Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 19 November 2010

Rasa terkilan pula kalau tidak dikongsikan...

Artikel ini disalin sepenuhnya dari  SINI


Chef Farid




Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua.Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.

Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain.Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi, yang boleh saya dapat rezeki yang halal.

Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut.

Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit.

Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya. Ok la, pernah tak buat Sponge Cake (Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalaupernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pepsi atau Coke.

Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain.

Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.

Sekian.





26 ulasan:

  1. Saya dpt info ni lama dulu...
    tp kongsi di laman lain...
    masa tu tak kenal lg blog blog ni...
    mmg kita kena hati2 kakcik bila makan di hotel2..bukan saja kek bahkan pastri..tp tu lar kan? kdg2 kalau kita banyak hati2 pun bukan semua orang suka....

    saya pernah berjiran ngan ca ya nun aliff yg berniaga kek marble...seddapp sgt kek dia kakcik..selalulah saya makan... sekali tu dtg org dr jbtn agama wat spotcek...alkisahnya benda putih yg dia wat sapu dasar dan keliling acuan kek tu ialah.....

    saya dah kenyang dah....

    BalasPadam
  2. Salam Q...

    kadang2 kat depan kedai2 kek/pastri terpampang logo HALAL. Kita pun dengan senang hati - beli dan makan. Kenyataannya, logo HALAL tu pun belum tentu HALAL! :(

    Satu waktu dulu.. mungkin bagi 'kita' asal roti dan yang sewaktu dengannya, kira HALAL - tapi hakikatnya, Allah juga yang Maha Tahu.

    BalasPadam
  3. agaknyer kita dulu pernah memakannyer tapi tak tahu....tak semestinyer kek yang ade logo halalpun halal...

    BalasPadam
  4. Salam Zaidah...

    terima kasih singgah dan sudi tinggal komen. :)

    Semoga selepas ini kita lebih berhati-hati dan kena selalu awasi serta ingatkan anak-anak.

    BalasPadam
  5. Salam Mimi...

    sama-sama. 'Sharing is caring' - kata orang kampung kakcik! hehehe...

    BalasPadam
  6. Salam sayang kakcik , moga sihat selalu ..

    Saya bukanlah pengemar kek , tapi sesekali tuh kalau nak makan or beli utk birthday anak, saya akan ke kedai owner dia islam . Alhamdulilah, skrg ini dah banyak org islam buka kedai kek berbanding dulu kan kakcik ..

    BalasPadam
  7. Tak pernah beli kek dari cina2 di pasar malam walaupun keknya nampak menyelarakan.
    Tapi lambakan kedai kek yang paling popular di Malaysia skang ni semuanya diterajui oleh bangsa bukan melayu. Ntah la, sebenarnya vic letakkan kepercayaan 100% pada logo halal JAKIM.

    BalasPadam
  8. acu penah ke DOME KLCC
    niat di hati nak cuba kek tiramitsu kat DOME...sebab acu memang penggemar kek TIRAMITSU

    tapi semua nye terbantut bila pekerja DOME yang beragama ISLAM memberitahu acu bahawa kek TIRAMITSU tu tak boley di makan oleh muslim sebab ada ALKOHOL...
    kek yang lain tak pe kata nye...

    BalasPadam
  9. Salam LiNda yang manis...

    semoga LiNda juga sihat dan ceria selalu. Aidil Adha ok?

    Kadang2 dikedai kek, selalu kita lihat pekerja wanita bertudung. Kita pun yakin bahawa beliau adalah Islam (walaupun mungkin datang dari Indonesia) - tapi, bila lihat di belakang - chefnya adalah cayanunalif (teringat kata2 BS satu ketika dulu - tengok dulu chefnya).

    Alhamdulillah, sekarang dah banyak kedai kek milik Muslim, kan? :)

    BalasPadam
  10. Salam Vic...

    selalunya begitulah. Kedai/premis yang popular biasanya bukan milik Muslim. Mahu tak mahu, kenalah berpandukan kepada logo HALAL di depan kedai/premis tersebut walaupun sekarang banyak logo itu sebenarnya telah diselewengkan.. :(

    BalasPadam
  11. Salam Acu...

    kalau fikir balik - bila sejenis ada alkohol, yang lain-lain tu agak2nya tak 'terenjis' sama ke, ya? :(

    BalasPadam
  12. Salam KC
    Terima kasih berkongsi info. Nasib baik kita 'rajin' buat kueh, bentat pun bentatlah, kih3.

    BalasPadam
  13. Salam CS...

    nampaknya kakcik kena makan cekodok je... sebab kakcik tak pandai buat kek mahupun muffin.. :)

    BalasPadam
  14. salam kakcik. hmm...

    kamau cemtu ape kata kita pakat2 support member2 islam kita yg buat bisnes kek yg dah tentu2 halal kan?

    sebab makanan akan jadi darah daging, dan itulah yg akan membentuk keperibadian kita.

    saya nak taruk link ni kat fesbuk saya ye kak. toce!

    BalasPadam
  15. satu maklumat yang bermanfaat agar tidak terjerat !

    BalasPadam
  16. Salam gB...

    bagus apa yang gB cadangkan tu. Sekarang dah ramai rakan2 kita yang buat bisnes kek - dan harap2nya, rakan2 kita tidak menggunakan bahan2 yang diragui isi kandungannya. Silalah linkkan - kakcik pun sekadar memanjangkan apa yang telah kakcik baca di blog lain. :)

    BalasPadam
  17. Salam Kanda AL...

    bila baca hal2 sebegini, nak makan di hotel2 pun rasa sereeeemmmm.... :(

    BalasPadam
  18. saya gaul kek dgn senduk..x pakai tangan nnti saya jilat tangan tu.haha!

    thx kakcik bg info ni..

    BalasPadam
  19. salam kakcik

    terima kasih kerana berkongsi info ni kakcik... makan kek mmg sedap tapi bila tau bhn2 yg buat kek tu sedap... aduyaiii...

    salam aidil adha kakcik yea ~

    BalasPadam
  20. Salam MDT...

    kek MDT memang nampak mengancam! :)

    BalasPadam
  21. Salam Aidil Adha Manje...


    Yang baik tu, eloklah kita kongsi2kan, betul tak? :)

    BalasPadam
  22. Salam KAKCIK. Terimakasih berkongsi info.
    Saya dah dua hari penuh email saya dgn email dari Yahoo Group tentang isu kek ini.

    Wpun saya memang tidak gemar kek, tapi sekali sekala makan juga.
    Eloklah kita berhati-hati lagi...
    Lebih elok kalu pandai buat sendiri,makan sendiri anak beranak.

    BalasPadam
  23. Salam Azie...

    sama-sama kasih. Alangkah bagusnya kalau pandai buat sendiri, kan? (macam Puan Q).. tapi, kakcik ni kadang2 buat cekodok p[un liat dan hangus! :(

    Mujurnya kakcik anak beranak bukanlah peminat tegar kek...

    BalasPadam
  24. ada kesamaan tentang kekurang pakaran didapur..cekodok liat dan hangus :D

    BalasPadam
  25. Salam Nursalamah...

    jom kita masuk kelas masakan sama2.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com