Kawan-kawan kakcik

Isnin, 12 Mac 2018

Awan pun bersapa dan berdoa...

Tidakkah awan itu kelihatan bagaikan dua entiti yang saling bersapaan atau bersalaman?  Kita pula?  Kadangkala elok bersua tapi saling memaling muka seolah bermusuhan sedangkan tidak pula saling mengenali.  Mahal sangatkah untuk mengukir senyuman dan sekadar menunjuk rasa persahabatan...

Aku merakam gambar ini menjelang Maghrib di suatu senja.  Ia kelihatan seperti orang yang sedang berdoa.  Banyak diperkatakan bahawa 'Doa itu senjata orang Mukmin'.  Cuma kita yang sering lupa.  Diuji dengan masalah, kita akan lebih sering mengeluh berbanding mengadu dan berdoa kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Selamanya aku memang suka memerhatikan bentuk-bentuk awan di dada langit.  Tapi sejak tidak bekerja, masaku lebih banyak di dalam rumah dan jarang dapat menatap awan pagi dan petang (apalagi di tengahari) seperti dahulu.  

Walaubagaimanapun, kita mungkin memandang awan yang sama tapi kita melihat bentuk yang berbeza.  Begitu juga tafsiran kita terhadap sesuatu perkara.  Yang kita rasa indah itu adakalanya adalah sesuatu yang menyakitkan mata orang lain pula.  Jangan hanya kerana tidak sama pandangan, kita berbalah hingga berpecah-belah...

4 ulasan:

  1. Terima kasih kerana saling mengingatkan. Deep!

    BalasPadam
  2. banyak pengajaran dan iktibar dari alam yg boleh kita ambil...tp kita sbg manusia jarang2 memerhatikan keadaan tersebut...dek leka dan alpa..

    BalasPadam
  3. Betul..jangan berpecah belah...berlapang dada terima dan dengar nasihat juga pandangan satu sama lain...

    BalasPadam
  4. saya pun kadang2 suka tengok awan dan imaginasi kan tentang bentuk awan tu
    banyak nasihat yang bagus dalam entry nih :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com