Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 24 Januari 2014

'Rambut pun boleh cicir?'...

Di suatu petang,  aku bersama suami, Bangcik dan BS keluar bersama dengan menaiki kereta.

Kami berbual santai tentang pelbagai perkara.

Aku berkata kepada suami 'rambut saya makin nipis sekarang.  Tak tahu entah ke mana cicirnya'

Tiba-tiba aku dengar ketawa kuat yang tidak boleh ditahan - tahan dari BS.  Sambil ketawa,  dia kata 'macamana rambut boleh cicir?  Mak keluarkan kepala kat tingkap kereta, lepas tu rambut mak cicir, ya.  Mak ingat rambut mak macam rambut Kak Mah ke?'

Lepas itu dia ketawa lagi dan bersambutan dengan ketawa Bangcik sehingga bergegar kereta yang kami naiki.  

Aduhai anak... tinggi imaginasinya...

12 ulasan:

  1. Rambut saya pun banyak cicir kakcik..kang kalu zaki dengar mesti dia pun pelik heheh

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kakcik...maksudnya rambut gugur yer kakcik bukan rambut jatuh...:)

    BalasPadam
  3. Bos saya pulak kalau kita sakit leher sebab tidur tak betul sesetengah panggil salah bantal kan? Bos saya cakap jatuh bantal. Lagi tak kena maksud.

    BalasPadam
  4. Hahaaa..mmg kelaka la kak, sbb akak ckp CICIR.

    Psst..saya tulis entri psl rambut gugur arini..:)

    BalasPadam
  5. Rambut gugur yea akak. Kalau macam tu kena jaga-jaga bagi rambut sentiasa sihat.

    BalasPadam
  6. rambut gugur...geli sgt hati BS berjangkit pulak ke BC...hehehe...anak2 ni ptg kita salah sebut sikit...jd bahan lah kita nnt...

    BalasPadam
  7. bkn duit atau brg ja boleh tercicir..:)

    BalasPadam
  8. salam kakcik..pantang trsalah cakap yer..habih jd bahan gelak ketawa..hemmm

    BalasPadam
  9. hahaha.. jauh sungguh imaginasi BS.. ;)

    BalasPadam
  10. yu nam boleh selesaikan... sediakan je 7K

    BalasPadam
  11. rambut saya kalau dah panjang, mesti banyak gugur..hehe

    BalasPadam
  12. wahhhhh bahaya cicir cam tu kihkihkih

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.