ada pokok yang tumbang
jalan pun jadi terhalang
terpaksa pula berundur ke belakang
mujur tiada kenderaan yang datang
sampai ke rumah pastinya lewat
mujur telah sedia bersolat
kelam kabut itu ini hendak dibuat
bimbang hendak memasak tidak sempat
anak pulang pastinya lapar
menonong terus menuju dapur
hanya ada nasi berasap
bersama ikan masak kicap
Alhamdulillah masih ada rezeki
tidak perlu berteka teki
bagaimana mereka yang tiada apa-apa
sudahlah dingin menanggung lapar pula
Ada tak yang dapat meneka apakah nama tempat ini? Nota hati : tidak dapat bersiaran dari rumah sejak petang semalam kerana talian internet sudah jadi 'gila' :( |
Assalamu'alaikum kakcik,
BalasPadamPagi ini pergi kerja hujan juga
gelap macam nak tidur saja
ape benda tu tak dapat teka
kalau di Johor rasanya tak ada
Wa'alaikummussalam Kakzakie...
BalasPadamPagi ini masih hujan dan dingin
seawal Subuh kakcik dan suami membelah angin
kalaulah tidak perlu ke tempat kerja
mungkin dalam selimut masih berada... :)
Tempat itu bukan di Johor adanya...
hoih~~seb baik makcik tak apa2~~da tu sampai rumah kul brapa?
BalasPadambujal...
BalasPadammakcik sampai idaklah lewat sangat. Pakcik tu kalau jalan sesak mulalah dia cari jalan pilihan lain. Alhamdulillah, jam 6.10 petang makcik dah sampai rumah. :)
masjid jamek?
BalasPadameelobor...
BalasPadambukan Masjid India ke??? Hehehe...
betulllllll.... :)
salam kakcik...
BalasPadammungkin suasana ketempat kerja ummi tak rasai coz ummi dok rumah jer...
ya jawapan yang sama dengan eelobor...heheheh
BalasPadamKAK CIK, sejak petang semalam lagi ujan lebat sangat, lengkap kilat petir guruh. Seriau.
BalasPadamTapi adat ler budak2, lapar jer manjang time2 ujan nih.
Tapi, kalu dapat makan meggi panas2 best, kan?
assalamualaikum kakcik...
BalasPadamkerap sangat ke pokok tumbang di kawasan kakcik..nampaknya pihak majlis kne kerja round lama cikit kot huhuhhh
Ummi...
BalasPadamw/salam. Kakcik ni tak tahu sempat ke tidak nak merasa duduk di rumah tanpa perlu ke pejabat lagi... :)
AKT...
BalasPadamwah! pernah solat di situ, ya? :)
Azie...
BalasPadamsesekali makan megi memang sodap! :)
Pagi ini pun masih hujan - rasa nak tarik selimut je!
Wa'alaikummussalam Sahrom...
BalasPadampokok tumbang tu berhampiran kawasan Tugu Negara, bukan dekat rumah kakcik. :)
Assalamualaikum,
BalasPadamPokok itu sujud...patuh kehendak ilahi....kita macamana pula?
oklah tu kak cik masih sempat memasak, ina hanya singgah di tepi highway makan lempeng kelapa cicah kari....
BalasPadamgambar tu macam kat masjid jamek je...
Wa'alaikummussalam Myri...
BalasPadamkita sering alpa. Meminta hanya bila sengsara... :(
ish..sib baik tak kena kereta ye..
BalasPadamJunAina...
BalasPadamtiba2 kakcik rasa nak buat lempeng pulak untuk makan dengan kari. :)
Mujur anak2 kakcik tak banyak karenah. Ada nasi dan sejenis lauk yang berkuah/sambal, sudah cukup buat mereka. Selalu makan sedap, sesekali eloklah mereka sedar diri, kan? :)
PB...
BalasPadamsyukur Alhamdulillah, tiada kenderaan atau jiwa yang terlibat. :)
wah kakcik kalau bab seloka memang terror..best baca hehe
BalasPadammusim hujan ribut ni kena lebih hati-hati apabila memandu..
qemaishak...
BalasPadamhujan dan angin - kombinasi yang boleh mendatangkan bahaya yang tidak terduga. Semoga kita semua dalam perlindunganNya. InsyaAllah.
hujan........asalkan dapat pulang dengan selamat
BalasPadamPM...
BalasPadamsyukur Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan untuk hidup selesa olehNya. :)
petang semalam ada jugak pokok tumbang kat area RHB - jalan tun razak
BalasPadamjam teruk - iols kuar opis pukul 6:15 petang sampai umah pukul 9 malam!
miloais...
BalasPadamsuami kakcik juga melalui jalan itu. Mujur juga dia sampai ke pejabat kakcik sebelum jam 6ptg. :)
as salam kakcik,
BalasPadamjalan di ampang ke tu?
mcm jln nak ke KDE saje..
wah rmh kakcik di sana ke
^_____^
Ati...
BalasPadamitu jalan menuju ke Tugu Negara. Berhampiran pejabat kakcik. :)
kakcik
BalasPadamkat sini pun berlaku pokok tumbang. Kalau boleh, tak mau ada aktiviti petang bila hujan cam tu sebab adalah tersangat takot bila driving dlm hujan hingga ke jajahan kanda deris sana.
as salam kakcik
BalasPadambahaya ada di mana2 kan
kena sentiasa peka dan berhati2
di jlnan ~
gara-gara pokok yang tumbang
BalasPadamhati kakcik menjadi walang
tiada dapat bersiaran sejak petang
semoga cepat pohon tumbang itu dibuang
:D
CS...
BalasPadamkakcik rasa pihak berkenaan kena selalu memantau pokok2 besar yang banyak di tepi jalan demi untuk keselamatan pengguna. Jangan dah tumbang dan ada yang jadi mangsa, barulah nak kata itu ini.. kan?
w/salam manje...
BalasPadamiya, malang tidak berbau. Semoga dapat kita cegah sebelum ada yang parah. :)
h4ni3...
BalasPadampohon yang tumbang mungkin telah dibuang, tapi talian yang tersangkut apakah masih berserabut? :(
line internet saya kat rumah pun dah ditamatkan perkhidmatannya..sedang berkira2 nak cari yg lain..sbb tu jrg dpt BW ke blog kakcik dan lain2..tsk!
BalasPadamFuyoo bahaya gile pokok tumbang cemni.. seb baik xdak keta lalu lalang..
BalasPadamzu
http://www.zuwairiaiman.com
MDT...
BalasPadamdi rumah kakcik tu bukan ditamankan perkhidmatan tapi mungkin terkena panahan sewaktu hujan dan petir semalam. :(
salam kak cik..
BalasPadamaduh bahaya nya pokok tumbang di tengah jalan.mujur la x ada kereta yang lalu.
Kakcik,
BalasPadamKawan yang ke KLCC ptg semalam mengamuk-ngamuk call semalam. Dia kata sudah half an hour congested dlm basement. Rupanya ada ribut dan pokok tumbang ye di Jln Tun Razak.
Pic tu mcm di Masjid Negara je..
bobhandburry...
BalasPadamkalau ada yang cedera atau maut, mungkin baru dianggap bahaya, kalau tidak semua buat tak peduli sahaja....
Amy...
BalasPadamkat jalan yang kakcik rakam gambar tu, tak banyak sangat kereta lalu lalang sebab jalannya sempit dan agak bengkang bengkok. Tapi, kalau ada kereta terhempap, akan mengakibatkan kesesakan yang teruk juga...
Sephia...
BalasPadammemang petang semalam suami kakcik dah minta kakcik cari pilihan lain untuk balik sebab dia tersangkut dalam kesesakan akibat pokok tumbang di Jln Tun Razak. Mujurlah tak lambat sangat dia tiba untuk menjemput kakcik.
Itu gambar pagar Masjid Jamek KL. :)
Salam kakcik....
BalasPadamandai kita fikirkan sejenak
jalan itu bak hidup nan terbentang
jika pagi laluannya enak
siapa duga petangnya halangan melintang
demikian kita sentiasa diuji
siang dan malam petang dan pagi
hendaklah sentiasa berhati-hati
moga keselamatan sentiasa dipagari
kasih ibu tiada batasan
hujan dan ribut bukan halangan
sampai masa anak dan suami pasti didulukan
walau mungkin diri sendiri kelaparan
pada yang tiada kita doakan
biarlah semuanya cukup makan
demikian takdir sudah suratan
nasib kita berbeza pinggan
pokok tumb...eh, dah cukup! naik kontot jariku mengetuk kibod tiapkali tersepit kat ruang komen ni.nanti nak colek sambal belacan pun tak boleh sampai, dah babai.
KAK CIK:0
BalasPadamSELAMAT HARI WANITA:)
w/salam Q...
BalasPadamberuntunglah kita yang kurnia deria
ditambah dengan jiwa yang perasa
dapat mengerti perjalanan masa
yang adakalanya kita terleka
hidup ini ada rintangan
tidak semua selesa berjalan
redhalah kita ketentuan Tuhan
ada kenikmatan di sebalik ujian
apalah erti seorang isteri
jika tidak menjaga perut suami
apalah makna seorang ibu
andai anak kelaparan selalu
nasib kita tidaklah sama
bergantung juga usaha dan doa
semoga kita beringat sentiasa
untuk mensyukuri kurniaan Yang Esa...
Kakcik tak terlawan kata kiasa Q (bukan niat untuk berlawan pun), tapi kata-kata Q sentiasa kakcik nantikan. :)
CGG...
BalasPadamSelamat hari wanita juga, dik. :)
haah kak...petang2 skrg selalu hujankan...saya risau kalo sangkut dlm jem terlambat pulak sampai sekolah amik syira huhu
BalasPadamTak salah, tempat itu, pernah mandi air sabun. Haha
BalasPadambila lapar? Kak chik So what?
Mimi...
BalasPadamKalau petang memang jalan sesak. Bertambah sesak bila semua orang berebut2 bagaikan dikejar sesuatu...
Zeq...
BalasPadammqndi air sabun atau air racun? ;-)
Bila lapar? Makanlah. Kalau tiada makanan, bersabarlah... :)
Kak Cik - Boss kita cakap, kalau hujan pagi, tak yah pergi keje. kalau hujan petang, tengahhari balik rumah. Tapi kalau ada meeting, hujan ribut taufan sekali pun, tetap kena datang.Best kan boss RR. Suka hati dia je kan.
BalasPadamRR...
BalasPadamWah... bestnya dapat boss macam boss RR tu. Ada kerja kosong untuk bancuh teh tak kat sana? :)
salam kak cik..lebat nya hujan sampai ada pokok tumbang..
BalasPadamsebut kata bersyukur ..teringat seorang anak murid sy..2-3 hari lepas saya baru tahu..kenapa dia sering tak datang sekolah..rupanya time tak datang tu..dia pergi buat kerja cari duit belanja..sedih kak..
Alhamdullilah kakcik selamat...
BalasPadamTu macam gambar dalam masjid aja...ataupun di bangunan sultan abdul samad...
Bila tak boleh bersiaran,kita pun jadi tak keruan. Kan kak ? Terfikir kawan2 yang selalu menyapa dan beri komen.
BalasPadamSuri...
BalasPadambukan setakat dalam drama, di realiti kehidupan memang ada yang terpaksa 'mengorbankan kehidupan untuk memberi kehidupan'. Kita memang perlu bersyukur dengan apa yang kita ada, dan sepatutnya kita boleh berkongsi sedikit dari rezeki kita dengan mereka yang sangat memerlukan...
Dr DZ...
BalasPadamAlhamdulillah. Allah masih memberikan peluang untuk kakcik hidup di dunia ini. :)
Gambar itu adalah pemandangan ke dalam Masjid Jamek, KL. :)
Reen...
BalasPadamsyukurlah pagi ini talian telah pulih seperti biasa. :)