Jadual kami sewaktu di sini memang agak padat. Keluar dari hotel seawal jam 9 atau 10 pagi dan hanya kembali semula ke hotel pada jam 1 pagi setiap hari. Kepadatan jadual ini adalah disebabkan oleh perjalanan ke satu-satu tempat mengambil masa sehingga 3 hingga 4 atau 5 jam!
Kesesakan yang tidak dapat dielakkan dan sikap pemandu 'yang saling mengerti', membuatkan kesabaran adalah sangat diperlukan. Zikir banyak-banyak. Di sana, tiada undang-undang yang mewajibkan 'kena beri laluan kepada kenderaan dari kanan untuk lepas dahulu'. Kalau ada lampu isyarat, ia akan dipatuhi. Sekiranya tiada, pandai-pandailah sendiri. Urut dada berkali-kali kerana rasanya kemalangan akan terjadi pada bila-bila masa sahaja (walaupun ia tidak terjadi). Tiba-tiba berdesup sahaja sama ada motorsikal, teksi (tut-tut), kereta malahan bas datang dari arah melawan arus! Hon akan kedengaran tanpa henti. Apa yang membuatkan kami ketawa, bila anjing dan lembu melintas tidak pula kedengaran bunyi hon...hahaha...
Hari pertama dan kedua di sana, kami sempat melawat ke empat kilang beras. Apa yang aku paparkan ini hanya lawatan ke dua dari empat kilang tersebut.
Mula-mula ke kilang
Best Food Limited yang khabarnya adalah kilang beras terbesar di sana. Memang luas kawasannya sehingga kami terpaksa menaiki bas untuk 'mengelilingi' tempat tersebut. Yang paling mengujakan, kedatangan kami disambut dengan kibaran bendera Malaysia...
 |
Juariah binti Mansor dan Mustapha bin Jaini sudah berubah binti / bin... hahaha |
 |
| Mr CEO |
 |
Di sebelah En Suami itu adalah Mr Arshad Khan. Pada waktu ini mungkin beliau telah berada di Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan Umrah. |
 |
Lelaki yang kelihatan sederhana ini adalah pemilik Best Food Ltd. |
 |
| Jom melawat kawasan... |
 |
| Dah macam masuk ke ICU pula... |
 |
| Bagaimana hasil pembedahan itu, Dr? ;-) |
 |
Antara stok beras yang sudah sedia untuk dihantar ke luar negara... |
...bersambung untuk lawatan ke kilang yang ke dua.