Kawan-kawan kakcik

Ahad, 4 September 2011

Syawal ke 5 - hari yang 'penuh'...

Pagi : bersama suami ke Pasar Keramat (seperti biasa aku tunggu dalam kereta). Kemudian suami menjamu selera sementara menunggu roti boom yang ditempah untuk dibawa balik siap.


Nasi lemak sotong yang berharga RM4.30

Lelaki bertopi itu adalah Sani Kopratasa
Menjelang tengahari, adik-adikku serta adik angkatku datang ke rumah.  Adik angkatku membawa sebiji kek dan sehelai jubah sebagai hadiah hari lahir buatku...

Alhamdulillah.  Kasih kami masih seperti 25 tahun lalu, malah rasanya makin akrab.  Semoga Allah sentiasa merahmati kami dan keluarga kami.

Cantik jubah ini.  Terimakasih Ummie dan Alin.

Kemeriahan yang tidak datang selalu.
Menjelang Maghrib, suami membawa kami 'melihat suasana Kuala Lumpur'...




Selepas Maghrib, saudara-mara sebelah suamiku datang berkunjung.  




Sementara itu di luar rumah, anak-anak dengan ditemani oleh adik dan adik-adik iparku riang bermain bunga api...




Menjelang tengahmalam hingga awal dinihari, ini pula aktiviti kami (atas ehsan Along lagi)...



Mujur cicak ini tidak terjun ke dalam makanan kami!





24 ulasan:

  1. selamat hari raya kakcik. Muga hidup bahagia kekal hingga ke akhir hayat.

    BalasPadam
  2. Kak Pah...


    selamat hari raya. Terima kasih untuk doa. Semoga Kak Pah dan keluarga juga bahagia sentiasa.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kakcik,

    Seronoknya beraya ramai2 dengan adik beradik kan.

    Selamat Hari Lahir Kakcik. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan murah rezeki untuk kakcik sekeluarga.

    BalasPadam
  4. Wa'alaikummussalam Kak Ani...

    Terima kasih untuk doa. Semoga Kak Ani juga sihat dan bahagia sentiasa. :)

    BalasPadam
  5. Ummie...

    alamak! kesiannya... hehehe.. ;-)

    BalasPadam
  6. selamat hari lahir kakcik.. moga sihat sentiasa..

    roti boom.. eemm.. sedap tu..
    tetamu ramai datang buat kita seronok tapi tunggu time nak mengemasnya.. fuh...

    BalasPadam
  7. Selamat hari ulangtahun kelahiran..semoga allah merahmati..meriah hari2 kakcik beraya

    BalasPadam
  8. Macam IM juga. Semakin tua rasanya semakin akrab dengan ibu_suri.

    BalasPadam
  9. aizamia...

    waktu tetamu datang, mujur ada ada adik2 kakcik membantu, kalau kakcik seorang, memang agak penat. :)

    BalasPadam
  10. IS...

    terima kasih untuk doa. Sebenarnya ulangtahun kelahiran kakcik pada 24/8, tetapi adik angkat kakcik sengaja lambat meraikannya. :)

    BalasPadam
  11. IM...

    eloklah begitu, bukannya semakin lama semakin hambar, kan? :)

    BalasPadam
  12. selamat hari raya kakcik..

    bila ramai tetamu camtu, penat tapi meriah & seronok kan.. bestnyaaa

    BalasPadam
  13. memang penuh.. hehee..yg paling best, sy plg suke part main bunga api tuh..heheee..selamat ari raye!!
    ;}

    BalasPadam
  14. mama..
    beshnya..
    cheqna jugak dilanda demam...huhuhu

    BalasPadam
  15. Selamat Ulangtahun Perkahwinan KAKCIK dan Abg MUS. Moga sejahtera bahagia dan ceria selamanya.

    Suka tengok gaya selamba cool Abg MUS yang ceria selalu.

    BalasPadam
  16. pasar keramat adalah tempat wajib kami untok beli mercon....

    (kenapa kat jubah tu ada puteh?)

    BalasPadam
  17. banyak xtvt kakcik
    yelah kan .. minggu nie minggu bercerita pasal raya .. seronok lihat kemeriahan .. :)

    BalasPadam
  18. Dr Hanie...

    terlupa penat bila rasa seronok mengatasinya. :)

    BalasPadam
  19. Fatin...

    Salam Syawal ke 7 buat Fatin. :)

    BalasPadam
  20. Cheqna...

    alaaaa.. kesiannya anak mama. Semoga cepat sembuh sepenuhnya.

    BalasPadam
  21. Azie...

    ulangtahun perkahwinan kami bulan 12 nanti, InsyaAllah. :)

    Abg Mus tu dah semulajadi macam tu...hehehe...

    BalasPadam
  22. gedek!

    wah... memang banyak betul mercun/bunga api yang dijual berhampiran pasar tu - tapi kakcik takut nak ambil gambar! ;-)

    (warna putih itu adalah kertas yang mengandungi kata2 ucapan dari orang yang menghadiahkan jubah itu)

    BalasPadam
  23. ieda...

    kemeriahan itu mengurangkan rasa sedih kakcik yang tidak ada lagi kampung untuk dijejaki...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com