Gadis Melayu kena pandai duduk bersimpuh, ya anak-anak...
Belum hilang penat menguruskan majlis Tahlil yang ditaja oleh Along pada Sabtu malam, semalam (Ahad) Bangcik membawa kawan-kawannya seramai lebihkurang 15 orang untuk makan-makan di rumahku. Teringat masa aku masih bersekolah dulu, bertandang ke rumah rakan-rakan hanya di waktu Hari Raya. Rupa-rupanya, budak-budak sekarang tidak menunggu Hari Raya untuk bertandang. Tapi, ada bagusnya mereka datang ke rumah, tahu juga dengan siapa anak-anak berkawan dan keluar. Selepas makan dan solat Zuhur, mereka keluar beramai-ramai untuk menonton wayang cerita Nangkung. Di mana-mana pun, nampaknya perempuan lebih ramai dari lelaki!
salam my dear sis..:)
BalasPadamramai kawan Bangcik ekk..
tapi tu laa...ramai kaum hawa ya..agak2 ramai peminat Bangcik sorang nihh...(er..er..termasuk Miss Top up tuh..hehehe);)
Pe2..berkawan bior seribu..:)
Salam Tinie sayang...
BalasPadammasa mula-mula budak2 tu datang cuma 2 sahaja lelaki. Kemudian baru menyusul lagi 2 orang. Harap-harapnya lelaki yang ada tidak terikut-ikut 'menjadi perempuan'. Na'uzubillahhiminzalik.
(Bangcik kata Miss Top Up tu memang peminat dia! Minat mengabihkan bogheh je tu...) ;-)
kakcik..
BalasPadamkalo Miss Top Up datang abis ler kena sembur...sure tertanya2 yg manasatu kan? hehe.
amboi2 kwan bangcik ramai pompuan lebih ramai dari laki. hehe
BangCik tak berani ajak!!
BalasPadammau kena laser dengan KakCik kang!!
(dengan dia-dia sekali kena!!)
teman baghu sughuh anok daghe teman duduk bersimpuh.. tak bulih katenye..Sakit !!.. adeih..saloh ke teman kakcik uii..!!
BalasPadamSalam Cyana...
BalasPadamkakcik dah tanya bangcik. Dia kata 'tak ada' dan dia pun tak nak MTU tu datang. Bangcik tahun angin mak dia macam mana! ;-)
Salam Pn Dr...
BalasPadamsilap-silap dengan kawan2 yang tak bersalah pun kena belasah sekali. Mak bangcik tu bukan boleh kira sangat! :)
Salam Yop Samad...
BalasPadamate.. dah bebudak sekaghang ni diajo duduk atah bangku... mane deme tau nak duduk besimpuh! :)
salam ziarah kakcik..wah!!! ramainya kekawan dia kan..bagus tu
BalasPadamSalam sahrom...
BalasPadamberkawan ramai tak apa. Tapi, hendaknya biarlah sama-sama berada di landasan yang betul. :)
mesti kakcik dah pilih antara yang bersimpuh dengan bersila tu , kan..
BalasPadamwah, banyak pilihan tu kakcik,sah si MTU tu kena rejek ni
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamSalam ibuintan...
BalasPadamAla... bangcik tu 'kecik' lagi... baru 13 tahun! :)
Bangcik...
BalasPadamsendiri mau ingat la! ;-)
agagagg...,miss top up..dapat dah gelaran baru...
BalasPadamSalam Ila...
BalasPadamkalaulah MTU tu tahu gelaran yang kakcik berikan ni....
ramainya perempuan dari lelaki sekarang ni ya!
BalasPadamSalam AM...
BalasPadamdah tak seimbang, ya? Tapi anak kakcik semua lelaki. :)
entah2 dalam 15org ada mis top up terselit...heheheee
BalasPadamSalam Acu...
BalasPadambangcik kata MTU tu tak ada dalam senarai! :)
Antie suka lah nama kawan BangCik tu...
BalasPadammacam nama Antie..
:)
Salam Pn Dr...
BalasPadambangcik tu yang puji dia, dia ingatlah! Tapi memang 'manis' la nama Izatul tu! :)