Kawan-kawan kakcik

Selasa, 4 Disember 2012

Bagi kakcik ianya mahal, apa pula pendapat anda?...

Ada cukai lagi. (s untuk small dan m untuk medium = saiz hidangan)
Air kelapa sampai RM6.00, nasi kosong RM2.00 sepinggan.

Inilah restorannya.

Bagaimanapun, disebabkan tak tahu nak beli makanan di mana
dan tak mahu mengganggu majlis orang, kakcik beli juga sebungkus
nasi goreng di restoran itu untuk dimakan di bilik hotel.  Harganya
RM6.00 dan seperti dalam gambar itulah yang kakcik dapat.

Pakej bersalin di Hospital Pakar Al Islam, Kg. Baru...

Kakcik terperasan melalui carian kata kunci, ada yang singgah di blog kakcik ini kerana mencari 'pakej bersalin di Hospital Al-Islam'.  Jadinya, di sini kakcik buat sedikit khidmat masyarakat dengan meletakkan harga pakej tersebut (kakcik ambil dari kaunter Hospital Al-Islam (klik untuk ke pautan) sendiri)...


Pakej Bersalin Normal.
Lain-lain pakej yang ditawarkan :



Isnin, 3 Disember 2012

Dari Instagram ke Facebook, dari Facebook ke Blog...

Tak suka, tak mengapa. Tapi kakcik nak letak juga gambar-gambar ini sekali lagi (gara-gara kabel kamera tertinggal dan gambar baru tak boleh nak dimuatnaik...)

Duduk dalam bilik sendirian.  Muak menonton televisyen, baca
novel dan melayari internet, ambil kamera hala keluar tingkap.

Corak awan sentiasa berubah mengikut peredaran masa.
Maha Suci Allah yang menjadi dan menyajikan keindahan itu.

Langit yang terang dan awan yang cantik 'berenang'.

Awal pagi.  Sebelum suami 'berpura-pura sibuk' (nanti tulis sibuk,
takut ada yang mencebik dan muntah hijau pulak!), kami ke Dataran
Lang sebentar.  Sekadar untuk merakamkan gambar.

Puaslah suami kena arah oleh isterinya untuk merakamkan gambar ini!

Kalau rasa malu nak pergi buat pinjaman sendiri, bolehlah hantar
emas atau telefon bimbit anda untuk buat pijaman di sini!