Kawan-kawan kakcik
Jumaat, 29 Oktober 2010
Di Pondok Kecil (Ae-Man)
Disuatu hari ayah berkata
Jaga adikmu ayahkan pergi jauh
Kumerayu pada ayah
Jangan tinggalkan kami
Kerana kami sayangkan ayah
Ayahku pergi berjuang
Demi cita yang murni
Untuk mengak kebenaran di muka bumi
Berlakunya kisah di pondok kecil
di pondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun
dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun
Disuatu hari ayah berkata
Jaga adikmu ayahkan pergi jauh
Ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
Air mata mengalir hatiku pilu
Diam-diamlah sayang jangan menangis
Doakan ayah semoga sejahtera
Diam adikku sayang jangan menangis
Walaupun ayah gugur pastinya dia syahid
di pondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun
dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun
Wahai ayahku
Kemana ayah
Ku sayang ayah
Ku cinta ayah
Wahai abangku
Kemana ayah
Ku sayang ayah
Ku cinta ayah
Duhai adikku sayang jangan bersedih
Ayahmu pergi menyambut seruan Ilahi
Tapi ingatlah adikku pesanan ayah
Belajar berusaha walau dimana jua
PadaMu Tuhan aku bermohon
Dosa ayahku minta diampunkan
Kuiringi doa rahmati dia
Tempatkanlah ayahku bersama kekasihmu
di pondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun
dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun
30 ulasan:
Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.
Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.
Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
*click like button*
BalasPadam:D
AzeedA..
BalasPadamada ke button tu? ;-)
renung2kan
BalasPadamAngah...
BalasPadam... dan selamat beramal! :)
syahdunya..
BalasPadamSalam Jamiel...
BalasPadamkakcik menitiskan airmata menghayatinya...
eh eh...tiba tiba rasa, air mata yang bertakung tu dah mengalir keluar...
BalasPadamremind me to my arwah abah...rindu dia...
Salam Ila...
BalasPadamsemoga roh arwah abah Ila tenang dan damai di sisi Maha Pencipta. Amin.
Kak Cik....
BalasPadamAkak telah buat saya menangis
Salam Nida...
BalasPadamkakcik pun menangis bila dengar lagu ini dan menghayati bait2nya...
Rintihan hati anak
BalasPadamterhadap ayahnya..
hiba rasa hati ini .
Salam LiNda...
BalasPadammelihatkan gaya adik kecil itu mendendangkan lagu ini pun boleh buat kakcik sebak...
Masa vic kecik dulu, tak silap tadika... selalu nyanyi lagu ni... nangis2 sebab sedih... menghayati sungguh... masa kecik dulu la..
BalasPadamSalam Vic...
BalasPadamsekarang dah tak nangis lagi, ek? :)
salam Kakcik...
BalasPadam...katalah apa saja... sejujurnya rasa rindu ini tidak pernah akan pergi... selalu saja menemani... adakala ia berbalam-balam, adakalanya ia begitu memuncak... namun, mujur juga ada Dia untuk mendambakan dan menyampaikan segala rasa rindu ini...
Salam Budi Rijali...
BalasPadamtanpa ibu dan ayah siapalah kita, kan? Semoga doa kita sentiasa mengiringi mereka sebagaimana mereka dulu mendoakan segala kebaikan untuk kita.
dari zaman sekolah sampai zaman sekarang acu tetap suka dengan lagu nie...terutama lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Nada Murni dulu...
BalasPadamyang pastinya ayah wataknya tak sama ibu kan... jika ibu cemas siayah masih selambe je... tapi ayah emmang hebat dan tidak akan menunjukkan kesusahan di depan anak-anak.
BalasPadamSalam Acu...
BalasPadamlagu yang ada dinyanyikan Nada Murni tu kakcik rasa lain sikit liriknya = sama tapi tak serupa...
Salam AM...
BalasPadamsetiap orang ada watak yang berbeza.. ada juga ayahibu yang langsung tiada rasa kasih kepada anak2.. :(
Lagu ini buat saya teringat pada suatu ketika saya (dan beberapa orang lain) menangis sebab ketika itu lagu ini didendangkan oleh anak-anak yatim dlm suatu majlis..
BalasPadamSayuuuuu!
salam kakcik.. teringat zaman kanak2 kalo nasyid nyanyi lagu nie. Bila besar, dengar jek lagu nie..sayu jek. sbb dah faham maknanya. hmm
BalasPadamsalam kakcik,
BalasPadamnapa hiba je ni... dulu pernah menyanyikan lagu ini dengan kumpulan nasyid
Salam Kak Cik,
BalasPadamSayu aje tengah2 malam ni..
SALAM,
BalasPadamMENYENTUH HATI DAN ADA MESEJ YANG DISAMPAIKAN !
Salam Azie...
BalasPadamkalau kakcik ada sama masa tu... dah tentu berjurai2 airmataku...
Salam Cyana...
BalasPadamtentang pengorbanan seorang ayah, kan?
Salam ibuintan...
BalasPadamdalam kita bahagia bersama keluarga, ada ayah yang terpaksa meninggalkan anak demi sebuah perjuangan. Ada anak yang redho ditinggalkan demi ayah yang berjuang untuk agama....
Salam Reen...
BalasPadambila mendengar dan menghayati lagu ini, memang hati menjadi sayu...
Salam Dato' LF...
BalasPadammaksud tersirat yang akan difahami jika dihayati, kan? :)