Gambar dirakam secara curi-curi oleh En Suami. |
Mungkin kerana terlalu penat dan kurang tidur, akhirnya makcik turut rebah. Sedari hari Sabtu malam, makcik batuk tak berhenti tapi masih enggan ke klinik atau hospital.
Akhirnya pada Ahad (8/4/2018) jam 4.00 pagi makcik tiba di Zon Kuning Hospital Ampang. Keadaan sangat teruk sehingga makcik rasa masa untuk makcik kembali kepada Pencipta sudah tiba. Selepas diberi sedutan gas kali pertama, makcik langsung tidak rasa lega. Sebaliknya nafas berbunyi dengan kuat tanpa dapat makcik kawal. Leher rasa dicekik dan bila buka mata, hanya nampak bayangan yang kabur sahaja.
Sedutan gas diberi lagi. Ubat dimasukkan. Denyutan jantung dipantau. Tekanan darah agak rendah dan kandungan mineral dalam darah juga rendah. Makcik sangat bimbang sekiranya terpaksa ditahan di wad. Banyak kerja rumah belum diselesaikan berikutan beberapa hari makcik berulangalik dan bermalam di hospital menjaga anakanda. Sepanjang berada di wad kecemasan ini makcik diberi 4 kali sedutan nebulizer. Dengan tekak kering dan perut lapar, badan menggigil semahunya. Mujur juga suami datang menjenguk sekejap sekitar jam 10.00 pagi, dapatlah makcik minta dia belikan milo panas untuk makcik teguk.
Syukurlah akhirnya pada jam 12.00 tengahari makcik dibenarkan keluar dengan dibekalkan sejumlah ubat-ubatan. Walaupun tidak begitu sihat, makcik gembira dapat balik ke rumah semula. Andainya makcik ke hospital swasta, sudah tentu makcik ditahan setidak-tidaknya untuk 3 hari 2 malam...
Ujian demi ujian, tidak membuatkan makcik patah semangat. Sebaliknya makcik yakin Allah SWT menyediakan sesuatu kebaikan yang tersembunyi di sebalik semua ini. Setidak-tidaknya mungkin untuk meringankan beban dosa yang terlalu banyak makcik pikul.
Ujian demi ujian, tidak membuatkan makcik patah semangat. Sebaliknya makcik yakin Allah SWT menyediakan sesuatu kebaikan yang tersembunyi di sebalik semua ini. Setidak-tidaknya mungkin untuk meringankan beban dosa yang terlalu banyak makcik pikul.
semoga kakcik segera sembuh.
BalasPadamsemoga segera sembuh kak cik
BalasPadamMoga Allah berikan kesembuhan dan kemudahan dalam setiap urusan
BalasPadamSemoga kak cik terus sihat sepenuhnya.dugaan kesihatan kita tak sama kak cik..semoga kita diberi kesihatan yang berterusan dalam usia kita ni
BalasPadamsemoga kakcik segera sembuh
BalasPadampengorbanan seorang ibu yg tiada tandingannya.... moga kakcik trs sihat utk menjaga anakanda yg msh belum betul2 sihat
BalasPadamSemoga cepat sihat kak cik..
BalasPadamJangan lupa makan ubat tepat pada masanya..
Jaga diri
Moga Kakcik cepat sembuh...be strong ye..
BalasPadamSubhanaAllah...moga kakcik segera sembuh dah kesihatan pulih sepenuhnya...
BalasPadamSemoga cepat sembuh kak cik cucu dan anak.
BalasPadamBertabahlah dengan ujian ini.
BalasPadamSemoga cepat sembuh kak cik cucu dan anak.jangan lupa makan ubat yg diberi ...aminnnn
BalasPadamYelah tu KC penat sangat tu ....Mmg penat berulang alik ke sepital ek. Penat badan, penat mental. Betullah KC, redho ajelah dgn dugaan yg Allah beri...
BalasPadam