Kawan-kawan kakcik

Rabu, 22 Januari 2014

Mak, Karma dah datang...

...ia datang berlenggang tanpa kuundang
ia tidak ketawa mahu pun tersenyum senang
ia datang dengan wajah yang garang
apa yang kubuat serba tak kena sekarang

Mak

bila kukenang-kenang
mungkin lama dulu ia sudah kutimang malam dan siang
tika itu mak membuang pandang
mungkin di hati mak sudah rasa tak senang
'sekarang ia kau timang, satu ketika nanti ia akan buat kau tak senang'

Mak

aku tak berdaya menghalaunya
aku juga tak ingin percaya akan kewujudannya
tapi bila ia telah berada di depan mata
penyesalan mungkin tak memberi makna...

18 ulasan:

  1. Balasan
    1. Abil jangan faham, nanti Abil pening! :)

      Padam
  2. kena ambik masa ... nak pikir sat ...

    BalasPadam
  3. karma itu datang dan bulat seperti bola.

    BalasPadam
  4. macam besar je masalah nya kakcik..

    BalasPadam
  5. Salam kak cik,saya rasa-sara mcm faham maksud N3 ni.
    Adakah maksudnya hukum karma?
    Apa sahaja yang kita buat kat mak/ayah kita ,suatu masa nanti Allah akan bagi kita rasa balik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya...Adik kakcik yang ini memang pandai mentafsir...

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  6. cuba memahami maksud tersirat disebalik yg tersurat...

    BalasPadam
  7. Mak...

    andai kata karma itu datang tanpa di undang....
    andai kata tahu ia kan pulang....
    biarkan dia berlegar seketika..
    kerana ia kan pergi jua....

    bertabah dan sabar mak yee...

    saya tak pandai nak menilai...
    kadang kala karma tu datang nak kutip hutang...
    hutang yang kita lupa bayar....
    betul ke...?!.. mak...

    BalasPadam
  8. Adakah kita bersedia menghadapinya?

    BalasPadam
  9. paham sikit2 tapi nak garu pale cam abil gak...:))

    BalasPadam
  10. saya taknak karma. saya nak kurma ayam. takde ayam, telur pun boleh, nyamnyam!

    BalasPadam
  11. Mak..

    masih belum terlambat..
    karma bukan diundang..
    tapi sekadar goncangan utk kita sedar..
    Mak,
    selagi hayat dikandung badan..
    selagi itu kita mampu mengubah..
    bukan sekadar alasan..
    bukan hanya rintihan..
    tapi yang perlu ada keazaman...

    InsyaAllah..
    moga Allah mudahkan urusan kita semua..
    moga kita lebih diberkati Allah dalam perjalanan menuju ke landasan yang benar..

    *saya peluk mak ketat2..*

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com