Kawan-kawan kakcik

Selasa, 17 April 2018

Sakitnya masih terasa...

...tak lama lagi hari mengundi akan tiba.  Tidak sampai sebulan lagi.  Bendera berkibaran di sana sini.  Ada yang kelihatan meriah.  Ada yang kelihatan sepi.

Yang boleh mengundi, undilah.  Pilihlah sama ada calon atau parti yang bertanding.  Setiap orang ada alasan tersendiri atas pilihan yang mereka buat.  Ada yang pilih calon tanpa mengira parti mana yang 'dibawanya'.  Ada yang memilih parti tanpa peduli siapa calonnya.  Pilihan kita sebaiknya biarlah calon yang benar-benar mewakili suara dan kehendak rakyat, bukan yang mewakili rakyat untuk merembat selagi ada yang boleh dirembat dan senyap-senyap kenyang sendiri.

Berbalik kepada tajuk - iya, sakitnya itu masih aku terasa.  Setelah dia dipilih, rupa-rupanya dia menjadi duri dalam daging.  Eh...aku tidak mengundi dia.  Tapi, dia jiranku.  Masih dikira dalam lingkungan jiran kerana kami tinggal di taman yang sama.  Hanya terpisah oleh satu lorong sahaja.

Anakku tersingkir dari jawatan di  masjid angkara dia juga.  Tulisannya bertebaran di sini sana untuk memburukkan suasana.  Sebagai IBU, aku yang lebih terasa.  Iya, rezeki itu Allah yang tentukan.  Tapi kesombongan 'wakil rakyat' itu membuatkan aku bagai tidak boleh melihat walaupun hanya kelibat dia. 

Siapa yang bakal aku undi nanti.  Biarlah ia menjadi rahsiaku sendiri.  Jika masih diizinkan Ilahi, aku akan keluar mengundi.  Tengoklah bagaimana nanti.  Harap-harap namanya tidak melintas di kertas undiku.  Biar apapun lambang yang akan dia wakili, untuknya undiku tertutup rapi...

8 ulasan:

  1. jom kita sama2 ngundi ikut pilihan kita sendiri kak...yang nak kena hadap pun kita sendiri, yang tawar diri sekarang ni memang hebat menabur janji :D

    BalasPadam
  2. betul la, kali ni kita kena pilih yang betul2...tunggu la tiba harinya - undi adalah rahsia hehe

    BalasPadam
  3. assalamualaikum kakcik...tahun ni x tahu lg pi mengundi ke x sbb jauh tempat mengundinya...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  4. Selamat mengundi KC....
    Ikutlah kata hati nak pangkah sapa .... satu undi kita menjamin masa depan generasi hari esok !

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com