...adakah kita memahami makna apa yang kita baca?
Tidakkah segala hukum hakam terang dan nyata?
Mengapa kita masih juga menidakkannya?
Kita bangga...
bila dapat bercerita
tentang betapa lancarnya Quran kita baca
namun tegahan dan larangannya
kita langgar sesedap rasa
Disuruh menutup aurat
kita dedahkan juga kerana kita rasa kita hebat
bila ditegur dituduh pula mengumpat
zikir di bibir setiap saat
bahawa Quran di hati terpahat
Hadis dan firman hafalan sentiasa
usah dipertikai pahala dan dosa
yang bertudung belum tentu ke syurga
yang telanjang boleh bertaubat bila-bila masa
Nafas dan nyawa bukan milik kita
semuanya pinjaman yang sementara
entahkan masih ada masa
untuk kita memohon ampun dariNya...
#akutidaksempurna
#masihcubamembaikidiri
#akutidaksempurna
#masihcubamembaikidiri
terima kasih kak kerana menulis. saya skrg ni cuba baca sekali dengan terjemahan dan cuba untuk fahami maksudnya.. terima kasih tau kak atas ingatan ini
BalasPadamassalamualaikum
BalasPadamsinggah pagi rabu
assalamualaikum kakcik...alhamdullilah singgah pg ke sini...
BalasPadam** Mama Maszull
Masih banyak yang mesti PC perbaiki kak...sungguh.
BalasPadamsamalah alin pun dah byk kali khatam ... skrg tengah berusaha khatam tafsiran pulak
BalasPadamMasih ada kurangnya dalam diri yang perlu diperbaiki.
BalasPadamManusia tidak sempurna tetapi usaha menyempurnakannya adalah amalan mulia..
BalasPadamtak sempurna, tapi masih mencuba menjadi yang baik
BalasPadamMoga kita diberi peluang utk terus menerus bertaubat kepadanya. Menjadi lebih baik dpd semalam...
BalasPadam