Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 30 Oktober 2010

Hujan lebat...

...tarik selimut dan teruskan dengkuran - alangkah nikmatnya....

Tapi ... bagaimana dengan nasib mereka yang bergelandangan tanpa tempat berteduh?

Bagaimana nasib nelayan yang hendak ke laut menangkap ikan?

Bagaimana nasib penoreh getah?

Bagaimana dengan tanaman petani andainya hujan turun tanpa henti?

Bagaimana pula dengan peniaga air?

Oh!  saat kutarik selimut menutup tubuh untuk terus menyambung mimpi - di luar sana berapa ramai saudara maraku yang menggigil kesejukan, berapa ramai pula anak-anak yang merengek kelaparan.  Tidak ketinggalan berapa ramai yang berkeluh kesah MENYESALI TAKDIR TUHAN???

Sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmah yang tersembunyi.  Tapi disebabkan ianya tersembunyi - kita enggan untuk mencari! Yang kita tahu hanya menuding jari, menunjuk salah itu dan ini tanpa merenung kembali ke diri sendiri....



24 ulasan:

  1. salam kakcik,
    takdir dan ketentuan hidup setiap manusia tidak sama... apalah daya kita untuk membantunya, sekadar simpati ....

    BalasPadam
  2. Salam kakcik

    Di sini mendung tak beerti hujan aje... (^__^)

    Walaupun cuma mendung dan berkemungkinan akan hujan, hidup hari ini, rutin hari ini perlu juga diteruskan... ~

    BalasPadam
  3. Salam Kak Cik,

    kena tolak selimut .
    dah kat ofis ni... huhuhu...

    BalasPadam
  4. tuhan jadikan susah manusia ni berbagai-bagai.

    walaupun tarik selimut tapi mata tak boleh pincing.

    walaupun tak dapat menoreh tapi dapat buat solat dhuha..

    BalasPadam
  5. Salam ibuintan...

    semoga kesusahan orang lain, memberi inspirasi untuk kita mensyukuri atas apa yang kita miliki, kan? :)

    BalasPadam
  6. Salam Manje...

    di sini hujan lebat - sekejap ada sekejap tak ada... Apa2pun, kerja rumah tetap perlu dibereskan. :)

    BalasPadam
  7. Salam Reen...

    kakcik ni kalau dah terjaga, walaupun tak pergi kerja.. susah nak melelapkan mata semula.. :)

    BalasPadam
  8. Salam IM...

    Alhamdulillah... IM tel;ah mengingatkan kakcik tentang 'sesuatu'. Terima kasih (apa tu? hehehe... tak apa biarlah kakcik dan Dia sahaja yang tahu) :)

    BalasPadam
  9. orang yang buat bajet baru ni sepatutnya berfikir macam nilah.

    BalasPadam
  10. betulkan kak cik...kita memang bertuahkan...

    BalasPadam
  11. Salam AM...

    lain orang, lain fikirannya - mungkin bergantung pada kedudukan dan keperluan!

    BalasPadam
  12. Salam SN...

    cuma ... kadang2 kita terlupa! :)

    BalasPadam
  13. Salam Ziarah, pernah saya bersembang dgn kawan berbangsa cina, kata nya...
    Panat pun komplen, hujan pun komplen, tatak thankful, mayak susah jadi tohan ohhh..semua olang macam2 komplen..he he he

    BalasPadam
  14. betul apa akak ckp...
    bila hujan je saya rasa syok ni kalo tido lebih2 lg hujan pagi2 subuh padahal ada orang lain yg susah hati

    BalasPadam
  15. Salam Mimi...

    kakcik p[un dah rasa nak tidur pulak di waktu ini... selepas siap masak untuk makan tengahari...

    Ada orang yang belum makan dari semalam dan belum tahu bila dapat mengisi perut, kan?

    BalasPadam
  16. salam..

    berul kakcik..semua yg berlaku ada hikmah yg kita tak tahu..

    BalasPadam
  17. Salam SR..

    kadang2 bukan kita tak tahu tapi kita pura2 lupa...

    BalasPadam
  18. kakcik syini dah nak sytart monsyooonnn...syeronok syejuk2 duduk dalam syelimut..hehehe

    BalasPadam
  19. Salam Fa...

    naik kapei layo ke?? teman tak beghani wehhh... :)

    BalasPadam
  20. Salam Q...

    sibuk hari ni, ya?

    Kita hanya hambaNya yang 'meminjam' segala2nya....

    BalasPadam
  21. kita suka menunding jari kepada orang lain.kenapa kita saja yg tidak menghulurkan bantuan.kebaikkan yg kita buat pahala kembali kpd kita jugak.

    jangan salahkan pihak kedua atau ketiga jika kita sendiri masih buta mata dan buta hati @.@

    kakcik...sejuk-sejuk macam gini sedap jika ada nescafe panas dgn jemput-jemput jagung + udang :)

    BalasPadam
  22. Salam Combi...

    kalau bagi kakcik.. sebenarnya, kakcik bertanya kepada diri kakcik sendiri. Sebab rasanya belum ada sekelumit kebaikan yang kakcik lakukan untuk membantu orang lain.

    Kakcik tak mahu menyalahkan orang lain saat diri sendiri tiada langsung kebaikan apalagi kesempurnaan.

    Jadi, siapalah kakcik untuk menuding jari kepada orang lain... :(

    (Sambil memasak untuk ditinggalkan kepada anak2 sebelum melangkah keluar sebentar lagi)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com