Kawan-kawan kakcik

Rabu, 18 Julai 2018

Bila cili masuk ke mata...


Pagi tadi makcik masak rendang ayam (ya, makcik tak ada masa tertentu hendak merendang, bila teragak nak buat, makcik akan buat).

Sedang asyik mengacau rendang, tiba-tiba...PAP... kuah rendang yang sedang menggelegak itu terpercik dan terus masuk tepat ke mata kiri makcik.

AllahhuAkbar.   Bayangkanlah, kuah yang panas dan pedas itu setepek masuk ke mata.  Rasa nak putus nyawa!

Makcik teringat sebelum ini pun mata makcik pernah masuk cili sewaktu menumbuk sambal belacan.

Apa yang makcik buat?.  Makcik terus berzikir ALLAHHUMASOLLI'ALA SAIYYIDINA MUHAMMAD berulangkali tanpa henti sambil jiruskan air dari paip di sinki melalui mata yang kena percik itu.

Alhamdulillah.   Seperti sebelum ini juga, tak sampai 2 minit, mata makcik pulih semula dan langsung tidak pedih atau sakit.

YAKIN pada kuasa Ilahi dan tanamkan cinta pada Nabi (SAW), InsyaAllah kesakitan hilang dan jiwa pun tenang.

5 ulasan:

  1. Allahu..luar jangka kan Kak..Betul....setuju..sebab pernah juga PC lalui...masak sambal udang...masa tu ada tetamu nak datang...bila terpercik dalam mata tu...rasa pitam pun ada...cari kepala paip pun meraba2..panas...pijar....istighfar....selawat...

    BalasPadam
  2. aduh dah la pedas tu..nasib cepat g cari paip air

    BalasPadam
  3. SA selalu kena mak..nak plak kalau tumbuk cili kan..selalunya teraba- raba carik sinki la..nak menangis rasanya...

    BalasPadam
  4. pedihnya klu terkena tuh kan... nnti kalau terkena lg nk tryla mcm kakcik ajar tu...

    BalasPadam
  5. Lepas ni kena pakai spek hitamlah kalau nak merendang atau menumbuk cili.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com