Kawan-kawan kakcik

Isnin, 5 September 2011

Malam Raya di Jalan TAR...




Nak ambil gambar orang jual aiskrim di celahan orang ramai yang berasak-asak, tapi tak nampak pulak aiskrimnya.





Masih banyak kuih muih yang dijual, tapi sedikit pun tidak menarik perhatianku untuk membelek apatah lagi untuk membeli


Suamiku sedang melawat kawasan.  Seluk poket tanda tiada peruntukan untuk membeli apa-apa. YANG BERBAJU KURUNG DAN BERTUDUNG BIRU ITU SEBENARNYA ADALAH LELAKI YANG MEMPROMOSIKAN JUALANNYA.  SIAP BERKACAMATA HITAM DAN BERGINCU BIBIR.

Adikku sedang mencuba pakaian tapi akhirnya tak beli!


28 ulasan:

  1. dulu masa anak sorang selalu ke jalan tar malam raya...

    BalasPadam
  2. gedek!...

    kakcik pergi bila anak2 dah besar dan boleh ditinggalkan di rumah. Tak sanggup bawa anak ke tempat sesak macam tu. :)

    BalasPadam
  3. malam raya sibuk di dapur kat umah =)

    BalasPadam
  4. penah pegi dulu2...tp beberapa tahun yg lepas.

    BalasPadam
  5. teringin nk terjah jalan TAR di malam raya.

    BalasPadam
  6. Cheqna...

    mama pergi dengan suami dan adik2 setelah selesai urusan di rumah. Mam masak rendang di pagi raya! :)

    BalasPadam
  7. Ida...

    kakcik pergi sebab tak balik kampung. Kalau balik ke kampung, malam raya memang tiada di KL la jawabnya. :)

    BalasPadam
  8. Wani...

    suasananya sangat sesak, tapi ada juga yang bawa anak kecil, mungkin sebab tiada yang hendak menjaga anak itu di rumah.

    BalasPadam
  9. Assalam,

    Kakchik beraya di mana? KL ajer...?

    BalasPadam
  10. W/salam Mamawana...

    kakcik beraya ke Ipoh (raya ke 2) dan Melaka (raya ke 3) - (pergi dan balik pada hari yang sama), malam tetap ada di KL. :)

    BalasPadam
  11. Tak pernah pergi.. Mesti meriahkan.

    BalasPadam
  12. AzMask...

    bukan meriah, tapi sesak dan merimaskan (dah tahu saja cari penyakit, pergi juga). :)

    BalasPadam
  13. malam raya ...saya bersilat sampai pukul 2 pagi ... pukul 4 pagi ... terpaksa bawa Aisyah ke hospital ...demam panas ..

    BalasPadam
  14. Chik Att...

    harapan kakcik Aisyah dah sihat sepenuhnya.

    BalasPadam
  15. malam raya selalunya dah kat kampung, x berpeluang nak ke jln TAR nii... tp paling best kalau dah siap semua persiapan raya n lepak2 sambil tengok TV dan borak2 ngan mak.

    BalasPadam
  16. teringin 1 hari nak kesana.. shopping akhir puasa.....
    murah tak harga pakaian??

    BalasPadam
  17. Mila...

    raya ni, tak ada satu pun rancangan TV yang kakcik dapat tonton dari awal sampai akhir. :(

    BalasPadam
  18. Ayu...

    kakcik tak rasa harga pakaian yang dijual itu murah walaupun ada potongan harga!

    BalasPadam
  19. Selamat hari raya kak ,

    DUlu masa duduk di k.l , kalau tiba musim perayaan memang x sah kalau tidak ke jalan tar tapi bila dah kawen dan tinggalkan kl x pernah lagi jejak kaki di sana..hampir 3 tahun juga la..

    BalasPadam
  20. Amy...

    selamat hari raya Dik. Kakcik ni agaknya sampai ke hujung usialah duduk di KL. Nak balik kampung pun, tiada apa lagi hendak dijejaki selain rumah yang ditinggalkan dan pusara bonda. :(

    BalasPadam
  21. kak cik dulu time raya cik ina suka cuci mata kat jalan TAR. saja jalan ngan anak.

    BalasPadam
  22. Cik Ina...

    kakcik pun saja ikut 'rentak' adik2, sedangkan bukan ada apa pun yang hendak kakcik beli. :)

    BalasPadam
  23. kuih2 di jalan TAR nie kak banyak yg kuih adunan same je .. warna je berbeza2 uhuhu

    BalasPadam
  24. kakcik... teringin nk dapat rasa suasana mcm tu. selalunya malam raya sibuk kt dapur.. memang tk dapat keluar jalan2. huhu.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri.

    BalasPadam
  25. ieda...

    kakcik pun berpendapat yang sama. Satu adunan, diwarnakan lain-lain dan diterap berbeza2...

    BalasPadam
  26. Cyana...

    sejak beraya di KL ni, tiada kemeriahan memasak yang kakcik rasakan. :(

    BalasPadam
  27. seronoknya kak mlm raya dpt gie jln tar. kalau izan dekat,mesti pergi jugak sbb malam tu ramai yg lelong2.

    BalasPadam
  28. ~izan~...

    sebenarnya, lelong itu hanya gimik sahaja... takde murah mana pun harga barang2nya.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com