Kawan-kawan kakcik

Isnin, 13 April 2020

Masak-masak di waktu PKP...

Kadang-kadang apa yang aku masak, aku kongsikan dengan jiran sebelah rumah.  Sesekali, seperti dalam gambar ini, nasi pun aku beri supaya dia boleh terus makan.   Sepanjang PKP ini, aku hanya tinggal berempat beranak di rumah.  Masak seperti biasa, tiada yang istimewa pun.  Bila masak lebih, aku suka kongsikan dengan jiran sebelah.


Bubur jagung yang diminta En Suami.  Bukan susah pun nak buat.

Mee goreng

Meehoon goreng

Kari ikan bawal

Ada juga lauk untuk nasi lemak di situ.

Masak banyak-banyak ni, siapa hendak makan?

Masak sahajalah apa yang ada

Sotong goreng kunyit

Masak lemak ayam dengan kentang.  Yang ini untuk jiran.

Leka berjalan pagi ke petang
Benda dicari tak juga dapat
Redha dengan ujian yang datang
Semoga Allah melimpahkan rahmat

Ahad, 12 April 2020

Berpantun lagi...

Setiap pagi makcik akan dengar siaran Radio Klasik Nasional.  Makcik suka hantar pantun dalam segmen yang disiarkan pada jam 8.00 hingga 10.00 pagi.

Kadang-kadang tersiar setiap hari, kadang-kadang syok sendiri.  Hantar memang tiap-tiap hari... 😁.  Iyalah, yang hantar pantun tu bukan makcik seorang, tapi beratus-ratus orang!  Tema untuk pantun akan disiarkan oleh DJ yang bertugas di laman facebook Radio Klasik Nasional.

Di bawah ini antara pantun-pantun yang pernah tersiar...







Sabtu, 11 April 2020

Apa khabar semua?...

Semoga semuanya baik-baik sahaja... 

Sudah berminggu rasanya blog ini ditinggalkan sepi.  Entahlah.  Ilham bagai turut sama terkurung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Sepanjang lebih tiga minggu ini, ada juga dua tau tiga kali makcik keluar ke pasaraya.  Walaubagaimanapun, makcik jadi tertekan setiap kali keluar.  Jadi panas, berpeluh dan tergesa-gesa.  Jadi rasanya lebih baiklah makcik duduk diam-diam di rumah, kan?


Baiklah, makcik masih mencari rentak semula untuk kembali aktif berblog.   Bukan tiada cerita, tapi itulah, bukan semua cerita boleh dikongsikan... 😀😀

Pokok selasih tumbuh sebatang
Daunnya segar di waktu pagi
Terima kasih yang sudi datang
Ada rezeki bersua lagi...