Kawan-kawan kakcik

Isnin, 9 April 2018

Cucu- cucu juga masuk wad...

Semoga segera sihat sepenuhnya.
Pada hari anakanda dibenarkan keluar dari Hospital Ampang, kedua-dua cucu makcik pula dimasukkan ke wad di Hospital Pantai Ampang (7/4/2018).

Muhammad Qaid Darwish mendapat jangkitan virus HFMD  dari rakan sekelasnya di tadika tempat dia belajar.  Muhammad Zayyan Darwish pula mendapat jangkitan dari abangnya.

Sehingga hari ini (9/4/2018), kesihatan Qaid beransur pulih manakala Zayyan masih demam.  Nenek pula tak dapat nak jenguk mereka di hospital gara-gara kesihatan sendiri pun masih belum pulih sepenuhnya.

Semoga rahmat Allah sentiasa bersama makcik dan keluarga makcik.  Dia tahu apa yang terbaik buat kita.  Saat kita rasa sakit, ada orang lain yang sedang nazak.  Jangan pertikaikan kenapa kita diuji kerana ujian tanda kita tidak dilupai...

6 ulasan:

  1. alah, siannya cucu-cucu kakak. teringat anak pertama 12 tahun dulu. masuk wad kat selayang, tapi kena korantin tak boleh duduk dgn wad kanak2 lain dek virus nih. dengan mak meneman sekali kena korantin.
    apa pun, Semoga cucu-cucu dan anak dan diri kakcik segera diberi ke izinan untuk sembuh oleh Ilahi.
    take care ya

    BalasPadam
  2. Moga kakcik, cucu dan anakanda kakcik cepat sembuh hendakNYA.

    BalasPadam
  3. moga cepat sembuh, senang berjangkit ni,

    BalasPadam
  4. Allah uji kerana tanda kasih...dan kerana Allah tahu kakcik sekeluarga mampu melaluinya dengan kesabaran...

    BalasPadam
  5. Tengah musim wabak HFMD ni.
    Ada tadika yang kena kuarantin kat sini kerana wabak ni.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com