Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 22 Mac 2019

Hujan di Cameron Highlands...

Selasa = 19/03/2014.  Ikut rancangan asal memang hendak ke Cameron Highlands bersama En Suami selepas sudah bertahun-tahun (berbelas tahun rasanya) tidak ke sana.  Tapi dek kerana kekangan-kekangan tertentu, rancangan itu asyik tertangguh-tangguh.  Bila Along anak-beranak hendak ke sana, mereka ajaklah maknya ini ikut sama.  Disebabkan En Suami bekerja, dia beri keizinan untuk isterinya ikut anak menantu dan cucu-cucu.

Pada mulanya cuaca panas.  Namun semakin ke atas, dapat dirasakan rintik-rintik hujan mula turun.  Sebaik tiba di Bee Farm yang juga terletaknya Strawberry Farm, hujan turun dengan selebat-lebatnya.  Menurut wanita Cina yang ada di situ, sudah lama hujan tidak turun hinggakan buah strawberry pun tidak begitu menjadi.  Takdirnya tengahari ini pula hujan turun.

Katanya 'bee farm'.  Tapi hanya ini lebah yang dapat kami lihat.

Pengasas jenama Darwish Rich Design.  Eh... kepada yang ada anak-anak lelaki tu, elok juga terjah laman web DRD.  Manalah tahu, ada pakaian yang berkenan di hati, bolehlah tempah siap-siap untuk hari raya nanti.  Bagi peminat drama Melayu, boleh juga tengok antara pakaian DRD digayakan oleh pelakon cilik dalam drama Encik Imam Ekspres yang ditayangkan di saluran Astro Ria dan kerana DRD antara penaja pakaian drama tersebut.

Eh... ada setangkai kembang melati anggur di situ 😄

Ladang teh...

Nenek yang gembira.  Percutian itu bukanlah dinilai dari jauh atau dekat mahu pun mahal atau murah, tapi bagaimana ia dinikmati dan adakah benar-benar menggembirakan hati.  Tak gitu?

Tidak banyak tempat yang kami singgah kerana kami memang pergi sekejap sahaja.  Singgah juga di surau untuk solat dan di pasar malam untuk beli sedikit makanan.  Tidak banyak gambar yang dirakam kerana bateri telefon makcik sangat cepat habis kuasanya.  Maklumlah telefon lama...

Dalam perjalanan balik, singgah seketika di sini.  Makcik tak turun pun dari kereta...

...sambil memerhati dan berfikir tentang surau yang ringkas ini.  Kalau hujan tak kena tempias ke?

Tiba-tiba teringat kat Kashmir.  Eh!

6 ulasan:

  1. Teringin juga nak ke Cameran..tapi entah bila agaknya..walau sekejap dapat juga ubah angin kan Kakcik..lagi-lagi dengan dua cucu yang sudah semakin besar..alhamdulillah.

    BalasPadam
  2. sekejapan betul kakcik, klu dana mau tak puas rasanya hehehhe...
    dana setuju ngn kakcik, tak kisah percutian kita kt mana, dlm negara atau luar negera tp kebahagiannya yg kita dpt bila dpt luangkan masa dgn yg tersayang tu yg sgt berharga

    BalasPadam
  3. Kalau duk rumah je boring jugak. Baiklah jalan jalan walaupun sekejapan hihi.... Lagi pun bahagia tu kan letaknya di hati KC. Walau kemana pun kita, kalau hati kita kata bahagia, maka bahagilah kita hihi...

    Saya pun lama tak pi CH KC. Teringin pulak nak pergi tengok KC pergi ni hihi...
    Tak de anak kecik lagi KC... Layan jugak Imam Express tu kadang kadang.

    BalasPadam
  4. kat atas tu da ade taman anggur kan.. menarik !! boleh pergi lepas ni..

    BalasPadam
  5. itu tanda ada panggilan kashmir tu kakcik :D

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com