Akhirnya tamat juga riwayat telefon genggam jenama Motorolaku (kiri). Semuanya berpunca dari kecuaianku sendiri. Setelah 'bersama' selama beberapa tahun dan telefon itu sekejap 'bernyawa' dan sekejap 'pengsan', pagi Sabtu (13/11/2010) lalu berakhirlah riwayat telefon tersebut akibat lemas tenggelam. Puncanya kerana aku yang kononnya tidak mengambil bahagian dalam aktiviti sewaktu berkursus menyimpan telefon tersebut dalam poket seluar sukan yang kupakai. Bila melihat semua rakan-rakan seronok 'bermain air', aku yang sememangnya 'hantu air' terus sahaja menggelongsor ke dalam kolam tersebut. Selepas beberapa minit, barulah aku teringat akan telefon di dalam poket seluar!
Mulanya melihat sahaja aktiviti teman-teman, akhirnya ikut terjun! |
Mujurlah bila balik ke rumah, Along bermurah hati menghadiahkan telefon jenama ChuaSoiLek(kanan). Malangnya, banyak nombor yang tersimpan dalam telefon Motorola itu telah hilang, termasuklah nombor teman-teman mayaku! Huhuhu....
Sesiapa yang sudi dan ada menyimpan nombor telefon kakcik, silalah smskan semula nombor anda, ya? Kakcik amat mengharapkannya. Kakcik masih menggunakan nombor lama.
nota hati : hari ini dan esok, aku bercuti sakit kerana diserang lelah yang agak teruk ... baru sahaja mendapatkan rawatan di hospital pagi tadi dan terpaksa 'menyedut gas' sebanyak dua kali. Mujurnya tidak sampai terpaksa masuk wad.
oh!kesiannya..
BalasPadamganti la iphone 4
Salam Mizah...
BalasPadamkakcik 'tak pandai' nak guna hp yang canggih2... cukuplah sekadar boleh buat/terima panggilan/sms... :)
adoi...tak pasal pasal... hp berenang sama ye kak cik...
BalasPadamKAKCIK.. kita mmg sayang henpon lamakan..kita tukar sb terpaksa kan..atau hilang atau rosak je
BalasPadamsemoga kak cik dapat berehat dgn sepenuhnya..dan cepat sembuh
Salam Ila...
BalasPadamtu la pasal.. kan dah jadi pasal... hehehe....
Salam SN...
BalasPadamkakcik ni malas sikit nak salin2 nombor2 yg ada dalam hp tu ke dalam buku catatan atau komputer... bila jadi macam ni... baru la nyesal tak berguna... :(
salam ziarah kakcik..raya aji tahun nie kat ne???
BalasPadamSalam Sahrom...
BalasPadamkakcik tak ke mana-mana (tak tahulah kalau suami ada perancangan lain).. :)
moga cepat sihat yer kak cik
BalasPadamElok le tu kak...org kata Motorola tak best mana...ada plak org kata motorola sumbang duit kasi hentam palestine...tak taw betui ke tak...tapi yg berceritanya...pernah gi palestine...
BalasPadamSalam kak cik,
BalasPadamdah jodoh tak panjang redha je la. Hehehe, kalau tak kelemasan tak merasa la pakai yg baru.
selamat berehat kak cik & slmt menyambut aidilahda in advance.. :)
BalasPadamSalam Kakcik;
BalasPadamAlasan nak telepon baru ni... hehehe..
Pandai Kakcik main akal yeaaa....
Salam AidilAdha... jangan makan daging banyak2...
Salam Mila...
BalasPadamterima kasih :)
Salam jeBateja...
BalasPadamooo.... kakcik ketinggalan tentang cerita itu! :(
Salam MDT...
BalasPadamterima kasih dan selamat menyambut Aidil Adha buat MDT sekeluarga :)
Salam Aidah...
BalasPadamkakcik ni jenis malas nak tukar2 hp sebab malas nak menyalin nombor2 yang ada.. akhirnya terpaksa juga. :(
Salam Isa...
BalasPadamdah sihat ya?
Kakcik lebih suka makan ikan bakar dari makan daging rendang! :)
alahai..kesian hp tu lemas .
BalasPadamNanti saya sms semula no saya.
*Kak Cik dah ok ke ?
Semoga kakcik cepat semboh dan dapat meyambut hari raya aidil adha dengan tenang.
BalasPadamNo saya ilang takpa , saya masih simpan no kakcik.
siannya dia....**tu sebab fa suka pakai henfon yg murah2, kalau jadi gini tak lah ralat sangat..huhu**
BalasPadamSalam Reen...
BalasPadamtadi doktor beri beberpa jenis ubat. Selepas makan ubat2 tu, kakcik jadi 'lalok' pulak.. kepada rasa berat dan badan menggigil... :(
Jangan lupa sms semula nombor hp Reen, ya?
Salam Salmi...
BalasPadamtolong sms semula nombor Salmi, ya?
Salam Aidil Adha juga buat Salmi sekeluarga.. :)
Salam Fa...
BalasPadamtolonglah smsm semula nombor Fa kat kakcik... Nombor kakcik ada kat Fa tak?
Hp tu rosak kakcik tak ralat sangat (tadi pergi beli bateri baru, sekejap je dia jaga, lepa stu pengsan balik...).. yang kakcik terkilan nombor2 dalam hp tak dapat diselamatkan, cuma tinggal nombor dalam sim je.. :(
Salam kakcik...
BalasPadamrehat cukup2 ya....
patutlah BS suka main air..mak dia hantu air sampai tak sempat2 keluarkan hp....
tu nak hp baru lah eh? teringat BS nak eskrim 4 hengget, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke... ngeeeeeh ngeh ngeh....
gurau jer kakcik eh?
moga cepat sembuh ya.
salam kakcik...
BalasPadammoga kakcik cepat sihat mcm biasa...
rest banyak2 na
Salam Q...
BalasPadamItulah.. masa jadi bodyguard BS tahu pulak tak terjun kolam.. tapi bila tengok teman2 terkinja2.. tak boleh tahan woooo.... :)
(Kakcik sangat suka mengapungkan diri sambil terlentang dalam air...hehehe..)
Betullah kan.. ke mana nak tumpahnya kuah ... :)
Salam Mimi...
BalasPadamterima kasih untuk doa... InsyaAllah.. :)
Salam kakcik..
BalasPadamsampai situ sahaja 'jodoh' kakcik dengan si Motorola..huhu...kesian kakcik..takpe la..dah ada pengganti nya..:)
Aduhhhh hp demam, tuan hp pun ikut sama demam sampai lelah nafas.
BalasPadamSian nyerr..
Gitulah, hidup kita, ada saja yang tidak kekal bersama kita.
Takpa, memang sudah tiada jodoh, berpisahlah jua.
Semoga segera sembuh KAKCIK.
Salam Siti...
BalasPadamyang lama tetap disayang, setidak2nya dikenang walaupun tidak bersama lagi... :)
Salam Azie...
BalasPadamsaat ini pun nafas kakcik masih 'berbunyi' tapi tidaklah sekuat semalam... dan rasa terkilan kerana 'kamtian' hp masih lagi berbekas... :(
Nanti Azie tolong smskan nombor Azie, ya? :)
:)
BalasPadamakhirnya padam terus kan kak...hari tu pejam celik pejam celik...
nak tukar ke fon yang boleh terus post gambar dan entry ke blog tu!!!
.
.
moga sihat segera ya kak!!
fon no saya e-mail nanti..
(saya tak ada no fon kakcik tau!!)
Salam Pn Dr...
BalasPadamnasib baik kakcik tak padam emel yang Dr beri itu hari... dan nombor tu masih ada dalam emel..
Kakcik masih belum pandai nak guna gigibiru tu (malas nak belajar sebenarnya...) hehehe... :)
slm kakcik :)
BalasPadamrindunye nk bertenggek sini.. rupenye kakcik main ayor ye abih henfon yg jadik mangsenye ish3..
nnti teman sms ye..
semoge semakin sembuh dr lelah & bergembira dgn chua soi lek itu.. ;)
Salam AzeedA...
BalasPadamjangan lupa sms ya?
Ate.. kenale teman buat baik ngan MrChua tu.. hehehe...