Kawan-kawan kakcik

Selasa, 2 April 2013

Singgah di Cendol Bakar...

Telah banyak 'ulasan' diberikan tentang Cendol Bakar ini oleh blogger-blogger lain.  Jadi, kakcik tidak berhasrat untuk mengulas dengan panjang lebar lagi.  Gambar-gambar dimasukkan di sini sekadar untuk mengesahkan bahawa kakcik telah pernah singgah di Cendol Bakar ini...
Sebenarnya BS tak minum pun cendol itu.  Maknya
yang tolong habiskan.  BS minum teh tarik (iya, mak
BS selalu kata 'BS macam orang tua', suka sangat
minum teh tarik bila singgah di kedai makan.)


Kami 3 beranak duduk di gerai ini sebab nak pesan
makanan lain...

Gambar ini Encik Suami yang rakam...

...dan gambar ini juga


Rojak - kakcik punya (RM3.50)


Nasi ayam ini tentunya BS punya (RM4.50)


Mee Jawa (kuahnya berwarna putih, tapi rasanya
boleh tahan), En Suami punya (RM3.50)


Kenapa dinamakan Cendol Bakar?  Adakah cendolnya dibakar?  Atau tuan punya gerai itu bernama Bakar?

Jawapannya di SINI

v


v


v


v


v



Isnin, 1 April 2013

Kalaupun nak putuskan percintaan...

...janganlah buat fitnah! :(



Setahu kakcik, status NON GLITTERATI tu diberi bila tuan
punya blog ada memasang iklan berbayar dari penaja lain selain dari
Nuffnang. Kakcik ni selalu buat khidmat mesyarakat percuma saja
kalau nampak ada produk-produk yang kakcik promosi di blog ini.
Sudah sekian lama memang Nuffnang tidak memberikan BUFFERED
EARNING kepada blog ini.  Kalau dah tak suka dengan blog kakcik,
tak mengapa.  Nanti kakcik putuskan terus 'perhubungan kita'. 
Kakcik tahu blog ini pun tunggu masa nak dikapankan saja...
 


Tentang Anson Hotel, Teluk Intan...



Kalau 'terpaksa' bermalam di Teluk Intan, suami akan menempah
bilik di Anson Hotel.  Bilik Deluxe yang ditempah memang sudah
cukup selesa untuk kami bertiga beranak.  (Kalau datang berenam
pun masih selesa dengan syarat bawa alas tidur @ toto dan bantal
sendiri)


Hotel ini terletak di Jalan Sekolah, Teluk Intan.
Bertaraf 2 bintang dengan kadar sewa untuk
sehari semalam antara RM90 - RM180



Ruang lobinya luas dan selesa tapi tiada restoran
yang menyediakan sarapan pagi / makan tengahri
mahupun makan malam di sini.  Jadi, pandai-
pandailah 'bawa diri' untuk cari makanan, ya. :)


Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso
@ Socso) terletak di seberang jalan berhadapan
dengan Anson Hotel ini.


Bilik yang luas ini dilengkapi dengan televisyen yang
hanya ada siaran percuma sahaja.  Jangan harapkan
ada siaran dari Astro!  Kemudahan internet percuma
juga ada disediakan.  Bagaimanapun, untuk tempoh
penginapan selama 24 jam, internet percuma yang
dapat dilayari mungkin selama 2.4 minit sahaja (ini
adalah pengalaman kakcik sendiri.  Mungkin orang
lain ada pengalaman yang berbeza)


Geram punya pasal, akhirnya kakcik dan BS
menyeberangi jalan ke pejabat Celcom untuk membeli
PortaWiFi ini!

Pastinya keselesaan di Anson Hotel sama sekali tidak sama dengan
keselesaan yang dinikmati di Hotel Sunway Seberang Jaya. Tengoklah
betapa lenanya Budak Sepet itu.  Internet percuma pun dapat
dilayari tanpa masalah. (^~^)