Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 20 November 2010

Harga rumah naik lagi...

(catatan ini menggunakan bahasa sesedap rasa sesuka hati)


terlihat sekilas berita di tv
harga rumah naik lagi
cubalah habaq mai sini
harga apa yang tak naik lagi


jangan hairan ada yang duduk bawah jambatan
duit yang ada tak cukup nak beli makanan
merempat bukan permintaan badan
pelbagai usaha telah pun di lakukan


rakyat asing datang merempat
bagai Pak Malau dagangnya bertempat
pagi petang mereka diperhambat
namun lambakan mereka bertambah hebat


dituduh rakyat tempatan malas berusaha
bila bekerja mereka diberhentikan ikut suka
kepada pekerja asing diberi muka
konon mendapat untung berganda


wahai pejuang wahai pemimpin
janganlah sekadar cakap berdenting
tidak ubahnya sebagai tin
sekadar tempat melepas kencing


renung renungkan lihat lihatkan
mengapa pendatang hebat berkeliaran
adakah tangan ghaib turut melindungkan
menutup rezeki penduduk tempatan


harga barang naik berganda
tidak tertanggung marhaen semua
perlukah dijual motor dan kereta
berjalan kaki ke mana sahaja


pendidikan dan kesihatan semua diniaga
anak kecil ramai yang terpinga
tidak mengenal huruf dan angka
mungkinkah mereka menunjang negara


(eh... aku merepek lagi pagi ini... oklah... nak siap-siap untuk menjengah mertua di Teluk Intan. Nanti bila aku waras, baru aku boleh menulis lagi dengan tertib...)



40 ulasan:

  1. selamat pagi kakcik,

    semua naik kan, cubalah bayangkan nasib marhaen yang diperingkat bawahan lagi tertekan... memang patut ada yang tidak berumah dan terpaksa merempat di tanahair sendiri

    kaum pendatang makin selesa nampaknya

    BalasPadam
  2. Memang tak patut. Kesian rakyat bawahan

    BalasPadam
  3. itulah skrg....macam2 hal timbul..xterkira..seprti kak cik senaraikan..

    yg paling utama..nape gaji xnaik eh??..huhu

    BalasPadam
  4. Ishhhh...best plak sajak kat atas tu...nanti mintak izin copy...nak tampal kat kilang...ahakz...

    senang jer nak ajau....pilihanraya nanti kita tukar kerajaan sekejap...ahakz....baru depa rasa....waka...waka...

    BalasPadam
  5. Salam Pagi KakCik;

    Itulah hakikat kehidupan di Malaysia.

    "Rakyat memberi kuasa untuk mereka menjadi pemerintah/pemimpin untuk melindungi rakyat. Tetapi mereka menggunakan kuasa itu untuk kepentingan mereka"

    Orang2 seperti ini wajib di tumbangkan dalam PRU akan datang.

    BalasPadam
  6. tu la kakcik...nasib le dah ada umah dah...kalau nak dibeli sekrang nie rasa dah tak mampu dah kak...apartment acu sekarang nie dah nak cecah 200k dah kak...huhu

    BalasPadam
  7. Banyak kebenaran yg kakcik perkatakan...
    nak buat lagu mana..perlaksana undang2 buatan manusia lebih memikirkan keuntungan semasa dan bukannya kesan yg baal mendatang dan dihadapi 20~30 tahun akan datang...
    bermula dari pintu masuk (tak kira samada halal maupun haram).semuanya 'masyuk"..pembela mereka ini dg senang memerah keringat dan mendapat habuan hasil perit jenuh pendatang...tak ubah seperti perdagangan haba2 masa dahulu..cuma sekarag mereka ada pendapatan lebih ...dan bebas utk merempat dalam negara...

    BalasPadam
  8. salam pada mak mertua..
    cakap gaji kerajaaan tak naik, jadi duit tahun depan kasi mak heee

    BalasPadam
  9. Inila namanya rakyat didahulukan dan diutamakan kak...

    BalasPadam
  10. baik2 jalan kakcik....

    harga rumah sekarang ni mmg melampau2 tingginya. baik cepat2 beli sementara masih ok lagi walau yg ok ni pun sebenarnya dah mahal kan?

    BalasPadam
  11. Jika entri sebegini ditulis ketika kurang waras (mengikut penilaian KAKCIK), maksudnya tetap sampai...

    Kehidupan bukan semuanya bagus, manis dan sedap sahaja.
    banyak lagi yang pahit kelat masam.

    BalasPadam
  12. Salam ibuintan...

    bila ada yang bersuara... tak ubah bagaikan lagu 'bangau oh bangau'. Dia kata dia... yang tidak berkesudahan :(

    BalasPadam
  13. Salam Aida...

    susah nak cakap. Bila keluar berita, akan adalah yang akan datang menghantar ikan, sedangkan mereka lebih memerlukan pancing dan jala..... :(

    BalasPadam
  14. Salam SN...

    jangan sebut pasal naik gaji, nanti dikatakan tidak tahu bersyukur! ;-)

    BalasPadam
  15. Salam jeBateja...

    setiap orang ada persepsi yang berbeza... mungkin ikut kata hati, mungkin juga ikut kata perut!

    Kalau betul nak salin gurindam itu - kakcik izinkan.. nanti snap gambar tunjukkan kat kakcik... ahaks! :)

    BalasPadam
  16. Salam petang Isa...

    kata Ito 'apo nak dikato...'. Terpulanglah pada kehendak dan keperluan masing2 - asal jangan sampai mengenepikan hukum Islam yang jelas dan nyata. Jangan yang haram dikata harus semata-mata menjaga perut sendiri!

    (kakcik tahu Isa faham apa yang kakcik maksudkan) :)

    BalasPadam
  17. Salam Acu sayang...

    rumah kakcik yang Acu singgah hari tu, dulu kakcik beli dengan harga lbhkrg RM80k sahaja (tidak termasuk segala bayaran PERKHIDMATAN dsbgnya), tapi skrg dah cecah RM300k - kalau kakcik jual pun, kat mana pulak kakcik nak tinggal....

    BalasPadam
  18. Salam LB...

    suara kita terlalu kecil untuk didengar! hanya keluhan sama sendiri dan tak akan ke mana sampainya andai kita sendiri tak pernah ingin berubah nada untuk suara kita lebih didengari! :(

    BalasPadam
  19. Salam Zeq...

    bagi ibubapa yang hanya mengharap ehsan anak2 - menjadi tanggungjawab anak2lah untuk menghulurkan seringgit dua walaupun tiada kenaikan diberikan! :(

    BalasPadam
  20. Salam Mimi...

    betul tu... rakyat juga yang dahulu menerima segala kesengsaraan... :(

    BalasPadam
  21. Salam gB...

    Alhamdulillah, kakcik dah ada rumah sendiri (walaupun masih menanggung hutang untuk beberapa tahun lagi - harapnya akan langsai sebelum mati). Cuma terfikir, apalah nasib anak2 nanti.. :(

    BalasPadam
  22. Salam Azie...

    bagaikan merendang daging... rencahnya kena cukup - andai tidak, larilah rasanya. Bila rencah tidak seimbang, rasa akan menjadi pincang - begitulah hidup ini....

    BalasPadam
  23. harga pakaian pun akan naik 25 persen...mulai disember ni.

    25 persen....

    BalasPadam
  24. Salam AM...

    kenalah beli pakaian sekarang! :(

    BalasPadam
  25. salam kakcik..
    terasa skrg harga yg tinggi.. tiub CBD sy yg kecik tu pun 5 hengget se tiup blum lg syhringe (ntah betul eja ke ni) dgn begnya huhuu :(

    BalasPadam
  26. assalamualaikum kakchik
    aduss,adakah orang macam saya akan mampu memiliki rumah sendiri suatu masa nanti kalau rumah reganya makin naik...

    BalasPadam
  27. nak naik? naiklah silalah
    tak cukup tangga lift pun ada
    penuhilah penuhkanlah
    dengan pendatang bermaharajalela

    bila lagi aku nak kaya
    inilah masa inilah ketika
    selagi boleh diisi selagi boleh ku penuhi
    poketku tembolokku
    jangka masa singkat apa ku perduli
    anak cucu merempat? aku dah mati
    aku tak nampak lagi
    aku tak rasa lagi
    yang penting hari ini
    nafsu nafsu nafsi nafsi

    nak naik? biarkanlah semua naik
    kau nak sangat benda yang tak mungkin naik? biar berkurun?
    tunggu saja hujan yang pasti turun...

    (ini bukan kataku...kata dia)

    BalasPadam
  28. Salam Kakcik sayang..
    arwah abah anak2 ada tinggalkan sebuah rumah di cheras..setelah dibuat harta sepencarian insyallah ida dapat separuh..cadang nak jual sebab mudah nk bg harta pusaka pada wf arwah..tp bila fikir2kan rasa sayang pulak..dgr harga rumah nak naik..langsung fikir tk jd jual.

    BalasPadam
  29. ehemmm...nak jugak mengomen ni kakcik.. pada teman la.. idok kighe beloh mane yg yang meghentoh, ghasenye lebih kughang je.. yg penting pembangkang mesti betui2 kuat..idok le deme meghentoh ikut suke deme je.. tp kan.. kalo yg meghentoh sekaghang ni tumbang.. alangkah baguihnye.. deme udoh megheng kakcik uiii..

    BalasPadam
  30. Salam kakcik.,
    Segala benda dan reta naik harga ..tetapi yang terkadang terasa heran ada pula yang mampu membayang. cth ; rumah yg berjuta keta yg beratus ribu selamba je dia pakai.

    BalasPadam
  31. Semua yang ada di Tanah Malaysia ini akan dinaikkan harganya...PERCAYA LAH...

    BalasPadam
  32. Salam Maiyah...

    lampin pakai buang juga begitu mahal, kan? Agaknya, ibu2 zaman ini kena belajar balik untuk memakaikan bayi dengan lampin kain seperti ibu2 dahulu...

    BalasPadam
  33. Wa'alaikummussalam ummu...

    InsyaAllah, mungkin dengan 'sabar dan berjimat-cermat', Ummu akan dapat memiliki rumah sendiri. :)

    BalasPadam
  34. Salam Q...

    'hujan yang turunnnnn bersama airmataaaaa' (teringat pula kat bait2 lagu dendangan Allahyarham Sudirman ini)...

    dan begitulah! saat harga barang naik - yang turun adalah airmata... :(

    Tapi 'mereka' peduli apa... bagai kata'mu', saat anak cucu menangis, mereka tidak melihat lagi kerana telah bersemadi di perut bumi....

    BalasPadam
  35. Salam Ida sayang...

    rumah itu sekarang di sewakan, ya? Tak mengapalah kalau tidak dijual (asal jangan jadi perebutan/pertikaian di kemudian hari). Hasil sewaannya boleh juga digunakan untuk anak2 arwah. Kalau jual memang mahal, kan? Tapi - kalau salah pengurusan, bimbang wang itu 'hilang' begitu sahaja (maklumlah sekarang ni semuanya perlukan wang!) :(

    BalasPadam
  36. Salam Yop...

    teman pun ghase macam tu juge... sape pun meghentoh.... walhasil balik asal je... kite ngangkat deme, lepah tu deme ngempap kite balik.. adeke patut? ish... tak pahamle teman yop oiiii.... :(

    BalasPadam
  37. Salam Salmi...

    kalau kita tanya pada mereka yang punya harta mewah - pasti jawapannya 'atas usaha sendiri' atau pun sebab warisan keluarga yang memang kaya raya!

    Eh.. jomle kita buat bisnes jual gelang magnetik, kot2 boleh kaya! ;-)

    BalasPadam
  38. Salam zmah...

    ya.. kakcik percaya. Tanah kubur pun akan naik harga! :(

    BalasPadam
  39. di singapura lagi melampau harganya. kalau 300ribu hanya dapat rumah kerajaan yang kecilnya 100metre persegi.

    BalasPadam
  40. Salam nursalamah...

    terima kasih keran sudi singgah dan tinggal komen di blog kakcik. Mungkin di Singapura, pendapatan rakyatnya seimbang dengan harga barang...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com