Kawan-kawan kakcik

Rabu, 2 Mac 2011

Pesanan buat anak-anak lelakiku...

bila suatu hari nanti kamu beristeri
ingatlah bahawa isterimu bukan abdi
padanya kasih wajib kau beri
nafkah zahir dan batin jangan sesekali kau pandang sepi

walau telah banyak wang kau keluarkan
isterimu sama sekali bukan hamba tebusan
bila langkah tidak seiringan
bukan bermakna kau harus mencari persimpangan

isterimu mungkin bukan pilihan hati
tapi dia jodohmu yang ditentukan Ilahi
belajarlah untuk saling mencintai
bukan kesalahan yang sengaja dicari-cari

kalau dia memang yang kau pilih
janganlah suatu hari nanti kau mula berdalih-dalih
rawatlah segala luka dan pedih
mekarkan kasih sehingga pulih

bila sudah hidup bersama
kongsikan segala suka dan duka
jalankan tanggungjawab besama-sama
bukan hanya tahu mengarah sahaja

kalau kalian sama bekerja
jangan kau cuba menjadi raja
bantulah tugasan di rumah sepenuh rela
agar isterimu boleh merawat dirinya

jangan nanti kau mencebik-cebik
kononnya isterimu tidak lagi cantik
sedang penatnya tak pernah kau telek
hanya yang kau tahu memekik-mekik....



Ini ayah kepada anak-anakku yang setakat ini dapatku rasa kasihnya buatku walau tidak pernah dinyatakannya secara terang-terangan.




86 ulasan:

  1. Salam Kakcik;

    Bunyinya... macam dah nak terima menantu jer... hahaha...

    Tapi bila terpandang Cik Abang segak bersongkok dengan baju melayu... macam nak terima Payung Siti Fatimah pulak dah..

    Hahaha... gurau senda di pagi Rabu... jangan mareeeee...!!!

    BalasPadam
  2. as salam kakcik..

    selamat pagi...

    mendalam pesanan kak cik tu
    mmg sesuai utk para suami dan bakal suami

    renung-renungkan...

    BalasPadam
  3. sesuai utk tatapan anak2 kita yg dah makin meningkat remaja

    BalasPadam
  4. Semoga bujang-bujang kakcik mendapat jodoh yg terbaik dan menjadi khalifah dlm keluarga yg dibina.

    Along bila nak berdua? :)

    BalasPadam
  5. Salam kakcik..
    kadang suami isteri dah molek bekerjasama dan berkasih sayang, mentua dan iparduai pulak buat hal...
    tak jemu-jemu mencucuk jarum, kurang jarum di asah sembilu..tak dapat tanduk telinga dipulas..

    tapikan kakcik...
    madah indah kakcik tu macam nak kenen-kenen kat lelaki berbaju hijau pucuk pisang tu jer...
    heh3...

    BalasPadam
  6. Isa...

    Salam kembali. Kakcik belum nak bermenantu lagi. Along tu walaupun ada 'gurau-gurau' tentang nak beristeri, tapi kakcik pesan siapkan dulu wang yang culup dan keprluan asas yang lain.

    Kakcik pernah juga 'kenen-kenen' kat Cik Abang tu kot ada keinginan - tapi setakat ini dia kata 'pakailah yang ada sampai REPUT'... hehehe...

    BalasPadam
  7. Ati...

    sejahtera atasmu juga. Kakcik tengah tak ada ilham ni - apa yang terlintas je kakcik coretkan tu. :)

    BalasPadam
  8. Mamasyaza...

    adakah anak2 yang mahu membaca pesanan kakcik itu? ;-)

    BalasPadam
  9. KakZakie...

    InsyaAllah - mudah2an.

    Along belum 'cukup syarat' lagi nak jadi suami.. :)

    BalasPadam
  10. Q...

    salam kembali. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati pasangan suami isteri yang sentiasa berkasih sayang dan taat serta patuh padaNya. Allah tidak pernah lupa pada janjiNya. Setiap perbuatan sama ada baik atau buruk, tetap akan ada balasannya.

    Tentang lelaki berbaju hijau itu - andai tersurat jodohnya bukan satu, kakcik kena menerimanya. (*_*)

    BalasPadam
  11. betul ker kakcik? waduuuhh...
    tapikan...kenapa mata yg dalam kurungan tu macam terbontang aka ala-ala dah khatam jer...

    BalasPadam
  12. mulut dia pulak macam hiway...atau one way..atau nak cakap no way!

    eheh3..

    BalasPadam
  13. alahai kak..besh la entry ni kaseh linkkan kat blog kaseh buleh?

    BalasPadam
  14. assalamualaikum kakcik..

    terima kasih atas peringatan ini..ia sangat berguna...

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum kakcik,
    Beruntung menantu kakcik nanti sebab anak-anak kakcik telah diajar untuk mengasihi isteri dan bertanggungjawab........

    BalasPadam
  16. terus saya menangis insaf~

    tq makcik~~

    BalasPadam
  17. Q...

    sejujurnya, kakcik memang pernah berkali-kali bercakap dengan suami tentang 'hal itu'. Tambahan bila kakcik sering sakit.

    Mata tu bukan terbontang - tapi 'berkedip2' (tak nampak pulak kedip2nya tu) hehehe....

    BalasPadam
  18. Q...

    sejujurnya lagi - TERsangatlah susahnya mencari perempuan yang tidak akan mengatakan 'no way' - tapi kita juga ada agama - takkanlah kita hendak mengharamkan yang halal lalu merelakan yang haram dihalalkan atas keegoan kita untuk berkata 'tiada yang boleh berkongsi hak aku' sedangkan diri kita pun bukanlah hak kita yang mutlak. Betul tak...betul tak.... hehehe....

    BalasPadam
  19. Kaseh...

    tentu sahaja boleh, dik. Silakanlah. :)

    BalasPadam
  20. Sahrom...

    wa'alaikummussalam. Sama-sama kasih. Sekadar satu coretan sahaja. Mungkin boleh direnungkan, mungkin juga tidak. :)

    BalasPadam
  21. assalamuailaikum kak cik...
    terharu saye bile membacenye...

    kalau saye ade anak lelaki akan pesan mcm ni jugak...

    BalasPadam
  22. Arizakiah...

    wa'alaikummussalam. Sebagai ibu, kita hanya boleh memberi panduan. Tapi rumahtangga anak2 bukanlah medan untuk kita 'menunjuk kuasa'. Biarlah mereka melayarkan bahtera mereka tanpa gangguan badai dan gelora dari pihak mertua mahupun ibubapa. :)

    BalasPadam
  23. bujal x...

    kamu suami yang baik, kan? :)

    BalasPadam
  24. Ainnoraini...

    wa'alaikummussalam. Kita sentiasa inginkan yang baik untuk anak2 kita. :)

    BalasPadam
  25. selamat pagi kakcik

    alhamdullilah, berpesanlah agar anak-anak kita tak alpha akan perngorbanan seorang wanita yang bergelar isteri

    terima kasih moga-moga dgn entry ini...ramai lelaki buka mata dan hati

    BalasPadam
  26. Ayu...

    selamat pagi. Isteri juga kena tahu kedudukannya dan keutamaan seorang suami selagi sang suami tidak menyimpang dari jalan yang diredho Ilahi. :)

    BalasPadam
  27. Acu...

    hanya pesanan dari seorang ibu.

    Dah double check ke persiapan Acu untuk kembara itu? :)

    BalasPadam
  28. kakcik bakal menjadi seorg mentua yg baik..

    BalasPadam
  29. salam kakcik.
    :) satu pesanan yang ikhlas dari seorang ibu,
    :)
    sukanya baca

    BalasPadam
  30. Jika kacakmu, jgn goda remaja luar sana..aduhai lelaki.

    "Ehem bakal menjadi rubutan haha,ayah sapa ni?"

    BalasPadam
  31. salam kakcik..

    bestnye dapat mak mentua mcm kakcik..heheh

    BalasPadam
  32. Hamizah...

    mudah2an begitulah. Jangan pula nanti menantu ambil kesempatan! hehehe...

    BalasPadam
  33. intan.maisarah...

    salam kembali. Terima kasih kerana suka membaca coretan kakcik dan sudi ikuti blog ini. :)

    BalasPadam
  34. Zeq...

    siapakah yang bakal menjadi rebutan itu? ;-)

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum...

    Pesanan yang sangat berguna, akan saya ingat sentiasa

    BalasPadam
  36. assalamualaikum,

    suka saya membaca coretan akak. saya belum ad anak lelaki lagi, tapi andainya saya sau hari nanti, akan saya pesankan sama seperti ini.


    p/s- saya kongsi coretan akak di blog saya ya

    BalasPadam
  37. Ustaz Abdul Razak...

    Wa'alaikummussalam. Hanya pesanan dari seorang ibu terhadap anak-anaknya. Semoga mereka tidak lupa. Terima kaksih kerana Ustaz turut sudi membaca dan menerima pesanan itu. :)

    BalasPadam
  38. Anggun...

    wa'alaikummussalam. Terima kasih kerana sudi membaca coretan kakcik. Kobngsikanlah mana yang baik. :)

    BalasPadam
  39. pesanan kak cik ni
    saya nk gak sampaikan pada 3 org hero saya itu..

    tenkiu kak cik..

    *somi saya pun bukan sentimental type..tapi saya pun tahu..dia amat sygkn saya..ehehehe

    BalasPadam
  40. SN...

    kebanyakan suami memang tidak menunjukkan kasihnya kepada isteri secara terang2an, tapi sebagai isteri kita sendiri dapat menilaikan.. :)

    BalasPadam
  41. salam kak chik...

    terharu dgn coretan kakchik...insyaAllah kak chik bakal menjadi mentua yg disenangi menantu...

    BalasPadam
  42. Wati...

    salam kembali. InsyaAllah, mudah2an kakcik dan menantu nanti boleh menjadi sahabat karib. :)

    BalasPadam
  43. as'kum ibu

    air mata saya menitis bila membaca coretan ibu.

    kalaulah..kalaulah..

    mmmm

    BalasPadam
  44. mendalam maknanya N3 ni..pasni kakcik leh la bukukan semua puisi kakcik ni :)

    BalasPadam
  45. Kakcik
    mohon copy sajak ni ya..buat anak lelaki saya yang akan berumah tangga april ni...

    senang sekali membaca nya...hehehe

    BalasPadam
  46. Azween...

    w'salam. Kenapa sayang?? Meh menangis kat bahu ibu - ceritakan mengapa. Bukan kerana ibu nak masuk campur, cuma mungkin boleh meredakan sesak di dadamu...

    BalasPadam
  47. MDT...

    dulu pernah juga kakcik failkan puisi2 kakcik, tapi entah sudah ke mana menghilangnya...:)

    Kenapa kakcik tak boleh nak tinggal komen kat blog MDT? :(

    BalasPadam
  48. Kak Ezza...

    silakanlah. Mungkin boleh juga menjadi renungan kepada anak Kak Ezza. :)

    BalasPadam
  49. untuk along dan anak2 kakcik yang lain sebab dapat ibu macam kakcik... :)

    BalasPadam
  50. gB...

    untuk ke untung? hehehe...

    Kakcik bukanlah ibu yang sempurna.

    BalasPadam
  51. as'kum

    bagaimana mahu terus berchatting dgn ibu tanpa org lain tahu?

    BalasPadam
  52. azween...

    boleh guna YM ibu. Cuba taip dan add kakcikseroja. Ibu tak suka bukak fb. Kalau malam, ibu memang tak buka YM. :)

    BalasPadam
  53. untung...


    typo

    parah dah jari gb ni hihihi~

    tiada org yg sempurna kakcik, tapi saya tau kakcik berusaha jadi ibu terbaik. :D

    BalasPadam
  54. gB...

    walaupun tak sempurna, mudah2an kakcik dapat menjadi ibu yang disenangi dan disayangi anak2...:)

    Suatu hari nanti, InsyaAllah kakcik nak buat catatan yang tidak diedit untuk menunjukkan betapa jari dan fikiran tidak selari...
    ;-)

    BalasPadam
  55. kak chik memang mesra alam,
    walaupun tanpa pic slim putih pic KACAK,berketul2
    ramai yang view
    sempat balas komen lagi..


    daya penarik bukan pada gambar..kan

    BalasPadam
  56. AAP...

    terima kasih kerana tetap sudi singgah... :)

    BalasPadam
  57. Zeq...

    ada waktu kakcik punya masa, ada ketika, kakcik bagai tersekat dek halangan yang entah apa-apa...:)

    Gambar hanya tatapan mata - kadang2 tidak membawa makna....

    BalasPadam
  58. saya rasa macam pernah jumpa la suami kakcik ni..tapi tak ingat dimana

    BalasPadam
  59. Dr DZ...

    dia pernah singgah kat klinik Dr kot! :)

    BalasPadam
  60. ia hanya sebagai tatapan buat anak2 tapi bukan tuk salah ertikan oleh org lainnnnn

    BalasPadam
  61. Angah...

    kalau bapa2 nak ambil perhatian, mungkin bagus juga. :)

    BalasPadam
  62. salam kak cik..
    mendalam ayat kak cik tu.. boleh la di jadikan panduan untuk golongan lelaki..

    BalasPadam
  63. ibu qaleesya...

    bukan mudah menjadi ibu yang dapat mendidik anak2 dengan sempurna... :)

    BalasPadam
  64. Baik 'Mak'... cik... eh eh...Kakcik koh koh koh koh

    BalasPadam
  65. k.cik...
    lelaki selalu dikaitkan dengan ego...itulah batu penghalang paling besar buat mereka.

    BalasPadam
  66. Assalamualaikum Kakcik,

    Satu nasihat yang sangat dari seorang ibu kepada anak lelakinya.

    BalasPadam
  67. kadang2 org lelaki ni susah nak tunjuk kasih syg ni kan kak cik..
    yang penting diorang tak abaikan tanggungjawab tuk keluarga.

    BalasPadam
  68. TRR...

    nak panggil mak pun tak mengapa - kakcik memang dah tua. :)

    BalasPadam
  69. JunAina...

    ego itu tidak akan ke mana2 kerana kita tetap hamba yang lemah semata2...

    BalasPadam
  70. Kunang-kunang...

    wa'alaikummussalam. Semoga anak2 masih boleh mendengar dan menerima nasihat dari seorang ibu yang mengharapkan kebaikan mereka...

    BalasPadam
  71. Qemaishak...

    sebagai isteri pula, janganlah kita terlalu mengada2 minta dimanja2, kerana sepatutnya kita lebih mengenali hati budi suami kita... :)

    BalasPadam
  72. bertuah anak2 kakcik...
    dan betuah juga bakal2 menantu kakcik...

    BalasPadam
  73. miloais...

    entah sempat entahkan tidak kakcik merasa bermenantu! :)

    BalasPadam
  74. ye, isteri bukan hamba abdi tetapi satu anugerah

    bunyi mcm nak dapat menantu jek. tapi bila tgk cik abe, mcm soalannya... "terima kasih kerana memahami". auchh.. jgn mare ye kakcik. gurau ajo..

    BalasPadam
  75. NM02...

    belum nak dapat menantu lagi. Cuma mencoretkan apa yang terlintas di hati. :)

    BalasPadam
  76. puisi kak chik sedap dibaca tp sarat dengan pesan & nasihat..tunjuk ajar la kami yg baru setahun jagung berumah tangga ni yer kak chik!tq

    BalasPadam
  77. Seronok sembang dgn Abg MUS. Dia peramah banyak idea gebang...hehehehe

    BalasPadam
  78. MamaYatie...

    kakcik bukanlah orang yang bijak pandai untuk memberi tunjukajar dan nasihat. Apa yang kakcik coretkan adalah apa yang lahir dari hati dan fikiran kakcik sahaja. Cuma, kakcik sering ingatkan diri kakcik bahawa dalam kita berumahtangga, sebenarnya tiada 'tempoh selamat'.

    Maksudnya, kita tak payahlah mendabik dada kononnya kita pasangan bahagia dan telah bersama sekian lama. Ujian akan datang tanpa mengira masa, seeloknya biarlah kita sentiasa waspada. :)

    BalasPadam
  79. Azie...

    Abg Mus tu memang macam tu. Ada2 sahaja 'akalnya', tambah2 kalau bab nak mengenakan orang. Kakcik risau juga kalau terkena orang yang tak biasa, nanti terasa hati pulak...

    BalasPadam
  80. Minta izin utk mengopi and paste utk anak2 bujang saya.. terima kasih

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com