Waktu pagi ketika sedang menghadap komputer, tiba-tiba dada rasa kejang dan
sukar bernafas. Sedut ventolin, sapu dada dengan vicks. Tak lega.
Baring kejap. Pun tak lega. Bila bangun rasa goyang dan pening
sangat. Panggil suami. Dia bawa ke hospital. Masuk zon kuning. Buat
ECG, ambil darah dan x ray. 4 jam di wad pemerhatian. Dimasukkan
ubat.
Alhamdulillah tak perlu masuk wad. Ambil ubat dan boleh
balik. Balik ke rumah sekejap untuk solat Zohor. Kemudian keluar semula memenuhi jemputan seorang sahabat.
Sedikit gambar di rumah sahabat tersebut :
|
Ada hidangan kambing panggang... |
|
...dan ada kuey teow goreng juga (serta banyak hidangan lain yang tidak diambil gambar...) |
|
Sempat bertemu dengan beberapa orang blogger (atau bekas blogger) termasuk Aizamia) |
Bila kita sakit, ianya bukanlah satu kebetulan atau sengaja terjadi. Ada yang Allah SWT mahu sampaikan kepada kita. Sama ada kita sedar atau tidak, sama ada kita mahu mengambil iktibar atau tidak... terpulang kepada kita sendiri. Setiap detik, sesungguhnya kematian itu kian dekat, bukan kian menjauh...
moga kekal sihat hendaknya kakcik ya...
BalasPadamwah, selalu kakcik dpt jumpa ngn kak Aizamia tu ek... mesti seronok borak ngn dia
Betul kak..tiada kebetulan melainkan ketetapan.Dan setuju sangat...kematian itu semakin sangat-sangat mendekat.Terus sihat ya kak.Jaga diri.Makan ubat.
BalasPadamalhamdulillah kakcik tak apa2, jaga kesihatan ye kakcik..
BalasPadamBetul tu KC.... Allah suruh beringat sebenarnya kan. Dr cakap sebab apa KC tegang dada tu?
BalasPadamBaguslah KC ni, tak takut sepital, saya ni jenis takutlah KC nak gi sepital...masalahkan!
Sedapnya kambing bako... mesti chef suami Aizamia yg masak kan
Mudah2an dah sembuh sepenuhnya.
BalasPadamSakit dada tenguk kambing panggang tu.
Muga kakcik baik baik saja. Untung ada suami yang ambil berat kesihatan kakcik...
BalasPadamSebab tak panik dan segera ke hospital kesihatan cepat pulih.
BalasPadamsemoga kakcik anugerahkan kesihatan yang semakin baik
BalasPadam