Kawan-kawan kakcik

Isnin, 5 September 2011

Malam Raya di Jalan TAR...




Nak ambil gambar orang jual aiskrim di celahan orang ramai yang berasak-asak, tapi tak nampak pulak aiskrimnya.





Masih banyak kuih muih yang dijual, tapi sedikit pun tidak menarik perhatianku untuk membelek apatah lagi untuk membeli


Suamiku sedang melawat kawasan.  Seluk poket tanda tiada peruntukan untuk membeli apa-apa. YANG BERBAJU KURUNG DAN BERTUDUNG BIRU ITU SEBENARNYA ADALAH LELAKI YANG MEMPROMOSIKAN JUALANNYA.  SIAP BERKACAMATA HITAM DAN BERGINCU BIBIR.

Adikku sedang mencuba pakaian tapi akhirnya tak beli!


Syawal ke 6 - nak jalan juga walau dekat sahaja...

Kepada yang berpuasa hari ini, diucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan tahanlah dengan segala godaan yang datang.








Ahad, 4 September 2011

Syawal ke 5 - hari yang 'penuh'...

Pagi : bersama suami ke Pasar Keramat (seperti biasa aku tunggu dalam kereta). Kemudian suami menjamu selera sementara menunggu roti boom yang ditempah untuk dibawa balik siap.


Nasi lemak sotong yang berharga RM4.30

Lelaki bertopi itu adalah Sani Kopratasa
Menjelang tengahari, adik-adikku serta adik angkatku datang ke rumah.  Adik angkatku membawa sebiji kek dan sehelai jubah sebagai hadiah hari lahir buatku...

Alhamdulillah.  Kasih kami masih seperti 25 tahun lalu, malah rasanya makin akrab.  Semoga Allah sentiasa merahmati kami dan keluarga kami.

Cantik jubah ini.  Terimakasih Ummie dan Alin.

Kemeriahan yang tidak datang selalu.
Menjelang Maghrib, suami membawa kami 'melihat suasana Kuala Lumpur'...




Selepas Maghrib, saudara-mara sebelah suamiku datang berkunjung.  




Sementara itu di luar rumah, anak-anak dengan ditemani oleh adik dan adik-adik iparku riang bermain bunga api...




Menjelang tengahmalam hingga awal dinihari, ini pula aktiviti kami (atas ehsan Along lagi)...



Mujur cicak ini tidak terjun ke dalam makanan kami!