Kawan-kawan kakcik

Isnin, 1 April 2013

Tentang Anson Hotel, Teluk Intan...



Kalau 'terpaksa' bermalam di Teluk Intan, suami akan menempah
bilik di Anson Hotel.  Bilik Deluxe yang ditempah memang sudah
cukup selesa untuk kami bertiga beranak.  (Kalau datang berenam
pun masih selesa dengan syarat bawa alas tidur @ toto dan bantal
sendiri)


Hotel ini terletak di Jalan Sekolah, Teluk Intan.
Bertaraf 2 bintang dengan kadar sewa untuk
sehari semalam antara RM90 - RM180



Ruang lobinya luas dan selesa tapi tiada restoran
yang menyediakan sarapan pagi / makan tengahri
mahupun makan malam di sini.  Jadi, pandai-
pandailah 'bawa diri' untuk cari makanan, ya. :)


Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso
@ Socso) terletak di seberang jalan berhadapan
dengan Anson Hotel ini.


Bilik yang luas ini dilengkapi dengan televisyen yang
hanya ada siaran percuma sahaja.  Jangan harapkan
ada siaran dari Astro!  Kemudahan internet percuma
juga ada disediakan.  Bagaimanapun, untuk tempoh
penginapan selama 24 jam, internet percuma yang
dapat dilayari mungkin selama 2.4 minit sahaja (ini
adalah pengalaman kakcik sendiri.  Mungkin orang
lain ada pengalaman yang berbeza)


Geram punya pasal, akhirnya kakcik dan BS
menyeberangi jalan ke pejabat Celcom untuk membeli
PortaWiFi ini!

Pastinya keselesaan di Anson Hotel sama sekali tidak sama dengan
keselesaan yang dinikmati di Hotel Sunway Seberang Jaya. Tengoklah
betapa lenanya Budak Sepet itu.  Internet percuma pun dapat
dilayari tanpa masalah. (^~^)

29 ulasan:

  1. salam
    saya pulak jenis tak boleh beralih tempat tido...kalau ke hotel..bermakna membilang saat utk menunggu hari siang la jawabnya..langsung tak boleh tido..

    BalasPadam
  2. salam
    singgah pagi isnin
    semoga bulan 4 memberi banyak kecerian dalam idup

    BalasPadam
  3. Jarang tdo hotel sbb tu x reti nak banding2 keselesaan.. kira ok je asal dapat tdo, tapi pilihan pertama ialah hotel yg selesa tp murrraaahhh...

    BalasPadam
  4. Kalu berjalan or outstation tanpa perancangan awal, redah saja la mana yang sempat. Asal boleh lelap mata. ok ler tu.

    BalasPadam
  5. kakcik dah tak ada kat penang lagi ka?

    BalasPadam
  6. Lain tempat lain suasana dan perkhidmatannya..tapi saya pun suka kalau bilik luas...hehe

    BalasPadam
  7. Kakcik singgah tak menara condong? :)

    BalasPadam
  8. bleh jg la inap kt sini kalu dtg ke teluk intan ni

    BalasPadam
  9. mak, kat sebelah anson hotel tu la ada laksa hawai. singgah makan tak????

    BalasPadam
  10. hahaha. mengelabah k.cik bila tak de internet. Tension kan...

    BalasPadam
  11. ada banyak beza hotel 2 bintang dgn 5.. semoga april ini semakin ceria di samping keluarga :)

    BalasPadam
  12. Yang penting dapat tempat rehat dan luruskan pinggang dengan selesa kan Kakcik?

    BalasPadam
  13. Kena tukar Teluk Intan Hotel dah ni patutnya.....

    BalasPadam
  14. Balasan
    1. Mak beli yang pakej RM68 sebulan, tapi sekarang ada promosi (katanya), jadi mak cuma perlu bayar RM50 sebulan. Pendaftaran dan alat tu perlu bayar RM199.00

      Padam
  15. pergi teluk intan ada makan dekat mastan ghani tak kakcik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. BS lebih suka makan nasi kandar Gulam Rasul. :)

      Padam
  16. Seronok kakcik dapat selalu ikut abang Bob pi rata2..

    Ada pejabat Bernas ke kat Teluk Intan?



    BalasPadam
  17. oo..kakcik dok hotel tu ye.saya sekarang tengah buat rawatan muka.jadi tak boleh nak pi jumpa kakcik..ekeke.kang kakchik tengok muka saya yang merah2 ni terus kakcik meluat..muahahah

    BalasPadam
  18. tak pernah sampai sana..mmg pasal wifi kat hotel tu..buat sakit hati jer..hihi..napa ntah..kedekut sangat nak bg yg percuma,..sepatutunya masuk dlm pakej laa ia tak..hihiih..lenanya anak bujang tuu

    BalasPadam
  19. Balasan
    1. Bagi mak, mahallah juga. Terpaksa punya pasal, belilah juga. :)

      Padam
  20. salam kakcik, hotel selesa tido pun lena kan hihi

    BalasPadam
  21. Kakcik ... sebelah hotel ni lah sekolah liya.. sm convent teluk intan.. Hehe teluk anson le tempat dimana liya membesar sehingga kini..lepas ni kalau kakcik lalu sini lagi bagitau liya yer.. manatau liya ada kt kg leh jumpa :)

    BalasPadam
  22. Uish...nmpk selesa betul hotel ni kakcik....

    BalasPadam
  23. salam kenal dari fifi..

    tq for da info.. fifi nak kene kerje luar kawasan next week di teluk intan.. hotel oh hotel.. masih mencari..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com