di sana...
musibah itu menjadi pembuka mata
ramai yang turut berduka
ramai yang tiba-tiba menjadi 'saudara'
saling bertanya saling menyapa
sama-sama berkongsi rasa
sama-sama mengalirkan airmata
setiap kejadian ada hikmahnya
luka tetap luka
biar sembuh parutnya akan ada
duka tetap duka
bukan mudah hendak dipinggir begitu saja
namun Allah tetap ada perancanganNya
kita hanya manusia yang tidak berdaya
ambillah iktibar yang baik-baik sahaja
jangan diulang kesilapan yang sama
di sini...
sindir menyindir perkara biasa
diperkotak katik orang yang kita tak suka
hanya kerana fahaman berbeza
kita rasa kitalah yang betul segala
berlainan agama dipersenda-senda
bagai kita akan mati dalam keadaan 'bersedia'
Islam bukan hak Melayu semata-mata
malah turunnya di negara Arab sana
siapa kita hendak menghakimi sesama manusia
hari ini dia kafir dan jahil tiada tara
namun mungkin matinya lebih beriman dari kita!
Yang sudah Islam..yang belum Islam walau di mana sahaja...sama-sama saling hormat dan menjaga inshaAllah bakal baik-baik sahaja.
BalasPadamCantik catatan dan tepat. Kalaulah semua ada fikiran sama.
BalasPadamSemoga ada kesedaran dalam kalangan masyarakat kita.
BalasPadambetul kak, beza betul mereka di sana.,... saling menghormati sesama agama
BalasPadamkita yg sama agama pun saling bertelagak dek sebab faham politik yg berlainan, kalau lain agama lagi lah... kadang malu
gitula resamnya kak.. sedih tapi apakan daya. terlalu kerdil kita ni nak cuba betulkan kalau yang lain2 endah x endah. cantiknya agama dan indahnya berbudi tak ramai yang nampak =(
BalasPadam