Kawan-kawan kakcik

Isnin, 23 Julai 2018

KENDURIAN (Kenduri Durian)...


Bersama Makchaq
Menerima undangan dari Datin Azilah @ Makchaq (dah lupa password blog agaknya Makchaq ni) untuk hadir ke rumah beliau pada 22/7/2018 (Ahad).  Katanya ada majlis makan durian untuk kawan-kawan blogger (kebanyakannya bekas blogger rasanya sebab ramai yang sudah tidak lagi berblog).

Seperti biasa kalau dengan En Suami, jemputan  jam 11.30,  jam 11.00 kami sudah sampai.  Tapi tidaklah terus singgah.  Nampak ramai orang sudah ada di bawah khemah halaman rumah Makchaq tapi tiada yang kami kenali.  Jadi kami pusing dulu di kawasan sekitar sebelum masuk meletak kereta di belakang rumah. 

Rupa-rupanya Makchaq sedang melayan adinda Raja Perlis yang turut berkunjung ke rumah beliau.  Tak mengapa, kami sudah biasa layan diri...
Tengoklah pakcik tu.  Dah macam penjual durian!  600kg durian Pakchaq dan Makchaq tempah dari Batu Kurau, Perak.
 
Ada yang cantik isinya dan ada juga yang tidak.
Kami datang 3 beranak.  Selalunya anak-anak tidak suka hendak ikut.  Tapi disebabkan Si Bongsu sangat menggemari durian, jadi dia setuju untuk ikut pada kali ini walaupun dia siap pesan hendak balik awal untuk menyiapkan kerja sekolah.
Yang sebenarnya, majlis ini lebih kepada untuk mengeratkan silaturrahim bersama kami.  Memang semua blogger (atau bekas blogger) yang datang asalnya makcik kenali melalui dunia maya ini.  Tapi setelah sekian lama, hubungan kami masih rapat walau jarang sangat dapat bertemu.  Terima kasih Makchaq untuk majlis ini...
Bersama Nekcik 

Bersama Atuk Baik, Yunus Badawi dan Aizamia.

Bersama Azieazah (blog dah masuk muzium kot)

Antara yang hadir.  Ada Mimiey, Acu Sayang, Rai Ourkizuna, Azian Elias, Junaina, Ida Mahmud dan Wangi.

Ada juga GadisBunga dan CikPuanLawa.  Makcik balik sebelum sempat jumpa beberapa orang lagi yang datang kemudian.  Bagaimanapun, semoga ukhwah akan terus berpanjangan.  Kepada Makchaq dan Pakchaq (Datin dan Dato'), jangan serik untuk menjemput kami lagi.  Keikhlasan kalian sangat-sangat kami hargai.  InsyaAllah selepas ini kita akan berjumpa lagi.

8 ulasan:

  1. Syukur sangat2...kongsi rezeki dalam masa sama kukuhkan lagi silaturahim..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah
    Konsep kendurian bagus diamalkan untuk berkongsi rezeki

    BalasPadam
  3. Cemburu saya sebab saya tak dapat nak join sekali.. habis daya menahan bau si raja buah. huhuhu..
    Nanti saya update dalam blog pulak.. ;)

    BalasPadam
  4. alhamdulilah dapt jugak bersua muka di kalangan blogger..ada yg masih aktif jugak kan..ada tngah cari idea idea nak menulis kan..terima kasih makchaq dan suami kerna audi melayan kami..semuga Allah murahkan rezeki tuan rumah amin

    BalasPadam
  5. Seronoknya dapat berkumpul ye mak..mak oiii 600kg durian..jenuh nak makan tu..mana tak abih boleh buat tempoyak

    BalasPadam
  6. memang bahagia bila dapat jumpa dan sembang2 sambil makan2. insyallah diizinkan kita buat lagi kan kat mana2. tapi bukan derian lah. hehehe

    BalasPadam
  7. Bestnya durian! Masuk tahun ni, dah 2 tahun saya tak makan durian rasanya kot. Tak pastilah, tapi dah lama tak jamah durian. Katanya tahun ni durian melambak murah-murahkan, tapi itulah nak membelinya saya seorang aje yang makan. Kalau HD ada, boleh juga buat kenduri derian kecil-kecilan.

    Best Kakcik bila dapat berkumpul ramai-ramai macam nikan. Walau lama tak jumpa pun rasa macam erat sangat ikatan ukhuwahnya.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com