Kawan-kawan kakcik

Isnin, 29 November 2010

Dia bapaku...


Dia bapaku - tanpanya siapalah aku
tapi lihatlah tubuhnya yang kian lesu
menanggung rindu pilu di hatinya yang sendu
anaknya yang 'hilang' tetap juga ditunggu-tunggu

kepada 'kamu' di luar sana
andainya catatan ini 'kamu' terbaca
aku merayu dengan sesungguhnya
pulanglah sebelum bapa 'menutup mata'

kau tahu rumahku di mana
kau tahu nomborku tak pernah bertukar selamanya
biarlah orang kiri kanan sibuk mengata
kau dan aku tetap bersaudara

aku tak tahu nak kata apa lagi
aku tak pandai nak bermadah begitu begini
namun aku tahu apa yang tersirat di hati
dan aku tahu kau juga mengerti

v

v

v

v

v

v

v

K.E.M.B.A.L.I.L.A.H!




50 ulasan:

  1. Moga "dia" terbaca catatan ini dan pulang segera.

    Kak cik berapa umur ayah kak cik?

    BalasPadam
  2. satu ingatan pada semua yang masih mempunyai ayah dan ibu...bukan wang yang mereka pinta.

    BalasPadam
  3. Salam Vic...

    mudah2an. Aminnnn.

    Bapa kakcik dah berusia 81 tahun.

    BalasPadam
  4. Salam AM...

    walaupun bukan wang yang dipinta - sangat susah untuk anak2 memahami! :(

    BalasPadam
  5. Mengapa 'dia' jadi keras hati sedemikian??
    Aper2 pun yang berlaku, bermaaf2 an lah..
    balik lah dengan segera..sebab
    ayahanda sudah 81 tahun, dah uzur..

    BalasPadam
  6. Salam my lovely KakCikS..:)

    Moga dilembutkan hatinya..
    terbuka juga hati 'dia' utk kembali..

    semoga ayahanda KakCikS..diberikan kesihatan yang baik & sentiasa dilindungiNya..Amin...

    BalasPadam
  7. Salam Pn. Nani...

    tak tahulah saya nak kata! :(

    Semoga hatinya lembut segera...

    BalasPadam
  8. Salam Tinie sayang...

    rasanya Tinie pun perasan, kan? Dah banyak kali kakcik menyerunya melalui blog ini.... :(

    Amin untuk doa Tinie. Terima kasih.

    BalasPadam
  9. keras hati sunggun si "kamu" itu .. nanti dia menyesal tak sudah.

    saya doakan supaya si "kamu" itu lembut hati dan kembalilah sebelum terlewat!

    BalasPadam
  10. Salam Kanda AL...

    harapnya begitulah.. kerana tiada yang dinamakan 'sesal dahulu'. sesal selalunya bila waktu telah berlalu! :(

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum wbt
    Sebenornya apa yg berlaku pada kokcik mmg berlaku pada teman, cumanya teman ni anak yatim piatu smjk kekecik. Adik berghadik bukannya sesikit, 11 org tapi soghang pun tak lalu nak mbela teman yg masih kecik. Hidup dgn ipor duwei, mak ai punyale ranggi dan enkohnye. Bygkanle hidup terbuang sane sini, yg pasti myimpan dendam bpanjangan. Kita tak tahu sejarah yg sebenornya berlaku myebabkan seseorg tu kecik dan luluh hati sampei ye le tegheban kain batik kat sungei! Kalo hati dah kecewa, susah nak tetemeih kokcik. Berat lagi mata memandang, berat lg bahu memikulnya. Wallahulam

    BalasPadam
  12. Tanpa mereka masakan kita dpt melihat bulan dan mata hari.

    New Entry "Cemburu-cemburu nie apa?"

    BalasPadam
  13. Salam kakcik.....

    sedihnyaaaa......tak tersedar saya tersedu....rindu kat ayah sendiri..

    'org' tu belum tau lagi bgmana rasanya kehilangan...saya wlp dah 'hilang' ayah 12 thn tp rasanya mcm baru jer terjadi,,tiapkali tingat tak pernah tak nangis...rindu yg takder ubatnya sampai mati...

    betapa kosong dan tak bererti hidup setelah takder lg org (kedua ibu & bapa) yg mendoakan kita siang dan malam petang dan pagi...

    takper lar kakcik, kakcik dah cuba sedayanya....moga hidayah Allah sampai kpdnya...jgn jemu berdoa selain berusaha ya kakcik..

    org tua bisanya byk ragam byk kerenah, bukan kemahuan dirinya pun sebenarnya...moga kakcik diberi kemudahan dlm menjaga seorang ayah hingga akhir hayatnya, tanpanya siapalah kita kan kakcik kan?

    BalasPadam
  14. salam..luahan kakcik harap dibaca oleh adik beradik yang lain....

    BalasPadam
  15. Salam kak cik..

    Ila harap ..si DIA ..membaca coretan ini...

    BalasPadam
  16. Wa'alaikummussalam Yop...

    teman ni nak kate putuih haghap idokle juga. Selagi teman benyawa dan selagi teman tau 'dia' tu juga masih benyawa, selagi itule teman haghap sangat2 dia balik. Usohle dia jadi Tanggang. Kesah idop Yop lain, dibuang sedaghe maghe... ini 'dia' tu yang membuang sedaghe maghe! :(

    BalasPadam
  17. Salam AAP...

    '..dan kita juga tak akan kenal mana kawan mana lawan...'

    BalasPadam
  18. 'kamu' kena tahu, dia pun ada atau akan ada anak. tak mustahil perkara yang sama akan berulang pada diri sendiri. :(

    BalasPadam
  19. Moga rindu ayah kakcik terlerai jua nnt....aminnnn

    BalasPadam
  20. Salam Q...

    kakcik juga sebak sewaktu menitipkan catatan ini. Tak tahulah Q. Mungkin hatinya dah sekeras waja yang tak terlebur lagi! :(

    BalasPadam
  21. Salam Sahrom...

    harap2nya begitulah. Terutamanya oleh 'dia'.

    BalasPadam
  22. Salam Fa...

    dia ada anak - tak tahulah sama ada dia ingat atau tidak pada budak2 tu... :(

    BalasPadam
  23. muga dia mendapat hidayah.
    ada juga berlaku di keluarga saya. doa saja yg dapat diberi..
    alhamdulillah panjang umur ayah kakcik.
    semuga bertemu dengan yg dirindu.

    BalasPadam
  24. salam kak chik..
    sedihnya.. hanya Tuhan saje yang tahu apa didalam hati nya kan... alangkah berdosanya si anak yang mengecilkan hati ibu dan bapa nih.. mintak Allah jauhkan dari kita semua..

    BalasPadam
  25. salam kakcik.

    pada dia..dan sesiap yg terasa
    kembalilah yer...

    BalasPadam
  26. salam kakcik...

    GB harap 'dia' cepat kembali. kesian kat ayah menanggung rindu...

    BalasPadam
  27. sudah uzur nampak ayah kak cik..

    semoga seruan kak cik akan sampai kepada yang diseru..dan terbuka hatinya..aminn..

    BalasPadam
  28. semoga 'sidia' terbuka hati dan balik merawat rindu ayah akak...

    semoga ayah akak terus sihat yer.. aminn

    BalasPadam
  29. Salam Nursalamah...

    setiap kita diberi dugaan. Ini dugaan untuk 'kami'...

    BalasPadam
  30. Salam Aanas...

    semoga Allah tetap mengampunkan dosa2 kita selagi kita tidak menyekutukanNya. InsyaAllah.

    BalasPadam
  31. Salam Ati...

    semoga Allah segera membukakan pintu hati'nya'...

    BalasPadam
  32. Salam gB...

    sama2lah mendoakan bersama kakcik...

    BalasPadam
  33. Salam SN...

    Semoga hatinya akan cair juga walau untuk seketika asalkan bapa dapat berjumpa...

    BalasPadam
  34. Salam Ciklinn...

    terima kasih untuk doa..Amin.

    BalasPadam
  35. Salam Kak Cik,


    Pada Dia (adik akak kan?). Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Ikatan kekeluargaan tak pernah putus..


    semoga hati dia terbuka untuk kembali..

    BalasPadam
  36. Salam Reen...

    iya, dia adik yang tak pernah hilang dari ingatan kakcik.. :(

    BalasPadam
  37. salam kak cik.... saya doakan semoga allah mencairkan hati saudara kak cik yang keras itu.... sedih tengok ayah kak cik ni....

    BalasPadam
  38. Salam AKT...

    semoga hatinya juga akan sedih dan teringat untuk bertemu dengan bapa sebagaimana 'saudara2' kakcik di maya ini sedih melihat wajah bapa... :(

    BalasPadam
  39. salam kak..

    semoga dia membaca catatan ini ..

    BalasPadam
  40. salam kak cik

    semoga segalanya ok kak cik & terbacalah ia madah2 pujangga kak cik

    BalasPadam
  41. Salam Angah...

    kakcik tak pandai bermadah.. tapi kakcik sangat merayu kepadanya - kembalilah!

    BalasPadam
  42. semoga rayuan kakcik didengari..

    dah galak juga rasanya kakcik merayu sidia, moga Allah bukakan pintu hatinya...

    BalasPadam
  43. Salam ibuintan...

    sungguh - kakcik tak pernah lupakannya sebagaimana dia telah melupakan kami! :(

    BalasPadam
  44. teringat pulok teman pade aboh kat peghoyang.. teman cube beghi yg terbaik buat die.. mentaghe die idup ni yo la kite buat baik pade deme..mun udoh xde sok..nyesei tak gune doh..

    BalasPadam
  45. salam kak cik..terkenang arwah ayah..cuma bezanya arwah pergi dulu ketika masih sihat..


    semoga dia akan kembali

    BalasPadam
  46. Salam Yop...

    teman pun tak tahu apa yang ada dalam ati adik teman tu. Kite ni pun idok tau ntoh sape dulu sape kendian ke sane.

    Kite ni gamoknya kalo besogheh, haghuih kenei mengenei...

    BalasPadam
  47. Salam Imanshah...

    awal tahun dulu, bapa langsung tak boleh bangun selama beberapa bulan. Tapi kebelakang ini beliau dah boleh berjalan untuk jarak yang dekat dengan bantuan tongkat. Alhamdulillah.

    Terima kasih untuk doa. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com