluar dari mulut anak-anak... :)
Adusssss... Pandai BS ni berkata2 yer... hehheehhe
BalasPadamSalam Echam...
BalasPadamkadang2 kata2 yang dikeluarkannya tak terjawab oleh maknya! :)
ada kebenaran di sebalik kata2 BS tu..
BalasPadamteman sokong..
ibu bapa ..?hhmm..
anak saya pon selalu ckp mcm nii... pernah tuh dia ckp.. "biarlah dia mti, nnt ayah tak marah dia lg.. senanglah hidup ayah.." aduhh sedih dengar.. anak saya ni suka kelahi dengan ayahnya.. tak tau napa.. dua2 mcm anjing ngan kuching je kat rumah tuh. tapi kalau sorng takde, sorang lg dok tertanya2.. bila nak balik
BalasPadamSalam LB...
BalasPadamrupa2nya anak2 juga boleh menyedarkan kita, kan?
Salam Mila...
BalasPadamkakcik sekarang dah malas nak gaduh2 dengan anak2,, sebab mungkin kakcik semakin tua dan mereka makin dewasa.. jadi kenalah saling memahami supaya kita juga tidak 'berperang dengan jiwa' dalam menangani telatah mereka.. :)
salam kak cik..
BalasPadammungkin dia sedih dalam hati kot..
Salam Amy...
BalasPadammungkin juga. Bila orang tiada, dia menangis sendiri, kan?
marah tanda sayang. tapi ada anak yang salah mengerti. bila dimarah dikatanya dia tidak disayangi..
BalasPadamsusah menjadi ibu bapa. nanti bila anak2 mengambil alih peranan kita, beru mereka mengerti.
kakcik.. BS pakai spec, nmpk mature. sekali pandang mcm mr Bob pula. hehe.
BalasPadamSudah teruna anak kakcik...
BalasPadamLagi bsr lg byk cbrn didik anak2 ni kan
Saslam Kakpah...
BalasPadamtak ramai anak2 yang mengerti di saat mereka belum dewasa bahawa marah itu tandanya sayang...
InsyaAllah, satu hari nanti mereka akan tahu betapa beruntungnya mereka ditegur dan dimarah demi kebaikan... :)
Salam Cyana...
BalasPadamspec ayah dialah yang jadi mangsa tu! Ada orang kata, BS ni duplicate ayah dia... :)
Salam Mimi...
BalasPadamtanggungjawab ibuayah terhadap anak-anak memang tak pernah habis. Lagi mereka dewasa, lagi 'kecut' hati kita!
Sungguh petah BS berkata... inilah persepsi dalam dunia mereka....
BalasPadamSalam Nida...
BalasPadamkepetahan yang kadang membuatkan makayahnya 'patah' kata2... :)