Kawan-kawan kakcik

Ahad, 21 November 2010

Air...

Aku kembara ke sebuah negeri
bila menginap tentulah ingin mandi
tapi aku terkedu menggaru pipi
melihat air yang keluar di pili


fikirku mungkin pertama kali
setelah dibiarkan berhari-hari
kubiarkan air itu mengalir sendiri
kiranya tiada perubahan selepas dua hari


dulu pernah juga kudengari
konon cerita di sebuah negeri
buka paip mendapat kopi
yang kualami ini bukan di negeri tadi


janganlah buat-buat terlepas pandang
yang berwajib turunlah memandang
selidiklah dari depan ke belakang
jangan hanya nampak belalang di tengah padang


tempat itu menjadi tumpuan
namanya gah menjadi sebutan
konon untungnya juta-jutaan
tapi berdendang lagu yang tak sepadan


nota hati : agak-agaknya air dari sungai ini dialirkan terus ke batang paip ke?



28 ulasan:

  1. Adehhh... kalu time bukak paip jer dapat air teh ceruh camtuh, rasa takda mood nak masak memasak, kan?

    Kena la guna filter, atau beli air mineral buat masak.

    BalasPadam
  2. Salam Azie..

    kalau kat rumah, bolehlah pasang penapis... ini kat resort! Bila mandi, melekit2 rasa badan - gosok gigi pun rasa tak bersih... :(

    BalasPadam
  3. salam kakcik,

    tak berselera nak guna kalau rupa air keruh mcm tu....

    huhuhu...

    BalasPadam
  4. Salam Ain...

    kalau terpaksa, kenalah digunakan juga.. nak beristinjak.. nak berwudhu'...

    BalasPadam
  5. air gtulah umah mak saya kakcik..mcm teh ais..

    jika guna penapis pom cepat rosak sb kerja keras penapis tu..huhu..

    xle nk buat ape..bil kene bayr gak..air???

    slmt berhujung mggu deh..

    BalasPadam
  6. Salam nursalamah...

    sebuah resort di tengah2 tanahair tercinta... tak payahlah diwar2kan....

    BalasPadam
  7. Salam SN...

    nak kata apa, kan? Air tu penting ...

    teringat zaman kecik2 kakcik dulu... mandi, membasuh dan ambil air sungai Perak yang jernih untuk memasak... tidak pula dapat penyakit. :)

    BalasPadam
  8. suatu ketika dulu... air itu sewarna dengan air pili rumah saya setiap kali selepas hujan, keruh dan pekat dengan tanah merah..

    nasib baik skarang dah jernih itupun selepas berbuih mulut komplen dengan jabatan air

    BalasPadam
  9. salah satu punca kita selalu mengalami rasa tidak sedap perut dan cirit birit.. tp tarif air tetap naik..

    BalasPadam
  10. air kat penang juga yang best. murah dan bersih.

    negeri kerajaan bangsa cina sejak berdekad..

    BalasPadam
  11. Salam ibuintan...

    semuanya nak tunggu kena komplen agaknya, kan?

    BalasPadam
  12. Salam Yop Samad...

    kalau tak naik, nanti bos dan kakitangan tak dapat bonus! ;-)

    BalasPadam
  13. Salam IM...

    Alhamdulillah kalau masih ada yang murah. :)

    BalasPadam
  14. Salam KC
    Air cam tu merupakan pemandangan biasa kat rumah I. Kadang2 ada serbuk hitam kecik2 bila air tu kembali jernih. Jenuh juga nak tunggu air kembali 'suci'.

    BalasPadam
  15. Salam CS...

    air pun pandai datang b*l*n, ek? Tapi susah kalau air tak bersih, kan? Nak masak memasak pun jadi terbantut! :(

    BalasPadam
  16. Salam zmah...

    air sungai bewarna teh kalau diminum rasanya = ? (rasa tanah lah agaknya, ya?)

    BalasPadam
  17. Saya penah kena ..masa bercuti kat negara jiran dahla ghupa air camtu rasa air yg jernih pula lain mcm, langsung saya tak lalu makan dan minum, tapi di negera sendiri belum pernah jumpa air camtu ,yg terputus bekalan air tu pernah juga merasa...

    BalasPadam
  18. Salam Salmi...

    kakcik baru sahaja mengalaminya minggu lepas di negara kita sendiri... :(

    BalasPadam
  19. eh! mcm sg kat blkang umah mak sy jer tuh..hehe!

    BalasPadam
  20. tumpang lagu Ideal Sisters...

    air dan api adalah sumber
    hidup kita sehar-hari
    jika diabai-abaikan
    maka timbullah satu bencana...

    ee....air yg mengalir dalam sinki tu dirakam di rumah menteri air ker? luv u kakcik...

    BalasPadam
  21. Salam MDT...

    musin hujan ni, air pun jadi keruh...

    BalasPadam
  22. Salam Aida...

    di sebuah negeri menghala ke timur Semenanjung - tapi bukan Kelantan!

    BalasPadam
  23. Salam Q...

    siapalah kakcik untuk menjejak ke rumah menteri! Sinki di sebuah resort yang kakcik huni baru2 ini...

    luv u 2 Q... :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com