(masih belum ada mood untuk mengarang dalam bentuk essei)
sekumpulan orang diberi tugasan
pantas ketua meluruskan tangan
arahan diberi kepada orang bawahan
segala kerja perlu disiapkan
sudah nasib orang bawahan
arahan diterima tanpa bantahan
ke sana ke sini mencari bahan
walaupun isi hati hanya diketahui Tuhan
hampir tiba waktu ditetapkan
kepada ketua hasil ditunjukkan
tapi ketua buat tak hairan
rupanya ada agenda yang disembunyikan
tibalah waktu membuat persembahan
ketua bangga ke belakang ke depan
menunjuk hebat ke pihak atasan
konon berjaya menyiapkan tugasan
'rumah siap pahat berbunyi'
terdengar bisik-bisik kanan dan kiri
persembahan diberi tak memuaskan hati
yang terlibat rasa nak melarikan diri
ketua buat muka selamba
bagai tiada terjadi apa-apa
buat apa hendak berduka
kepada orang bawahan tunjukkan saja
begitulah nasib menjadi kuli
untuk ketua puja dan puji
andai ada umpat dan keji
kepada kuli ditudingkan jari.....
Kata orang, selagi jadi kuli, makan gaji memang sampai bila pun tak akan kaya.
BalasPadamdan selagi itulah juga kita akan kena ikut telunjuk orang..
so kenalah redha jer sentiasaaa...
Salam my lovely KakCikS..:)
BalasPadamApakan daya...nasib si kuli..
Ibaratkan si mentimun..
pisau ada di tangan mereka..
menanti utk dikupas..dihiris...
Meruntunnya perasaan si kuli...siapalah yang tahu....:(
lagi malang si kuli nie jika dapat ketua yang gila NAMA...huh! lagi teruk di lanyak nye kuli nie..
BalasPadamAlahai kak...
BalasPadamKalo terjd kat akak sabar byk2 ye...beginila dunia skrg
Salam kakcik..
BalasPadammungkin masa boss tu sekolah dulu, mak ayah dia pentingkan sgt dia dpt straight A's tapi rohani zero. Bila dah keluar U, kerja kemain baguih konon tp sahsiah diri hancuss...nyusahkan org bawahan...
tu namanya ketua taik kucingeowww...
Salam Azie...
BalasPadambegitulah nasib kuli, kan? Sentiasa disuruh 'redho'. Sang ketua pun seolah lupa bahawa masih ada yang di atas sana....
Salam Tinie sayang...
BalasPadamkadangkala, kuli diperlakukan bagai mereka tak punya perasaan! Sang ketua pula bersikap bagai hidup menongkat langit - tanpanya, langit akan runtuh. :(
Salam Acu sayang...
BalasPadammemang teruk kalau dapat ketua yang begitu. Semua yang elok, dialah ke hadapan. Bila tak elok, kulilah yang ditonjolkan!
Salam Mimi...
BalasPadamAlhamdulillah, belum lagi terjadi pada kakcik. Kakcik 'menulis' kadang-kadang berdasarkan yang terjadi di sekeliling...
Salam Q...
BalasPadamkadangkala, ada ketua yang datang dari keluarga yang bukanlah 'kaya dan ternama'. Tapi bila memegang kuasa, lagaknya bukan lagi bagaikan anak raja - tapi bagai raja yang tak boleh disentuh segala... Tak mengapa, bumi ni kan bulat, pusingannya tak pernah terhenti!
Semoga andai anak2 kita menjadi ketua, mereka akan menjadi ketua yang berhemah dan bertimbangrasa. :)
Begitulah nasib si kuli
BalasPadamkerja bagus dipandang sepi
ikut hati nak jek buat tahi
tapi tiap bulan terima gaji
rasa tak sampai dihati ..
Kuli ohh kuli
beginilah nasib ku ini ... :(
Salam LiNda yang manis...
BalasPadambiar kecil gaji sikuli, andai berkhidmat jujur dan ikhlas hati, InsyaAllah akan adalah ganjarannya nanti. :)
salam kak cik...
BalasPadamsabar jer le di hati
janji Allah itu pasti
Akhirat nanti ganjaran diberi
berehat di syurga wajah berseri
Salam Ummi Humaira...
BalasPadamJanji Allah itu benar. Orang yang sabar atas tohmahan, akan ada ganjarannya. :)
SALAM,
BalasPadamITULAH RESAM KERJA. LF PERCAYA ORANG ATASAN JUGA ADA CABARAN DAN MASALAHNYA KERANA MEREKA JUGA ADA BOSS DI ATAS MEREKA. APA YANG PENTING, KITA LAKUKAN KERJA KITA YANG TERBAIK MUNGKIN, PENUH KEIKHLASAN DAN KERANA ALLAH SWT.
Salam Dato'...
BalasPadamsaya setuju itu. Apa yang baik yang kita lakukan, biarlah niatnya kerana Allah, bukan kerana manusia.
salam kakcik..itulah cabaran menjadi orang bawahan kan huhuhuhu
BalasPadamSalam Sahrom...
BalasPadamkalau tak ada orang bawahan, tiadalah orang atasan, kan? :)
saya yang menurut perintah...
BalasPadamitulah yg dipegang saya..kita makan gaji ngan orang..kenelah ikut selagi mampu dan tidak melanggar undang2 negara dan batas2 agama
Salam SN...
BalasPadamkadangkala kita terlalu 'terikat' dengan perintah ciptaan manusia hingga mengabaikan perintah Maha Pencipta....
salam kakcik,
BalasPadammemang itulah nasib kuli... boss juga yg orang pandang wlau kuli yg kerja bagai nak patah pinggang
Salam ibuintan...
BalasPadambegitulah lumrah.. yang di atas juga yang dipandang walaupun yang dibawah berusaha bagai tiada waktu terluang....:(