Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 29 Oktober 2010

Saat dunia akan ditinggalkan...

Entah kenapa bait-bait ini asyik terngiang-ngiang di telingaku....

'liang lahad muat seorang
gelapnya wahai tidak terperi
selesai tanah dikambus orang
tinggallah jasad seorang diri'

Sumber : http://ervakurniawan.files.wordpress.com/2010/02/kuburan.jpg


Begitulah akhirnya nanti. Semua yang kita sayang, semua yang kita cinta, semua yang kita kasih mahupun semua yang kita benci - akan kita tinggalkan juga.  Tinggallah kita seorang diri di 'sana'.  Ditempat yang gelap dan sempit.

Maka apabila mati anak Adam, tinggallah semua perkara kecuali tiga :  Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa dari anak yang soleh.

Tapi, apakah aku akan membawa tiga perkara tersebut?  

Banyak mana sedekah yang telah kuhulurkan?  Apakah sedekah itu benar-benar dari sumber yang halal dan bersih? Benarkah tiada sekelumit riak pun sewaktu aku menghulurkan sedekah?

Bagaimanakah ilmu yang dikatakan dimanfaatkan itu?  Apakah ilmu atau kepada siapakah aku ada menurunkan ilmu yang baik yang boleh dimanfaatkan oleh sipenerima?

Solehkah anak-anak yang akan kutinggalkan? Apakah pasti mereka teringat untuk mendoakan sewaktu aku di 'sana' nanti.

Ya Allah, kerdilnya diriku ini sedangkan masa untukku mungkin hanya tinggal secebis sahaja lagi.  Ya Allah, andai aku dipanggil kembali kepadaMu, setidak-tidaknya biarlah dalam keadaan diriku tetap beriman kepadaMu.

'Sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu utusan Allah'





25 ulasan:

  1. SALAM,
    KITA MEMANG DISURUH INGAT SOAL KEMATIAN. USIA DI PERINGKAT SENJA NI, MEMANG ITULAH YANG SELALU DIFIKIRKAN. APAKAH BEKALAN SUDAH MENCUKUPI? SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KESEMPATAN DAN KESIHATAN KEPADA KITA UNTUK BERIBADAT KEPADA NYA.

    BalasPadam
  2. To my lovely KakcikS..:)

    Bila terdetik di fikiran akan kematian..sebegitulah persoalannya..
    terasa kedaifan & kekerdilan itu..
    Moga nanti nafas ini terhenti di dalam keimanan......

    BalasPadam
  3. Salam kakcik....

    Kematian itu pasti...
    Cukup ke x agaknya bekalan saya bila tiba masa nanti...

    BalasPadam
  4. Salam Dato' LF...

    ....dan semoga kita tidak lalai dan leka dengan dunia yang fana ini....

    BalasPadam
  5. Salam Tinie sayang...

    semoga kita sentiasa ada kesempatan untuk membetulkan kesilapan yang kita lakukan dan kita kembali kepadaNya bersama keimanan yang tidak padam...

    BalasPadam
  6. Mati itu pasti !


    Kakcik sayang , salam jumaat penuh kerberkatan .Moga Allah akan terus berikan rahmatNya buat kita semua .

    BalasPadam
  7. Salam Mimi...

    kakcik rasa, diri kakcik tidak pernah ada bekalan yang cukup, tapi berusaha untuk menambahkan bekalan itu. InsyaAllah.

    BalasPadam
  8. Salam LiNda yang manis...

    semoga LiNda tetap sihat serta ceria bersama keluarga tercinta. InsyaAllah, rahmatNya sentiasa bersama kita dan semoga kita menyedari dan menghargainya. :)

    BalasPadam
  9. Salam kakcik....

    kura-kura memakan ikan,
    kelah tak sama siikan gelama;
    3 perkara itu tidak ditinggalkan,
    itulah yg akan dibawa bersama...

    bukan saja tiada pembantu,
    sendirian tanpa teman kelamin;
    di dalam kubur yatim piatu,
    hanya amalan menjadi penjamin.

    Kakcik, dosa kita kepada Allah dikatakan mudah mendapat keampunan melainkan syirik dan derhaka kepada kedua ibubapa, namu dosa kpd sesama manusia itu...

    Jasa dan amalan Imam Ghazali itu, subhanallah kan kakcik sehingga terlupa utk menikmati kehidupan beristeri....namun diriwayatkan, penyebab beliau dimasukkan ke dlm syurga cuma kerana....seimbas rasa belas dan ikhlas terhadap seekor lalat! Penilaian manusia tak sama dgn penilaian Allah terhadap hambaNya...jadi janganlah kita sesekali berani ingin mengambil alih tugas hakiki Allah iaitu sebagai penjatuh hukum sesama kita....sdgkan ada ketikanya tegur menegur pun boleh membawa benacana hehee...dan saling bercakaran, kita semua sama di sisi Allah melainkan amal soleh yg membezakan...

    Very nice n3 di pagi Jumaat ini, sentiasa menyedarkan diriku yg masih tercari-cari...

    Salam Jumaat penuh barkah buatmu kakcik syg. - Q

    BalasPadam
  10. kakcik...semoga ALLAH SWT panjangkan umur combi dan diberi kesihatan yg baik kerana masih ada lagi yg belum selesai didunia ini sebelum combi menutup mata.

    jodoh,ajal maut telah ditetapkan ketika kita lahir ke dunia lagi.

    BalasPadam
  11. Salam Q...

    melur setaman harum mewangi
    dihiasi cahaya tanpa berapi
    tiga perkara moga mengiringi
    saat jasad kaku dan sepi

    indahnya songket hasil tenunan
    jangan rosakkan dengan penyemat
    disoal malaikat kiri dan kanan
    moga amalan jadi penyelamat

    Allah tidak akan terlepas memandang kebaikan biarpun hanya sebesar zarah dan Dia juga tidak terleka dek dosa yang sekecil hama yang kita lakukan...

    Mudah2an perginya kita tidak membawa bersama amalan yang tergantung dek dosa sesama manusia yang tidak terampun!

    Kita tak tahu andai kata-kata kita yang tak bermaksud apa-apa boleh mengguris hati orang hingga menyebabkan mereka berdendam....

    BalasPadam
  12. Salam Combi...

    terlalu banyak kekurangan diri yang kakcik rasakan sedangkan usia kian terhakis. Seperti Combi juga, banyak lagi yang belum selesai buat diri kakcik yang serba kurang ini...

    BalasPadam
  13. Salam Pn Dr...

    saatnya akan tiba buat kita....

    BalasPadam
  14. Kakcik...biarlah kalau ada org berdendam kat kita...janji kita tau niat sendiri...kita tak akan pernah mampu menyelam ke dasar hati org lain, begitu juga org lain terhadap kita, soal hati hanya milik Dia.

    Kita buat jer apa yg sepatutnya kita buat, sedaya kita yg lemah ini...

    tapi kan kakcik kan....paling senang nak masuk syurga ialah para isterilah....jaga solat, jaga puasa dan taat pada suami selagi tidak membawa kpd kerosakan..
    saya percaya solt dan puasa kakcik ok...cuma malam tadi ok tak? hahaa...don't play-play...
    gurau pg Jumaat kakcik, ngeh3 - Q.

    BalasPadam
  15. kakcik, saya ni kan, komen kat sarang sendiri tak terjawab, pepagi dah menebeng kat rumah org...heh heh

    best lar menebeng kat kakcik, fresh minda...tenkiu I luv u - Q.

    BalasPadam
  16. Salam Q...

    luv you too...

    malam tadi??? ermmmm.. Kami pergi makan-makan (kami tu maksudnya kakcik, suami dan anak-anak..hehehe..) di Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa. (Sekarang kakcik rasa 'letih' la nak buat catatan pasal pergi makan-makan..). Balik ke rumah... don't play-play youuuuu... I terus tidur! Pagi tadi I bangun sebelum 4.00 pagi untuk bereskan apa yang belum beres! ;-)

    Semoga Q tak jemu menebeng kat rumah kakcik yang tak ada sarapan pagi ni... lalala...

    Soal hati?? hmmm.. betul kata Q.. serahkan saja pada Dia Yang Maha Mengetahui...

    BalasPadam
  17. salam.

    kenapa kakcik kata begitu ? ia membuat saya juga turut merasa sangat kekurangan dari segi persiapan untuk ke sana. apa yang ada pun mungkin tidak memenuhi piawaiaanNya.

    BalasPadam
  18. Salam Kanda AL...

    hari demi hari, saya rasa saatnya makin hampir.. tapi saya tidak juga menyiapkan bekalan yang secukupnya sebagaimana saya mempersiapkan makanan untuk mengenyangkan perut yang sentiasa minta diisi...:(

    BalasPadam
  19. insaf saya kak cik...harap2 kita semua mempunyai 3 perkara itu..

    BalasPadam
  20. Salam SN...

    harap2nya begitulah. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  21. slm kakcik..
    'bila izra'il datang memanggil..
    jasad terkujur di pembaringan..'

    TQ for reminding kak.. :)

    BalasPadam
  22. Salam AzeedA...

    sama-sama saling ingat mengingatkan.. :)

    BalasPadam
  23. ya allah kak cik ...insaf angah sebagai umat kak cik...

    mudah2an...

    BalasPadam
  24. Salam Angah...

    kalau baca laju2, seolah-olah Angah tulis ...sebagai umat kakcik... Tapi kakcik faham maksud Angah tu. :)

    Astaghfirullahhil'azim...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com