Kawan-kawan kakcik

Isnin, 20 Januari 2014

'Adik makan nasi orang miskin'...

Nasi yang BS tak lalu nak makan...
Semalam, beras yang biasa kumasak telah kehabisan.  Yang ada cuma 'beras mahal'.

Aku tahu bahawa Budak Sepet 'tak boleh hidup tanpa nasi'.  Lalu aku masak juga beras tersebut.  Angah minta buatkan nasi goreng.   Dia (Angah) dan Bangcik makan tanpa soal.   Boleh bertambah lagi.  Budak Sepet makan tak habis.

Aku fikir dia sudah kekenyangan.

Kemudian aku masak lagi nasi putih.   Lepas Maghrib, aku tanya BS nak makan tak?  Dia nak makan dengan lauk telur hancur.

Bila siap, aku duduk tunggu dia makan.  Nampak dia tak berselera.

Aku kata 'Adik tahu tak beras tu mahal?'

Spontan dia menjawab,  'Adik makan nasi orang miskin je.  Adik tak suka nasi panjang.   Adik suka yang pendek'.

Alahai anak....

Mungkin mak kena cari beras ST15% yang telah diumumkan oleh Kerajaan hanya untuk orang miskin itu. 

Mak tahu, Adik faham bahawa kita ini memang pun orang miskin - orang kata 'miskin bandar'...

58 ulasan:

  1. Adik suka beras biasa. Beras ni bila jadi nasi minyak baru adik suka rasanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memilih juga budak Adik ni. Nasi pun dia lebih suka nasi putih je...

      Padam
  2. beras mahal tak tertelan dek tekak mak...same la dgn izwa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak terpaksa makan bila anak tak nak makan. Sayang kalau nak dibuang... huhuhu

      Padam
    2. Beras mahal makan tak kenyang.

      Padam
  3. beras pendek jugak jadi pilihan....

    BalasPadam
  4. Samalah yang kat rumah ni ... tak nak dia orang beras yang panjang2 tu ...

    BalasPadam
  5. Saya pon tergolong dlm golongan miskin bandar tu. Tak pernah beli beras mahal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat rumah tu dapat subsidi, tu yang boleh beli. :)

      Padam
    2. beras mahal cuma rm30 semalam di aeon big putrajaya sempena raya cina

      larat beli 3 kapit je 10 kg each

      Padam
  6. Baguslah tu,dia tak hipokrit mcm kebanyakan orang kita yang hari-hari makan kat mcD dan KFC konon -konon banyak duit walhal gaji tak pernah cukup.Kata orang,biar papa asal bergaya.
    Sebenarnya cara hidup yang menyebabkan kita tak pernah cukup duit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak2 kena diajar bahawa ibubapa mereka bukan sentiasa mampu dan ada ketikanya langsung tak mampu...

      Padam
    2. mc d n kfc makanan orang miskin bandar now

      secret recipe n etcs baru kaya

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  7. Alahai adik dah dpt beras grade baik nak pulak yg pendik-pendik ye.
    Beras panjang tak bekanji kakcik tapi yg pendik mungkin berkanji itu yg adik suka.

    BalasPadam
  8. Boleh pula keluar ayat mcm tu ;) baru beli beras org kaya walaupun miskin bandar hehe. Sekali sekala nk rasa jd org kaya ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya kita orang makan nasi dari beras siam wangi. :)

      Padam
  9. cheqna pun tak leh telan beras mahal ni...x tau kenapa..
    suka beras nagasari =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beras ni sesuai untuk buat nasi beriani je kot. :)

      Padam
  10. sungguh panjang itu beras...huhu..memang pelik makan nasi putih beras panjang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam kalau letak kuah pun tak serap, kan? :)

      Padam
  11. beras yg dah biasa makan ari2 tu la yg sodap.

    BalasPadam
  12. pandai gak budak2 membezakan nasi orang kaya dgn nasi orang miskin ye..
    beras org kaya ni pn sy xbape blh telan..dah terbiasa dgn beras berkanji..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selera orang kita memang macam tu kot. :)

      Padam
  13. Budak2 kat rumah tu tak kisah kak..saya beli mahal murah janji nasik...cuma yg berkanji lebih dan lembik mereka tak lalu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berbanding abang2nya, Adik memang tak boleh kalau tak makan nasi dalam sehari. Mungkin sebab itu dia agak memilih jenis nasi. :)

      Padam
  14. st15% - miskin TEGAR nih :P

    sebab beras pendek rm25

    mahal nya lak 2 kali ganda

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya tiada apa yang betul2 murah sekarang. Atau sebenarnya nilai wang kita kian kecil...

      Padam
  15. Masa mengandungkan dak Nuha saya teringinkan nak makan nasi dari beras mahal.. hari-hari makan nasi dari beras mahal.. tapi sekarang takdelah.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dak Nuha boleh makan nasi dari beras murah tak? :)

      Padam
  16. pB tak suka makan beras wangi.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beras siam yang kakcik makan tak ada bau.

      eh! Ye ke namanya siam wangi? Hehehe

      Padam
    2. beras wangi tak perlu lauk. dah jimat. contra :P

      Padam
  17. samalah kak chik disini kalau yang panjang2 ni sumaiyyah cakap... "mama nasi pendek dah habis ke"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maknanya, beras panjang tu memang tak ngam untuk dimakan sebagai nasi putih, kan? :)

      Padam
  18. hahahahha dana pun tak penah beli beras mahal yg panjang2 tuh kak... kalu nk bt makan hari2... botak kepala nk carik duit kakcik oi heheheh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suami kakcik dapat harga subsidi, murahlah sikit. Tapi nak tunggu isterinya masak nasi beriani atau nasi minyak, alamat berkulatlah beras tu! :)

      Padam
  19. kat rumah mak saya pun kalo masak beras panjang tak laku... abang saya kata tak nikmat & tak kenyang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila kakcik buat nadi goreng, ianya lebih laku berbanding nasi putih. :)

      Padam
  20. assalamualaikum kakcik....betul tu kalau nasi bryani sedap kalau mkn biasa mcm lain jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. Kakcik tak pandai masak nasi briyani...huhuhu

      Padam
    2. kadi kluang boleh tolong ajar kan ;)

      better belajar "sebelom" terlambat :P

      Padam
  21. Salam Kakcik....mmg beras pjg tu mahai,pandai Adik ya..'mkn nasi org miskin'

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Adik tu memang banyak cakap. Kadang2 tak terjangka apa yang dia nak kata. :)

      Padam
  22. sy penah jg beli beras mahal tp x berapa nk kenyang...x pe la beras hancur janji perut berisi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la, mungkin sebab ia tak berkanji jadi kita rasa macam tak kenyang je, kan? :)

      Padam
  23. Assalamualaikum Kak Cik

    BS belum biasa makan beras tu lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. Elok juga dia tak pandai makan, susah mak ayah dia nak beli selalu nanti...hehehe

      Padam
  24. is jugak xpernah makan beras panjang2 tu (^___^)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat rumah ni sebab suami dapat harga subsidi, bolehlah beli sesekali dlam setahun....:)

      Padam
    2. apa kata kak cik "belikan" untok kami

      nanti kita bagi extra lah... kira salah guna kuasa tak nih? jika ya, tak perlah.

      Padam
  25. Alahai anak2 ida pun tk suka beras panjang2 ni kakcik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik sendiri pun tak suka, tapi makan je kalau pilihan tak ada. :)

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com